5/07/2012

Temani aku..


tidak mahu ia terlihat,
ku lukis kesdihan di awan,
biar ia diterbangkan angin,
nyah jauh dari sini.

tidak mahu memendam,
kata-kata menjadi pilihan,
ku coretkan sana sini,
segala yang mahu diungkap,

tidak mahu menyusahkan,
ku meringkuk sendiri,
sembunyi melelapkan diri,
biar mimpi menjadi pengganti,

tidak mahu hati semakin lara,
zikir menggetarkan lidah,
jiwa merintih menyeru-nyeru,
namaMu yang Agung,

tidak mahu dihidu yang lain,
aku mengorak senyuman selebar mungkin,
walau hati berdentam dentum memberontak,
ku kunci ia dengan pintu besi,

wahai diri,
mengalir manik mutiara dalam deras air,
siapa yang mahu melihat?
giat jarimu menyampaikan berita,
siapa benar-benar peduli?

mereka hanya berkata,
mereka kemudian melupakan,
tiada apa bisa dilakukan,
kita berserah sahaja,

Allah..
ini hanya suatu episod dalam suratan hidupku,
aku tahu,
suatu masa ia akan tamat juga,

sehingga saat kisah hidupku tamat,
dan aku kembali ke pangkuanMu,
kuatkanlah aku.
temanilah aku, wahai Allah. :'(

1 bisikan:

Ketaqwaan said...

Allah sentiasa di sampingmu..
Ketaqwaan membantumu ke jalanNya.. ^_^

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino