2/09/2015

Ketakutan dan harapan.


Allah uji kita dengan apa yang kita takut.

Ramai yang risaukan harta, maka Allah turunkan ujian harta, satu demi satu. Sehingga hatinya tidak lagi tamakkan harta, sehingga harta tidak lagi menggugat imannya.

Ramai yang risaukan soal kasih sayang. Hidup menagih kasih dan sayang daripada makhluk. Satu demi satu Allah uji hambaNya dengan jodoh, cinta dan pasangan hidup. Sehingga hatinya kental dengan ujian-ujian tersebut.

Begitulah dunia.

Dunia bukan puncak kebahagiaan.

Ada masa dilambung bahagia, ada masa dihunus luka. Segalanya ujian.

Bukan sini destinasi kita tetapi syurga.

Orang yang cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati.

Dia tahu, di mana bahagia kekal dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi.

Allah dan akhiratNya.

2/08/2015

Inilah Dunia


Ini dunia.

Apalah yang diharapkan?

Tiada apa yang kekal, segalanya bersifat meninggalkan.

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino