11/27/2011

andai ini coretan terakhir?




diari yang bertukar ganti..
bila tiba tahun baru...
terkenang akan masa-masa lalu...
manusia memang pelupa!

aku lupa,
Allah masih mengizinkan aku bernafas.
sedangkan aku pernah bertarung untuk sebuah hela nafas.

aku pernah bertaruh antara nyawa dan mati.


bagaimana mungkin kini langkahku terus longlai apabila aku hanya diuji sedikit?
bagaimana aku tegar mengeluh-ngeluh seperti aku sahaja yang sedang susah?



telah banyak Allah curahkan nikmat dan rahmatNya padaku..
tetapi aku tetap juga lupa.
bukankah janji-janji Allah itu benar?



aduhai diri,
pejamlah matamu,
tepuk dan usaplah dadamu dengan lembut.
bisiklah,
"Allah ada. Allah ada. Allah ada"

walaubagaimanapun badai yang bakal melanda,
ada sesuatu yang pasti.
Allah tetap ada.

apabila engkau mencari seseorang untuk membantu,
engkau lupa, Allah telah banyak membantu...

mencari pula sesiapa untuk diadukan masalah kita,
Allah telah sediakan waktu-waktu mustajab untuk hajat kita dikabulkan..

bagaimana mungkin...kita lupa?



tabahkan jua hati..bertawakkallah sentiasa..
ingat,
ketenangan abadi hanyalah di syurga sana,
hidup sempurna hanyalah di sana,
rumah impian hanyalah wajar dibina di sana,
kekasih idaman yang hakiki juga menanti di sana...

tiada apa milik kita di sini.




hidup kita, adalah pembuktian cinta dan pengabdian kita kepada Allah.
jika benar cinta kita padaNya,
Allah akan memilih kita bersama denganNya.



Allah..
sisa hidupku semakin singkat...
tetapi aku pula semakin menambah dosa..
aku tahu dunia ini tiada yang abadi..
tetapi aku tetap leka berangan-angan..


oh tuhan!
aku bersyukur.
wujudnya mehnah dan musibah dalam hidupku,
rupanya berjaya mengingatkan aku,
bahawa aku ini hanya hamba.

11/26/2011

hati ini hanya milik Dia.



tumpang bahagia dengan mereka yang telah mendirikan baitul muslim.

ada juga yang bakal dikurniakan anak.

walau apa pun status kita, mudah-mudahan setiap antara kita sentiasa beroleh rahmat, redha dan maghfirahNya.

siapa kata yang sudah berkahwin akan bahagia sentiasa?
siapa kata yang bujang tidak tenang pula hatinya?

aduhai sahabat,
mungkin kamu terlalu mendambakan perkahwinan,
kerana begitu ingin wujudnya seorang insan yang menemani,
mencintai dan dicintai.

andai belum tiba lagi giliranmu,
bersabarlah,
apakah engkau sudah cukup dan puas mencintai Allah?

wanita,
pastikan engkau menjaga diri, dan hatimu,
bukan untuk bakal suamimu,
bukan untuk manusia.
tetapi lakukanlah semata-mata hanya kerana Allah.
biarlah suamimu kelak menilai betapa beruntungnya dia terpilih menemanimu di dunia.

lelaki,
kamu juga merupakan fitnah kepada kaum hawa,
kamu juga diuji dengan fitnah wanita,
pohonlah mudah-mudahan Allah menguatkan hatimu,
dalam menongkah arus ujian duniawi,
hanya isterimu yang layak mendapat cintamu,
sepertimana hanya kamu yang berhak mendapat cintanya.

walau bagaimanapun status perhubungan kita,
jagalah ia demi Allah.
Allah tahu bagaimana hendak membalasnya.

11/23/2011

semoga berbahagia.


alangkah indahnya jika kita dapat membahagiakan semua orang..
andai hati kecil ini dapat diberi kepada semua orang..
mampu menerangi hidup mereka...

engkau telah bahagia dengan ikatan kasih sayang antara usrahmu.
tidak mahukah engkau membuka pintu bahagia itu pada insan lain?
agar mereka turut bahagia?

bagaimana pula dengan mereka yang jujur mengharapkan engkau?
memilih engkau sebagai peneman mereka?
pembantu mereka?
pembimbing mereka?

hati kecil ini tetap kecil.
realitinya,
tak mampu ia membahagiakan semua.

kadangkala, satu benda itu tetap wujud dengan satu.
tiada dua, tiga.
aku hanya menanti yang satu.
hati ini juga satu.
tidak mampu dikongsi.

kita ada doa. :)



maaf.

11/19/2011

Cinta yang Satu, hanya Satu.


Status atau kata-kata yang terbaik, bukanlah yang paling banyak mendapat tepukan gemuruh, atau jumlah 'like' atau lambungan pujian-pujian. tetapi, kata-kata yang dapat menyentuh, dan memberi impak pada hati dan mencetuskan inspirasi serta mengejutkan diri yang terlena. 

status-status aulia, coretan aulia, hanyalah ilham daripada Allah. sebagai refleksi diri dalam kehidupan ini, yang amat senang aulia mahu kongsikan bersama antum, sahabat sekalian. tidak sama sekali menggambarkan sepenuhnya peribadi diri yang lemah ini. jauh mahu meraih perhatian. maafkan aulia sekiranya ada yang melihat begitu. aulia juga sedang sangat berhati-hati dengan sifat riak yang mudah benar menggigit-gigit hati kotor ini.

aku sama sahaja sepertimu, teman.
masih merangkak..
masih meraba...
malah, aku begitu ternanti-nanti akan terbitnya butir-butir mutiara kata yang bakal menyinar di hatiku daripada lisanmu.


aku juga sepertimu, 
kadang kala dilema...
antara cinta yang hakiki..
cinta yang suci, 
bersih dari maksiat..
maka, aku begitu memohon Redha Rabbi..


aku juga,
adakalanya  begitu rapuh dengan manusia,
begitu terluka apabila dilukai manusia,
sedang aku begitu menyayangi insan tersebut..

aku juga pernah mencari-cari erti ketuhanan..
mencari-cari tali yang bisa menyelamatkan aku..

aku juga pernah menangis melihat teman-temanku tanpa kompas hidayah,
maka aku turut meratap mengharapkan agar aku bisa menyelamatkannya..

tetapi,
di sebalik seribu satu kisah 'kebetulan' drama hidup kita,
di mana kita berkongsi suka duka serupa...

mengapa tidak kita juga berkongsi satu CINTA yang sama?

aku, kamu, dan dia.
kita cintakan Allah.
kerana da'wah, kita bersatu.

11/15/2011

.


sangat terganggu.

11/09/2011

Six Stress Prevention Tips; November 8, 2011


Scientific American Mind (September 2011) offered "six strategies for fighting stress before it starts":
  1. Seek and kill.  Take a few minutes every day to identify stressors in your life and find ways to reduce or eliminate them.
  2. Commit to the positive.  Don't rely on self-destructive ways of coping with stress — drinking, drugs, overeating.
  3. Be your own personal secretary.  People who keep lists of things to do really do more things.
  4. Immunize yourself.  Through exercise, thought management, and the daily practice of relaxation techniques, you will be in a better position to face stressors.
  5. Make a little plan.  Spend a few minutes every morning planning your day.  You will waste less time, get more done, and feel less stressed.
  6. And make a big plan.  Planning your future is a great way of exercising more control over your life. 
walau setinggi mana pun yang dirancang,
walau sedalam mana pun yang difikirkan,

Allah tetap adalah segala-galanya. :)

persimpangan ini.


bila kena pada waktunya, orangnya, keadaannya, Allah akan menguatkan hati kita dengan sebuah keyakinan. 
Dalam memilih, ada ketenangan yang pasti. 
"Aku sudah bersedia." 
Alhamdulillah :)




Allah Maha Adil..


Allah takkan sia-siakan usaha hamba-hambaNya.


'brick walls' is very important to show how badly you want something.


mungkin sebab itu juga Allah uji kita?


untuk aku teguh, yakin, dan tetap di sini?


perjuangan belum tamat. yakinlah akan janji-janji Allah.


Alhamdulillah ala kulli hal. <3

11/05/2011

saya nak masuk neraka, sebab saya malas berusaha.


Agaknya, ada tak orang buat statement macam ni?
"saya nak masuk neraka, sebab saya malas berusaha."

Di dunia ini, Allah berikan begitu banyak perumpamaan untuk kita merenung, berfikir, dan muhasabah kembali diri kita.

saya berikan satu contoh,

setiap orang diberi sebidang tanah.

ada yang telah diberi ilmu dan selok belok mengenai tanaman dengan baik. dia tahu, tanah itu bakal mendatangkan keuntungan. maka, dia rajin dan sabar bercucuk tanam menunggu hasil.

ada juga yang terikut-ikut orang lain walaupun ia tidak jelas akan tujuannya.
ada yang tetap bercucuk tanam walaupun tanpa ilmu.
ada yang tetap berusaha walaupun adakalanya ia berputus asa.

dan,

ada yang tidak berusaha langsung, kerana malas dan sebagainya.

lihatlah, tanah itu bagaikan hidayah. beruntunglah mereka yang telah diberi hidayah di dunia ini dan memanfaatkannya. berusaha menanam amal-amal kebajikan dan meracun dosa-dosa dan maksiat yang merosakkan kebun imannya. dia mahu benar mempersembahkan hasil yang banyak kepada pemilik yang Maha Esa, iaitu Allah. bukan hasil tanaman yang rosak2 iaitu dosa-dosa jijik yang telah kita lakukan!



hasil tanaman yang baik-baik itu nanti akan 'dibayar' oleh Allah, dan balasannya ialah syurga! kalau banyak yang rosak, Allah tak nak beli. jadi, dah tak ada tempat lain yang kita boleh pergi waktu itu, melainkan neraka sahajalah jawabnya. Kita masuk neraka, Allah tak terkesan apa-apa pun. Allah tidak perlukan apa-apa pun. kita yang perlukan Allah!sebab kita yang nak masuk syurga! kita sama sekali tak nak neraka!

betul tak?

jadi, mengapa nak sombong sangat untuk pegang cangkul, mengotorkan tangan dengan tanah, membaja tumbuh-tumbuhan dengan tabah dan sabar? bukankah kita juga yang untung nanti?

seorang petani juga dikira beruntung apabila mempunyai peralatan-peralatan dan bahan-bahan yang boleh membantunya memudahkan kerja-kerja.



realitinya, kita sentiasa perlukan teman-teman yang baik, yang bisa membimbing kita..kehidupan dan ujian yang mampu kita tanggung agar kita tak melencong tersesat jauh, dan ilmu-ilmu mengenal dan mencintai Tuhan.

untuk mereka yang mempunyai tanah, tetapi tidak tahu memanfaatkannya...
keluarlah mencari ilmu..

tugas kita yang berilmu, sedarkanlah mereka. (nak ke kita masuk syurga sorang-sorang? menyepi seorang diri?)

bagaimana pula mereka yang tidak mempunyai tanah langsung?
masih tidak diberi hidayah...
terkontang-kanting mencari kebun yang disangka kebun...??

marilah bantu mereka!
 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino