11/05/2011

saya nak masuk neraka, sebab saya malas berusaha.


Agaknya, ada tak orang buat statement macam ni?
"saya nak masuk neraka, sebab saya malas berusaha."

Di dunia ini, Allah berikan begitu banyak perumpamaan untuk kita merenung, berfikir, dan muhasabah kembali diri kita.

saya berikan satu contoh,

setiap orang diberi sebidang tanah.

ada yang telah diberi ilmu dan selok belok mengenai tanaman dengan baik. dia tahu, tanah itu bakal mendatangkan keuntungan. maka, dia rajin dan sabar bercucuk tanam menunggu hasil.

ada juga yang terikut-ikut orang lain walaupun ia tidak jelas akan tujuannya.
ada yang tetap bercucuk tanam walaupun tanpa ilmu.
ada yang tetap berusaha walaupun adakalanya ia berputus asa.

dan,

ada yang tidak berusaha langsung, kerana malas dan sebagainya.

lihatlah, tanah itu bagaikan hidayah. beruntunglah mereka yang telah diberi hidayah di dunia ini dan memanfaatkannya. berusaha menanam amal-amal kebajikan dan meracun dosa-dosa dan maksiat yang merosakkan kebun imannya. dia mahu benar mempersembahkan hasil yang banyak kepada pemilik yang Maha Esa, iaitu Allah. bukan hasil tanaman yang rosak2 iaitu dosa-dosa jijik yang telah kita lakukan!



hasil tanaman yang baik-baik itu nanti akan 'dibayar' oleh Allah, dan balasannya ialah syurga! kalau banyak yang rosak, Allah tak nak beli. jadi, dah tak ada tempat lain yang kita boleh pergi waktu itu, melainkan neraka sahajalah jawabnya. Kita masuk neraka, Allah tak terkesan apa-apa pun. Allah tidak perlukan apa-apa pun. kita yang perlukan Allah!sebab kita yang nak masuk syurga! kita sama sekali tak nak neraka!

betul tak?

jadi, mengapa nak sombong sangat untuk pegang cangkul, mengotorkan tangan dengan tanah, membaja tumbuh-tumbuhan dengan tabah dan sabar? bukankah kita juga yang untung nanti?

seorang petani juga dikira beruntung apabila mempunyai peralatan-peralatan dan bahan-bahan yang boleh membantunya memudahkan kerja-kerja.



realitinya, kita sentiasa perlukan teman-teman yang baik, yang bisa membimbing kita..kehidupan dan ujian yang mampu kita tanggung agar kita tak melencong tersesat jauh, dan ilmu-ilmu mengenal dan mencintai Tuhan.

untuk mereka yang mempunyai tanah, tetapi tidak tahu memanfaatkannya...
keluarlah mencari ilmu..

tugas kita yang berilmu, sedarkanlah mereka. (nak ke kita masuk syurga sorang-sorang? menyepi seorang diri?)

bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai tanah langsung?
masih tidak diberi hidayah...
terkontang-kanting mencari kebun yang disangka kebun...??

marilah bantu mereka!

0 bisikan:

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino