12/18/2011

azam.


"sedang membina hati yang sedia dididik"


sahabat-sahabatku, sudilah memberi aku sebarang nasihat. aku sedia memperbaiki diriku ke arah yang lebih baik lagi. hanya Redha Allah yang menjadi matlamat utamaku. jiwa ini, hati ini, jasad ini, segalanya milik tuhanku. aku serahkan ia pada tuhanku. bezanya, aku ini masih insan biasa, dihiasi dengan fitrah yang lemah, kadang kala aku lupa dan merungut. sedangkan segalanya milik Dia..


bersihkan hati, sucikan jiwa, kuatkan rohani, mantapkan fizikal..lihatlah dengan mata hati akan taujih dan ibrah alam yang telah sedia terbentang. hati yang sedia dididik akan lapang, dan berpandangan luas, berserah pada Allah, dan kuat pergantungannya pada Allah jua. 


Ya Allah, saksikanlah! inilah pengorbananku di dunia, dan sahamku di akhirat. Engkau sahajalah yang layak menilai keikhlasanku dan sejauh mana aku wajar diganjari. 

"Allah menjanjikan kepada orang-orang mukmin, lelaki dan perempuan, akan mendapat syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya dan mendapat tempat yang lebih baik di Syurga Adn. Dan keredhaan Allah lebih besar. Itulah kemenangan yang agung." 
(QS; 72:At-taubah)

Allah, redhalah akan diriku dan teman-teman seperjuanganku.

0 bisikan:

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino