4/19/2012

tabah.


tabahkan juga hati ini.
walau tiada yang di sisi..
aku boleh hidup sendiri.
pergilah manusia..
Allah kan Ada..

4/11/2012

Cek diri kita.





1) Aqidah Sejahtera
Tidak menjampi kecuali dgn al-Quran yg ma’thur
Tidak berhubung dengan Jin
Tidak meminta bantuan dari orang yg meminta bantuan jin
Tidak menenung nasib
Tidak mendekati tukang tilik
Tidak mengusap kubur
Tidak meminta bantuan dari simati
Tidak bersumpah dgn selain Allah
Tidak mempercayai adanya sial
Mengikhlaskan amal kerana Allah
Mengimani rukun-rukun Iman
Mensyukuri Allah swt ketika menerima nikmat
Sentiasa sedar Syaitan adalah musuh
Menerima sepenuhnya dari Allah dan menolak sesuatu yg di turunkan selain Allah swt
2)Ibadah Yang Sahih
Tidak menolak utk azan
Bersuci dgn sempurna
Sangat menghargai solat berjemaah
Sangat suka berjemaah di masjid
Memperbaiki mutu solat
Qiamullail seminggu sekali
Menunaikan zakat
Berpuasa wajib
Berpuasa sunat sehari setiap bulan
Ada niat utk menunaikan haji
Beriltizam dgn adab-adab tilawah
Khusyuk ketka membaca al-Quran
Menghafaz 1 juzuk dari al-Quran
Berdoa pada waktu-waktu yg diutamakan
Mengakhiri harinya dengan taubat dan istighfar
Menjadikan setiap amalan mempunyai niat
Menjauhi dosa-dosa besar
Sentiasa membaca zikir pagi
Sentiasa membaca zikir petang
Mengingati Allah swt pada setiap situasi
Menunaikan Nazar
Menyebarkan Salam
Menahan anggota dari perkara haram
Beri’tikaf di bulan Ramadhan jika ada peluang
Menggunakan sugi/siwak
Sentiasa bersuci (berwudhuk) sedaya mungkin
3) Akhlak Yang Mantap
Tidak takabbur
Mempunyai pendirian
Tidak menipu
Tidak mencaci
Tidak mengadu domba
Tidak mengumpat
Tidak berdusta
Tidak mengejek
Tidak memperlekehkan sesuatu kumpulan
Tidak berkawan dgn orang yg berkelakuan buruk
Mengasihi orang yg lebih muda
Menghormati orang yg lebih tua
Menunaikan janji
Menundukkan pandangan
Menjaga rahsia
Menutup dosa orang lain
Cemburu terhadap isteri
Mempunyai perasaan cemburu atas agamanya
4)Mampu Bekerja
Mejauhi pekerjaaan yang haram
Menjauhi riba
Menjauhi judi
Menjauhi penipuan
Menunaikan zakat
Membuat simpanan walaupun sedikit
Tidak menangguh-nagguhkan tugasan yg diamanahkan
Memelihara harta awam
Memelihara harta peribadi
5) Berpengetahuan luas
Mampu membaca dan menulis dgn baik
Membaca tafsir 1 juzuk dari al-Quran
Memelihara hukum-hukum tilawah
Menghafaz setengah dari hadith 40
Menghafaz 20 hadith dari Riadhussalihin
Mengkaji marhalah Makkah dan menguasai ciri-cirinya yg penting
Mengenali sepuluh orang yg dijanjikan Syurga
Mengetahui hukum-hukum taharah/bersuci
Mengetahui hukum-hukum solat
Mengetahui hukum-hukum puasa
Membaca sesuatu diluar bidangnya. 4 jam seminggu
Memahirkan diri dengan wasilah-wasilah moden
Sentiasa peka akan serangan Zionis terhadap Islam
Mengetahui pertubuhan-pertubuhan yg menyeleweng
Mengetahui aspek keburukan dari perancang keluarga
Mendengar dengan baik
Mampu memberikan pandangan
Bersedia menerima tugas-tugas kolektif
Tidak menerima syubahat yg dilemparkan keatas kita
6) Tubuh Yang Cergas
Bersih tubuh badan
Bersih pakaian
Tempat tinggal yg bersih
Beriltizam dgn sunnah (adab) makan dan minum
Tidak berjaga malam berlebihan
Iltizam dgn senaman 2 jam seminggu
Bangun sebelum terbit fajar/subuh
Mematuhi kaedah membaca dari aspek kesihatan
Meninggalkan tabiat merokok
Menjauhi tempat-tempat kotor
Menjauhi tempat-tempat berpenyakit
7)Mujahadah (Menguasai Diri)
Menjauhi perkara-perkara haram
Menjauhi tempat-tempat lalai yg diharamkan
Meninggalkan tempat-tempat maksiat
8)Teratur urusannya
Penampilan yg elok
Tidak mempunyai hubungan dgn pihak yg menentang Islam
9)Sangat Menghargai Masa
Bangun awal
Menggunakan masa tertentu utk belajar
10)Bermanfaat Kpd Orang Lain
Menunaikan hak ibu bapa
Menyertai majlis-majlis kegembiraan
Membantu orang-orang yg memerlukan
Membimbing orang yang sesat
Berkahwin dgn pasangan yg sesuai

ISTIQAMAHLAH DALAM MEMBERSIHKAN DIRI...

Another tips for a happy life :- (for myself especially)

1) Do not promise anything when you are happy.
2) Do not decide when you are sad.
3) Do not reply when you are angry! arr!

Cinta sejati.


Kata, sayang saya?!

wahai cinta,
jika engkau benar,
engkau akan temukan aku dengan pemilikmu.
Pemilik Cinta.


Yang mencari-cari sinar untuk hidup..
Wahai yang mencintai aku,
jika cintamu sejati,
temukanlah aku dengan Rabbi..
cukup.
begitu sahajalah penilaian cinta.
usah berbicara soal rindu dan sayang.
jika cintamu cinta hakiki,
kediaman impian kita ialah syurga,
kerana di situ ada Allah.
Pemilik Sang Cinta. :)

Pimpinlah manusia ke jalan tuhan..

dedicated to my family, friends, usrati, and for those who love me..

4/10/2012

tipu, aku cintakanmu.


aku tipu.
sungguh itu hanya mainan kata-kata.
aku tidak pernah lagi mencintaimu dengan sungguh-sungguh..
mungkin tidak pernah.. :'(
tidak layak aku mengaku aku ini pengikutmu, umatmu..

apakah Rasulullah itu sekadar imaginasi?
tidak tersentuh dek hati,
tidak terjangkau akan akal,
tidak tergerak oleh daya perbuatan,
tidak bergetar lidah akan menyanjunginya..

ah! jauh sungguh kita dengan Rasulullah.. :'(
Wahai purnama, terangmu menyuluh kegelapan. sungguh buta mereka yang tidak mengenalmu..
apabila disebut namanya, hati keras membisu...
apabila bergema akan kisah agungnya, akal bingung tidak mampu membayangkan seorang insan kamil..
apabila dilaung sunnahnya, tubuh ini tidak pantas melaksanakannya..
apabila berselawat, barangkali ia hanya kata-kata basi dari diri kita,
kosong dan tak bermakna...

jangan ditanya, apakah Rasulullah kenal kita..takut kita pula yang tak kenal Rasulullah...

sungguh menyayat hati pula, apabila kita tertipu dengan sangkaan kita sudah cukup mencintai nabi...
gah memperkenalkan diri hina kita ini kepada insan mulia..
nabi pula bertanya "man enta?"
ohhh...!! :'(

Wahai Rasulullah..
engkau terlalu istimewa..
cahayamu bersinar begemerlapan nun jauh di sana..
terlalu terang hingga tidak terlihat aku akan wajahmu yang indah..
sedang aku terpinggir di sini,
jauh darimu...
jauh..

sayang hati, rawat hati.


Bayangkan, hati kita hitam, rosak, cacat, kotor begini...


apa mungkin kita tegar menyimpan sesuatu yang buruk dalam tubuh kita?
yang mana kita sendiri akan rasa jijik dan kotor melihatnya?
sayangnya, kita tiada hati lain..
hati ini hanya satu..
buruk-buruk ia, kitalah yang perlu berusaha menyembuhkannya kembali..

seorang mukmin itu bukan sahaja mencintai kebersihan, tetapi hatinya juga bersih...
memang benar, penghijrahan itu memerlukan kekuatan.
kekuatan untuk meninggalkan.

nak pindah. nak ikut?

AKU MAHU BERUBAH.
tetapi bukan hanya dengan kata-kata.
biarlah aku terkial-kial melangkah di sini, asalkan bergerak.
aku takkan bertoleransi lagi pada sesiapa yang merantai aku,
sesuatu yang mengotorkan hatiku,
apa-apa yang membunuh semangatku.

ingin temani aku, perlu bergerak bersamaku.

~hati yang bersih itu ialah hati yang bahagia~






4/08/2012

sebarkanlah kebaikan!



buka mata luas-luas, lihat hikmah Allah yang tersirat,
cari ruang, untuk berbakti..
tanamkan azam kukuh dalam diri,
"ingin menjadi lebih baik"

berusahalah untuk menyebarkan kebaikan..walaupun sebesar zarah!

tolong buka pintu untuk orang..
kutip sampah, xpyh tnggu mak cik cleaner..
beradab di meja makan (tolong kemas2 meja, xpyh tnggu pelayan ja)

Islam mengajar kita bersopan santun, berlemah lembut, bertimbang rasa, dan prihatin akan orang lain.
pesanlah pada diri. kita beramal, untuk Allah. :)


Bebaskan diri daripada pujian manusia

moga semalam mengajar kita sesuatu,
agar hari ini menjadi lebih baik!
InsyaAllah..


unik cinta terhadap Allah itu. 
Dalam rasa takut, ada harapan. Dalam harapan, ada rasa takut. 
Mengharap akan rahmat Allah... 
Takut pula sekiranya ada yang akan mengundang kemurkaanNya, 
jadi, kita berhati-hati dalam mencintai..Allah.

Banyakkan beristighfar..istikharah.. jaga hati.


4/07/2012

very inspiring! :)




terasa kehilangan.. :'(



cipta kenangan baru...






hati berbunga..





tengok akhowat yang berkasih-kasihan kerana Allah..
berkorban masa, harta, tumpuan, tenaga (macam-macamla) kerana Allah..
hati tersentuh, lantas tumbuhla bunga-bunga mekar dakwah.

ya, dakwah.

kerana engkau menyeru, aku juga ingin menyeru.
ingin bersama-samamu.. InsyaAllah!

satu qudwah yang ditonjolkan oleh Tuan Guruku yang amat kukasihi..
sifat dan keinginan yang kuat untuk membantu saudara yang lain.
MasyaAllah.
Beliau juga sakit, tetapi beliau berjuang bukan kerana untuk dirinya,
tetapi kerana dirinya diperlukan oleh orang lain.
kesihatannya, ilmunya, tenaganya dicurahkan sepenuhnya untuk gerak kerja islami.
Subhanallah!
aku menanti kepulanganmu,
guruku, murobbiku, ayahandaku.. :'(

4/06/2012

Doamu makbul?


penat rasanya.
terbeban sungguh apa yang aku alami setiap hari.
maka aku angkat tangan..mengucapkan kalimah cinta..memohon kepada Allah..
mohon akan rehat, tubuhku sudah lelah bekerja, berikanlah aku rehat....

"Allah sentiasa mengabulkan permintaan kita,
cuma kita sahaja yang tak sedar,
bila dah dapat,
kita ratapi pula....
percayalah, setiap sesuatu ada baik buruknya!" -Aulia April 2012.



awal tahun 2009, aulia jatuh sakit..
hampir 3 bulan terlantar di atas katil.
diri ini disentap-sentap dengan soalan
"mengapa aku?! mengapa aku jadi begini..??"

berjurai-jurai air mata basah meleleh di pipi,
sehinggakan esakan tangis ini ditenangkan mama.
"Allah bagi sebab Allah sayang kak long..."
aku diam. memang aku masih muda tatkala itu.
hati berbisik "sayang apa, dia bagi aku sakit.."



hati sepi merenungi siling,
telinga bisu berdengung tanpa suara.
tubuh badan berkhayal membayangi diri yang cergas dan aktif..
satu suara berbisik, "bukan ke ini yang kau mintak dulu? dulu kau mengadu pada Allah, kau penat. tiada yang menghargai..ke hulu, ke hilir, melunaskan tanggungjawab. kini Allah beri kau rehat! kau nak apa lagi?"

tersentap diri ini. mata membulat..
air mata bergenang lagi.
teringat malam hening saat aku menitipkan hajatku...
rupanya, doaku makbul!

aku minta..Allah beri perhatian padaku... aku dapat.
aku minta..aku dhargai..aku dapat juga.
aku minta..kasih sayang manusia......aku peroleh tanpa aku rayu.
aku minta...istirehat.....sehingga rehatku ternyata lebih panjang daripada orang lain.
cuma Allah minta aku bersabar sahaja!
berjuta harapan..begitu banyak yang telah Engkau kabulkan..

Ya Rabb...mengapa aku terlalu fokus akan kepedihan yang dilalui?
sungguh, Allah sangat, sangat sayangkan aku...

sahabatku..tidaklah aku bermaksud ingin meraih simpati kalian,
kerana waktu ini, aku sudah sihat walafiat, alhamdulillah.. :)
cuma, satu pesanan indah ingin aku hadiahkan,
ingatlah, Allah sentiasa sayang.
cuma dunia ini, sentiasa ada baik buruknya.
bahagia yang hakiki itu hanya di syurga,,,,tatkala kita bersama Yang Esa. itu yang hakiki.
bersabarlah....

sudilah membaca kisah ini..moga ada manfaatnya untuk kamu yang dikasihi Allah..

Kisahnya begini…..
“Ada seorang ‘abid ( ahli ibadah ) yang selalu meminta dalam doanya agar dikurniai dua potong roti setiap hari tanpa perlu bekerja, sehingga dia dapat menumpukan sepenuh masanya untuk beribadah dan menambah 'amal. Dalam bayangannya, jika tidak bersusah payah bekerja mengejar dunia, ibadahnya akan lebih terjaga.

Lalu, ALLAH SWT mengabulkan doanya dengan cara yang tidak terduga; ia ditimpa fitnah yang dahsyat yang menyebabkan dirinya terhumban ke penjara. Sepanjang berada di penjara, ALLAH mentakdirkan setiap hari dia memperoleh dua potong roti; pagi dan petang, tanpa bekerja. Dengan ini masanya banyak terluang dan sangat lapang untuk beribadah.
Namun, apa yang dilakukan oleh si 'abid tadi? Dia sibuk meratapi nasibnya yang terasa nestapa di penjara.

"Mengapa ini terjadi?" soalnya sendiri.

Tanpa dia menyedari inilah jalan ijabah ( jawapan dan pengabulan ) dari ALLAH SWT atas doanya yang terisi, berikan aku dua potong roti sehari!”

ringankanlah dia..


menangis lagi.
tak henti-henti..

janganlah ambil dia lagi, Ya ALLAH..

perjalanan masih jauh...

4/05/2012

pergilah..


aku tahu, inilah kasihMu...
aku tahu, inilah cintaMu..
dan ku tahu, tiap yang terbaik untukku,
tak semuanya yang ku mahu...

di celah hangat nafas yang terhela..
ada dingin saat menyebut namaMu..

padaMu jua diadukan..
segala rebah dan tangisan lelahku..
titipkanlah kekuatan untukku..

engkau telah meminjamkan aku,
kini engkau ambil kembali..
tiada daya upaya aku, melainkan ucapan syukur...



moga ini yang terbaik.
pergilah.... aku redha. :')

4 april- moga engkau kuat.


murobbiku..sangat rindukan kamu..
ingin lagi menjadi makmum solatmu...

ya rabb...peliharalah insan yang kukasihi ini...
moga kami dapat bertemu dengannya kembali..
merasa sentuhan segar tarbiyahnya..
ingin menjadi sepertinya...

HD,, :'(
dengan linangan air mata..sudah terasa sangat kehilangan...
bantulah dan peliharalah beliau, Ya Rabb...
kuatkanlah beliau..........

4/04/2012

tak mahu jadi penggali kubur.


teringat kisah-kisah dulu.
sedih.

teringat aku yang jahil dulu.
malu.

tak mahu lagi pulang ke sana.
ke titik-titik hitam putaran hidupku.

tak mahu terlalu bergantung lagi pada manusia.
ingin sucikan jiwa.

tak mahu berpaling lagi ke belakang.
biarkanlah sahaja ia berlalu.

jika kisah itu dibongkar,
bukan aku si penggali kubur.

ikhlaskan hati.


sedang menguatkan diri ini. jatuh, bangun...jatuh,bangun...
kuatkan aku, Ya Rabb.

                 ********
apabila melihat orang sibuk-sibuk memberi alasan untuk mengelakkan diri pergi ke usrah, daurah atau mukhayyam...teringat kata-kata seorang ukhti... "orang lupa...kalau kita luangkan masa untuk Allah dengan ikhlas seikhlasnya, Allah akan luangkan masa untuk kita juga..." (lebih kurangla..)

benar tu.

"alamak, ada daurah..ish. mnggu depan test.xpergilah daurah.." alasan si A yang sanggup korbankan makanan rohaninya.

si B sama juga ada test, tapi pergi juga daurah. balik dari daurah, si A tak habis juga cover topik untuk test. tapi si B mengulangkaji hanya 2-3 jam. dia tak baca semua, tapi kebetulan apa yang dia baca, masuk dalam test. Allah tolong dia kan..? :')

yakinlah akan amalmu wahai duat. ikhlaskan hati. Allah tolong, InsyaAllah...

aku tak perlukan pencipta.


ketika sedang sibuk mencari bahan untuk tugas-tugas assignment saya.. terjumpa satu persembahan boneka ini. cuba lihat dari kaca mata tarbiyah.

kisahnya.. (rekaan saya sendiri)
seorang pencipta boneka mencipta bonekanya. beliau amat menyayangi boneka tersebut. maka, dia menggunakan tali untuk mengawal boneka tersebut. sudah fitrahnya boneka tanpa nyawa perlu digerakkan, maka perlu ada tali... (ayat darjah satu..sori)

boneka :
wahh!! aku hidup!!
tapi....kenapa ada tali...????
confuse......  ???
ohh..rupanya aku ada pencipta.................
aku diciptakan, tetapi aku perlu patuh pada arahan-arahannya..
bila dia angkat tangan aku, aku perlu angkat tangan. bila dia angkat kaki aku, aku perlu angkat kaki aku.
aku tidak mahu begini...!!!
aku mahu mengawal diri aku sendiri.. bebas tanpa panduan, arahan, mahupun saranan sesiapa..
aku mahu hidup sendiri.
aku tak mahu bergantung lagi padamu, penciptaku, (bye-bye)

boneka mencabut tali-tali yang ada di badannya.
terkulai lesu di atas lantai.

boneka :
oh...rupanya aku hidup kerana penciptaku....
dia yang menggerakkan aku, menjalankan aku..
kini aku sendiri tanpa bantuan...
aku tak mampu bergerak lagi................................

ini videonya. hayatinya dengan mata hati anda.
http://www.youtube.com/watch?v=lV4ZnoYhwgg&feature=related

4/03/2012

cemburu.


kita selalu cemburu kalau orang yang kita sayang, didekati orang lain.

tapi, kita cemburu tak bila tengok orang lain berkejar-kejar, bersungguh-sungguh mendekati Allah taala?
Raja Agung, Tuhan sekalian alam.

tak cemburu ye? ruginya.

maknanya, kata-kata agungmu "aku cinta padaMu wahai Allah" hanyalah mainan kata-kata.

Kita pernah bahagia.


Assalamualaikum.

Ya, sepi blog ini.. sudah lama tak update dan kemaskini blog.
Bila nak menaip, diri ni ditujah-tujah dengan soalan..

"ye ke macam tu..betul ke apa aku tulis ni..?"
"kau tu tulis je, buatnye entah tidak.."
"ramai lagi orang hebat-hebat yang menulis. aku yang kerdil ini, entah apa manfaatnya pada orang"

jadi, tiba-tiba malu sendiri..tutup blog. sepikan diri juga di fb...

tapi, tahu tak siapa penasihat kita yang paling baik?

Diri kita sendirilah.

Bila Aulia senang, Aulia jenguk tulisan-tulisan perit yang pernah mencoretkan luka-luka hidup ini. Teringat, kini aku telah senang, Allah dah selamatkan aku daripada kesusahan yang aku sangka tak berpenghujung.

Bila Aulia susah, Aulia jumpa pula coretan-coretan bahagia..diri ini tertanya-tanya..kini air mata aku mengalir deras, jiwa tertekan, tak tahu samada esok masih ada..tapi, rupanya aku pernah bahagia....?

                                                         KITA PERNAH BAHAGIA.



kerana aku manusia pelupa, aku perlu coretan ini.
andai ia tidak bermanfaat untuk kamu, maafkan aku.
moga-moga ia tidak sia-sia untuk diriku juga.

                                                    *****

sedikit perkongsian. antara mimpi bahagia yang pernah Aulia alami..
Aulia mimpi suatu tempat yang sangat indah, banyak makanan, kenalan-kenalan dan ahli keluarga yang sangat Aulia sayangi mengelilingi Aulia... udaranya nyaman dan sejuk...tak pernah Aulia rasa satu tempat yang nyaman dan tenang seperti itu. Angin mendesir di bibir telinga..seakan-akan mendengar kalimah "subhanallah..subhanallah.."

Aulia berdiri di puncak gunung, langit begitu terbentang luas..rasa seperti  'hanya aku dan tuhanku'
sehinggalah terucap "Ya Allah...tak pernah aku rasa erti bahagia seperti ini.."

Apabila kelopak mata terbuka, terasa hidung, kerongkong dan paru-paru ketat terisi dengan hawa dingin yang masih segar. Allahu Allah.. waktu itu, Aulia tengah sakit..bergelut semalaman..tapi hati tetap mengingatkan dengan sabar.. bila dah menjelang lewat dhuha, aulia tertidur..hairan. sakit pun hilang sepanjang mimpi dan lepas bangun. badan terasa segar, ringan dan kulit masih terasa kedinginan.

aku tidak mahu lupa akan rasa bahagia itu. kerana itu aku coretkan di sini....
wallahualam.
 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino