2/08/2013

hatiku menulis, menyentuh hatimu


Aku bukan si penulis.
yang lancar menulis menyusun aksara membentuk serangkai cerita

Aku bukan si penglipur lara
yang petah berbicara menawan khalayak ramai

aku hanya aku.
dengan caraku sendiri.

tidak mengerti meluahkan rasa,
kerana sudah lama cerita ini dipendam

sukar untuk dikoreksi
kerna hati masih takut akan kesedihan

ah, nyah dulu akan kesedihan yang membutakan jiwa!

izinkan aku menulis wahai hati
khabarkan pada mereka akan dunia sepi ini
biar mereka tahu dunia ini hakikatnya gelap.
sunyisepikosong.. dan bakal binasa.

hei, apa yang kau tertawakan itu?
dunia akan binasa.
tahu???

Allah sudah berfirman bahawa "dunia ini hanyalah sebuah permainan"
apa yang kamu harapkan daripada sebuah permainan, sahabatku?
tiada kemasyuran yang berkekalan, apatah lagi bahagia yang kau idamkan.

bacalah,
bacalah coretan ini,
dan ketahuilah....
dunia ini bakal temui penghujungnya.
kelak.

Teriakan jiwa


Aku tertanya.

mengapa teriakan kesedihan itu lebih kuat daripada laungan bahagia?

sungguh mendalam, sungguh menusuk,

senang sekali dierti..

mudah dirasai..

apa kesedihan itu begitu sinonim dengan manusia?

atau manusia sesamanya mengharap akan kesedihan?

cukuplah.

pandanglah Rahmat Allah,

ia Maha Luas, Maha Kaya

Maha Ada.

Titisan taubat


bagaimana dunia yang hina ini telah banyak menuntut air mataku?
sedang syurga yang manis itu seringkali aku lupa.
apakah diriku ini sebenarnya tidak layak untuk dirindui syurga dan penghuninya?
Oh, Allah.. aku memohon perlindunganMu daripada neraka yang selalu menyeru..

Teguran iman.


siangnya kau beribadat kepada tuhanmu
malamnya pula kau bermaksiat padanya
hatimu mengaku cintakan Rabbmu
tetapi engkau curang dalam bercinta
layakkah kau bergelar pencinta sejati?

keliru.


dosa menghambatku..
jiwaku berkecamuk
sungguh aku telah menzalimi diri
aduhai diri,
masih adakah pandangan maghfirah dari tuhanku?
cinta makhluk bukan milikku
andai aku perlu memilih
aku rela meninggalkanmu demi tuhanku
biarlah aku terasing dalam sepi
terjajah dalam dimensi
dalam erti mencari hakikat diri
biar aku bernafas dalam harapan rahmat
bukan diselia pandangan murka
derita aku tanpa cintaNya
lebih dari sakitku dalam kerinduan padamu.

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino