11/19/2011

Cinta yang Satu, hanya Satu.


Status atau kata-kata yang terbaik, bukanlah yang paling banyak mendapat tepukan gemuruh, atau jumlah 'like' atau lambungan pujian-pujian. tetapi, kata-kata yang dapat menyentuh, dan memberi impak pada hati dan mencetuskan inspirasi serta mengejutkan diri yang terlena. 

status-status aulia, coretan aulia, hanyalah ilham daripada Allah. sebagai refleksi diri dalam kehidupan ini, yang amat senang aulia mahu kongsikan bersama antum, sahabat sekalian. tidak sama sekali menggambarkan sepenuhnya peribadi diri yang lemah ini. jauh mahu meraih perhatian. maafkan aulia sekiranya ada yang melihat begitu. aulia juga sedang sangat berhati-hati dengan sifat riak yang mudah benar menggigit-gigit hati kotor ini.

aku sama sahaja sepertimu, teman.
masih merangkak..
masih meraba...
malah, aku begitu ternanti-nanti akan terbitnya butir-butir mutiara kata yang bakal menyinar di hatiku daripada lisanmu.


aku juga sepertimu, 
kadang kala dilema...
antara cinta yang hakiki..
cinta yang suci, 
bersih dari maksiat..
maka, aku begitu memohon Redha Rabbi..


aku juga,
adakalanya  begitu rapuh dengan manusia,
begitu terluka apabila dilukai manusia,
sedang aku begitu menyayangi insan tersebut..

aku juga pernah mencari-cari erti ketuhanan..
mencari-cari tali yang bisa menyelamatkan aku..

aku juga pernah menangis melihat teman-temanku tanpa kompas hidayah,
maka aku turut meratap mengharapkan agar aku bisa menyelamatkannya..

tetapi,
di sebalik seribu satu kisah 'kebetulan' drama hidup kita,
di mana kita berkongsi suka duka serupa...

mengapa tidak kita juga berkongsi satu CINTA yang sama?

aku, kamu, dan dia.
kita cintakan Allah.
kerana da'wah, kita bersatu.

0 bisikan:

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino