4/04/2012

aku tak perlukan pencipta.


ketika sedang sibuk mencari bahan untuk tugas-tugas assignment saya.. terjumpa satu persembahan boneka ini. cuba lihat dari kaca mata tarbiyah.

kisahnya.. (rekaan saya sendiri)
seorang pencipta boneka mencipta bonekanya. beliau amat menyayangi boneka tersebut. maka, dia menggunakan tali untuk mengawal boneka tersebut. sudah fitrahnya boneka tanpa nyawa perlu digerakkan, maka perlu ada tali... (ayat darjah satu..sori)

boneka :
wahh!! aku hidup!!
tapi....kenapa ada tali...????
confuse......  ???
ohh..rupanya aku ada pencipta.................
aku diciptakan, tetapi aku perlu patuh pada arahan-arahannya..
bila dia angkat tangan aku, aku perlu angkat tangan. bila dia angkat kaki aku, aku perlu angkat kaki aku.
aku tidak mahu begini...!!!
aku mahu mengawal diri aku sendiri.. bebas tanpa panduan, arahan, mahupun saranan sesiapa..
aku mahu hidup sendiri.
aku tak mahu bergantung lagi padamu, penciptaku, (bye-bye)

boneka mencabut tali-tali yang ada di badannya.
terkulai lesu di atas lantai.

boneka :
oh...rupanya aku hidup kerana penciptaku....
dia yang menggerakkan aku, menjalankan aku..
kini aku sendiri tanpa bantuan...
aku tak mampu bergerak lagi................................

ini videonya. hayatinya dengan mata hati anda.
http://www.youtube.com/watch?v=lV4ZnoYhwgg&feature=related

0 bisikan:

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino