6/20/2011

Pemilihan.



lagi topik mengenai  istikharah. 

setiap hari manusia membuat pilihan. terlalu banyak pilihan yang telah, dan bakal dilakukan. selain memohon petunjuk sahaja, kita perlu menggunakan akal dan fatwa hati yang telah Allah kurniakan pada kita. 

bak kata seorang ustazah dalam soal jodoh, Allah sebenarnya mungkin telah memberi 10 jodoh pada kita dalam hidup kita, dan mungkin 2 atau 4 jodoh serentak dalam hidup kita. jangan terus rasa bercelaru. ingat, allah telah beri kita akal dan hati. fikirlah, rancanglah dan tentukanlah yang terbaik. jalan yang berbeza akan menentukan jalan hidup kita yang berbeza pula. terpulanglah pada kita..

jika dalam soal pemilihan pasangan, (atau ketika hendak meminang, dipinang, dan memilih) 

carilah yang sefikrah. yang sekufu. yang sepadan. yang sama ideologinya, yang sama minatnya bagi mengelakkan ketidaksefahaman dan ketidaksepakatan.

yang mampu melindungi hati kita daripada maksiat, yakni agamanya dapat sama menjaga agama dan iman kita..

yang mampu sama-sama menyokong, bagi lelaki mampu memberi nafkah, dan bagi wanita, mampu menguruskan rumah tangga..Ingat, dalam melayari alam rumah tangga bukan hanya sepihak yang harus berkorban dan memahami, tetapi ianya perlulah berasal daripada dua pihak. sama-sama mampu memahami, sama-sama mampu menjaga,, sama-sama mampu berkorban, sama-sama mampu beralah, saling mempercayai..

apabila mahu memilihnya, terasa hati yakin, tenang dan bahagia sewaktu proses pemilihan. tiada dolak dalih. tiada rasa serba salah atau tidak bersedia.

bila melihat dia, terdetik di hati akan suatu keyakinan "dialah orangnya"

walaupun kita mendugakan rintangan bersamanya, tetapi kerana karakternya yang dapat dikenal pasti (samada sudah kenal atau dari cerita orang) kita yakin, tetap akan kuat apabila bersama-sama dengannya.

NAMUN BEGITU...

kalau sudah melakukan pilihan, dan sudah pun melaksanakannya, janganlah sesekali menyesal akan apa yang berlaku. jangan mengenang-ngenangkan perkara yang akan berlaku jika anda mampu memutar kembali masa dan membuat pilihan lain. yakinlah, ianya adalah antara ketentuan Qada' dan Qadar. tak semua berlaku mengikut apa yang kita idamkan. Hanya Allah yang mengetahui.

wallahualam..
ini hanya pendapat cetek aulia. barangkali tersalah, tak perlu berpegang padanya.

0 bisikan:

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino