5/07/2012

sakit.


nangis sampai sakit kepala,
tengok laptop sampai pedih mata.

tunggu dengan linangan air mata,
hati sakit tak terkata..

engkau fikir engkau hebat,
tak kau tahu amarah ini sudah pekat,

apa ini semua soalnya hak?
bila mana hati sudah retak?

janji-janji engkau tabur,
mahu pula janji-janjimu aku lebur,

biar punah segala kenangan,
jangan lagi bina angan-angan,

dengar kataku ini,
mungkin maafku tak bererti,

tetapi segala yang tersurat hari ini,
aku ku simpan dalam hati.

1 bisikan:

Ketaqwaan said...

sakit kepala makan ubat,
pedih mata off laptop sat..

deraian air mata bolehku kesatkan,
hati yang sakit cubaku hiburkan..

cairkan amarah yang pekat,
balasan Allah Yang Maha Hebat..

hak dan punya jgn dicerita,
kalau hati tak pandai nak jaga..

janji manusia semua palsu,
janji Allah yang kita tunggu..

lupakan kenangan hiburkan hati,
teruskan hidup di alam duniawi..

sama ada bererti atau sebaliknya,
maaf dipohon menyapu dosa..

simpan selagi boleh tahan,
sebelum meletup lebih baik lepaskan..

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino