9/09/2012

Pertolongan.


Aku keliru.
Saat ini hidupku bersimpang siur.
Terlalu banyak yang menuntut tenaga, pemikiran teliti..
Tetapi, semakin aku merenung, berfikir, mencari solusi..
Aku semakin buntu.
Sehingga satu soalan zalim menujah akal cetekku.

"Apa guna hidup di dunia?"

Terlalu banyak ketidakpastian.
Dunia sesak dalam jerebu kekeliruan.

Bila diri berteleku,
Mencari kekuatan diri,
Menghangatkan sirna motivasi,
Aku cuba mencari titik punca.

Lupakan dulu bagaimana hidup aku berubah drastiknya.
Lupakan juga sebentar bagaimana orang-orang yang aku sayangi terpisah-pisah.
Lupakan sebentar akan harapan-harapan yang pudar.
Lupakan bagaimana risaunya aku mahu menempuh.
Lupakanlah betapa aku menganiaya diriku sendiri...

Hidup ini untuk beribadat pada Allah.
Allah tidak suruh bermusuh-musuhan.
Melainkan semuanya adalah ujian.
Namanya manusia,
penuh khilaf, penuh kesilapan, selalu lupa.
Mengapa kita mengambil tugas tuhan, menghakimi manusia di dunia?
Bersangka baiklah.

Dedak pedih hatimu pasti akan terawat.
Dengan meyakini Allah itu ada.
Pegang talinya sesungguh-sungguhnya..

Mahu saja aku gelar diriku kini pencari kebenaran?
Lagak seperti Salman Al Farisi,
Yang mencari Nabinya, Allahnya.
Ingin juga kulukis namaku sebagai pembela.
Yang membela yang tertindas.
Ibrah daripada helaian hidupku dulu.

Aku mahu berubah.
Berubah kepada yang Engkau kehendaki.
Tolonglah....

-Aku menulis dengan Hati, untuk menyentuh HatiMu pula-
 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino