12/16/2011

muslim beremosi.


Memang benar, hidup kita diwarnai dengan ragam dan kerenah manusia.
mereka yang membuatkan kita kecewa, sedih, marah, geram, dan berang.
mereka jugalah yang menceriakan kita, yang membahagiakan kita, menemani kita.

Emosi.
Emosi memainkan peranan yang besar dalam hidup kita. 

TETAPI, 

tak perlulah terlalu beremosi dalam setiap perkara.

- "naqibah asyik approach orang lain sahaja, aku dia tak ingat pun..." *merajuk
-"entahlah, dah ajak dia datang banyak kali ke usrah, tapi asyik bagi alasan saja. malaslah" *putus asa
-"oh, dia tak puas hati dengan kerja yang aku buat. at least aku buat! biarlah kau buat sorang. padan muka" *lepas tangan
-"asyik-asyik tegur aku. sikit-sikit nasihat. aku tak nak dahlah kawan dengan dia" *jauhkan diri
-"kami berdua bergaduh. so, kerja kumpulan ni, biar je la hanging.. lagi pun dia tak cakap apa-apa" *ego

cuba kita renungkan kembali, kalaulah kita begitu sensitif dalam hal-hal kecil, 
apa akan berlaku pada dakwah kita? agama kita? ibadat kita? kerja kita? hubungan kita sesama manusia?

kesal sekali.

jika kita seorang muslim yang berkerjaya, 
jadilah seorang yang profesional.
tonjolkanlah sikap seorang yang amanah, berpegang pada janji, disamping sentiasa melakukan yang terbaik.

ujian hidup itu sentiasa ada. selagi mana kita bergaul dengan manusia, pasti ada konflik. 
tetapi, terlalu beremosi bukanlah penyelesaiannya.
sisihlah rasa kecewa dan kecil hati yang merenggut jiwa kita.
usah terlalu dikhuatirkan.

Bukankah Allah ada untuk kita?
Bukankah Allah yang memiliki semua hati-hati manusia?
Bukankah Allah sebaik-baik penghukum dan pembalas?

jika kita berselisih faham dengan seseorang, jangan biarkan kerja/tugasan yang sedang kita galas terbengkalai. itu amanah!
jika kita sudah cuba berbaik-baik dengan seseorang, tetapi tidak dipedulikan, jadilah neutral. biarlah sahaja. serahkanlah pada Allah.

fikirlah, kita ada ALLAH. Dia pemilik hatinya dan hati kamu. 
Berusahalah, lakukanlah apa yang mampu.
sekurang-kurangnya kita ada jawapan untuk diberi pada Allah di akhirat kelak.

Bila kamu disakiti, dianiaya, dilukai orang..
Maafkanlah dan lupakanlah...
Bila kamu dihargai dan disayangi orang..
Bersyukur, dan berterima kasih, dan kenanglah ia....  

Nak nilai betapa rapuhnya cinta kita pada Allah,
dan betapa kuatnya cinta kita pada manusia,
lihatlah, 
sejauh mana kita sanggup bertindak untuk menurut jangkaan manusia..?

-kuat kita bergantung pada manusia, rapuh hubungan kita dengan Allah.-

0 bisikan:

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino