5/07/2012

curahan cerita cinta


tidur dengan sisa esakan,
penat menanti dari tadi,
biar kepala memberat bagai batu menghempap,
mata masih setia mencelikkan akal,
kata bermain-main meluahkan rasa,
hati mencurah-curah mengiakan segala,

mereka pesan supaya sabar,
aku turuti sahaja,
sabar dan bersabar,
aku masih mampu bersabar,
mereka bilang ini hanya perkara biasa,
lambat laun ia akan basi,
senang kau berseni,
tidak kau di sini,

diam aku seribu bahasa,
bingung tak terkata,
hanya Allah tempat mengadu segala keperitan,
tidak kenal erti lelah dan tenat,
kerana aku masih percaya,
bahagia bukan di dunia,

tetapi Allah,
aku manusia...
aku tahu engkau ada..
teguhkan aku, tabahkan aku..
walau dia tiada di sisi..
inilah dia, bila semua meninggalkan.

2 bisikan:

Penunggang Kuda said...

apabila manusia mencintai Allah lebih dari segalanya..maka tidak perlulah hakim mahkamah,polis,pencegah maksiat,suruhanjaya pencegahan rasuah,unit simpanan persekutuan dll. Semuanya akan aman. Tapi hati yang dikurniakan Allah untuk mencintainya telah disalahgunakan untuk mencintai benda lain yang bersifat sementara dan ada juga yang memudaratkan. Akal juga tidak mengawal segalanya dgn baik.

jika CINTA Allah yang dikejar..semoga dipermudahkan segala urusan.

Anonymous said...

Fatimah zahra' hanan.

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino