2/08/2013

hatiku menulis, menyentuh hatimu


Aku bukan si penulis.
yang lancar menulis menyusun aksara membentuk serangkai cerita

Aku bukan si penglipur lara
yang petah berbicara menawan khalayak ramai

aku hanya aku.
dengan caraku sendiri.

tidak mengerti meluahkan rasa,
kerana sudah lama cerita ini dipendam

sukar untuk dikoreksi
kerna hati masih takut akan kesedihan

ah, nyah dulu akan kesedihan yang membutakan jiwa!

izinkan aku menulis wahai hati
khabarkan pada mereka akan dunia sepi ini
biar mereka tahu dunia ini hakikatnya gelap.
sunyisepikosong.. dan bakal binasa.

hei, apa yang kau tertawakan itu?
dunia akan binasa.
tahu???

Allah sudah berfirman bahawa "dunia ini hanyalah sebuah permainan"
apa yang kamu harapkan daripada sebuah permainan, sahabatku?
tiada kemasyuran yang berkekalan, apatah lagi bahagia yang kau idamkan.

bacalah,
bacalah coretan ini,
dan ketahuilah....
dunia ini bakal temui penghujungnya.
kelak.

Teriakan jiwa


Aku tertanya.

mengapa teriakan kesedihan itu lebih kuat daripada laungan bahagia?

sungguh mendalam, sungguh menusuk,

senang sekali dierti..

mudah dirasai..

apa kesedihan itu begitu sinonim dengan manusia?

atau manusia sesamanya mengharap akan kesedihan?

cukuplah.

pandanglah Rahmat Allah,

ia Maha Luas, Maha Kaya

Maha Ada.

Titisan taubat


bagaimana dunia yang hina ini telah banyak menuntut air mataku?
sedang syurga yang manis itu seringkali aku lupa.
apakah diriku ini sebenarnya tidak layak untuk dirindui syurga dan penghuninya?
Oh, Allah.. aku memohon perlindunganMu daripada neraka yang selalu menyeru..

Teguran iman.


siangnya kau beribadat kepada tuhanmu
malamnya pula kau bermaksiat padanya
hatimu mengaku cintakan Rabbmu
tetapi engkau curang dalam bercinta
layakkah kau bergelar pencinta sejati?

keliru.


dosa menghambatku..
jiwaku berkecamuk
sungguh aku telah menzalimi diri
aduhai diri,
masih adakah pandangan maghfirah dari tuhanku?
cinta makhluk bukan milikku
andai aku perlu memilih
aku rela meninggalkanmu demi tuhanku
biarlah aku terasing dalam sepi
terjajah dalam dimensi
dalam erti mencari hakikat diri
biar aku bernafas dalam harapan rahmat
bukan diselia pandangan murka
derita aku tanpa cintaNya
lebih dari sakitku dalam kerinduan padamu.

1/28/2013

Pilihan.


sungguh, cintamu sangat membahagiakan daku,
tetapi ketahuilah,
cintaku pada Yang Esa lebih mendalam,
aku takkan betah mencuranginya,

andai aku perlu memilih,
pasti Rabbi menjadi pilihanku,
namun, aku percaya akan hikmah kejadianNya,
Cintamu itu hadir, kerna RahmatNya jua,

aku yakin,
andai kita bersatu dalam tawakkal sejati,
pasti Allah akan merencanakan ia dengan baik,
Soalnya, apakah hatimu redha dengan ketentuan yang akan datang?

aku tak mampu berjanji akan menjadi penyeri kebahagiaan abadi,
namun dengan izin Allah,
layar bahtera hidupku, ku serah padamu,
berpandu doa dan tulus hatimu pada ilahi,
caturlah rentak hidup kita sehendakmu,
sudah namanya pencinta, pasti kan ku taat,

satu yang ku pinta,
selamatkan aku dari lemas maksiat,
pimpinlah tanganku ke syurga,
dengan jalan yang diredhaiNya..

1/26/2013

Kopi petang


Copied from Aqif Azizan. Very helpful one, indeed.

5 Langkah mudah untuk hasilkan jualan:

1) Sediakan dua jenis produk.

Produk #1 - Produk 100% PERCUMA (Berkaitan dengan produk kedua).

Produk #2 - Produk berbayar.

2) Apabila ada orang berminat dengan produk percuma, tulis satu tawaran ghairah untuk mereka ambil peluang, bagi membeli produk kedua.

Tawaran Diskaun ___% Untuk Pembelian Produk _____.

3) Hakikatnya, lebih mudah untuk menjual kepada golongan yang sudah menjadi pembeli sedia ada (walaupun produk itu produk percuma).

4) Ambil data pelanggan (nama, nombor telefon khususnya).

5) Share status ini jika ia membantu tuan puan. ♥






Dialog penulis berbisa.

Semalam berkesempatan berbual-bual dengan penulis jutawan. Pesan beliau,

"Untuk jadi penulis berbisa. Keberanian untuk tegakkan kebenaran adalah intipati penting yang wajib diterapkan dalam diri."

Tambahnya lagi,

"Kemudian susuli dengan perisai kesungguhan untuk mengabdikan diri dengan penulisan. Selepas itu, bisamu akan hadir secara berperingkat."

1/23/2013

Si penglipur lara


Betapa mudah Allah membolak-balikkan hati ini.

Sebentar cuma, rasa bahagia mengulit jiwa,
singgah pula si gundah gulana ke jiwa tandus ini,

dalam hidup ini,
memang wujud pilihan.
kita sentiasa memilih.
dan semestinya, pilihan kita itu,
mengubah sesuatu..

tetapi..
adakalanya, pilihan itu cukup sukar.
apatah lagi melibatkan jiwa-jiwa lain.
sungguh aku tidak berdaya memuaskan semua...

maafkan aku,
buat mereka yang tidak berkesempatan
meraih kasih ikhlas daripadaku,
mungkin,
aku yang bersalah tidak mampu ikhlas akan semua..

namun, sedaya aku..
tidak ingin menyakiti sesiapa..

maafkan aku,
atas kekhilafan aku...

jika benar engkau untukku,
tercoret watakmu penghias di dalam kisah hidupku,
pasti kau redha menerima aku seadanya,
jika tidak,
engkau akan mudahnya meninggalkan kisahku
membiarkan lembaran itu kosong diisi pelakon lain

pergilah,
jika itu terbaik untukmu.
aku tidak mahu memaksa kalian untuk berada di dalam cerita ini lagi.

Allah tetap akan mengarah kisah ini hingga akhir hayatku,
dengan, atau tanpa kamu.
itu pasti.
 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino