6/26/2011

Pemilik kekal Qalbi..


♥ REAKSI TUHAN ♥

Walaupun Tuhan itu Zat yang Maha Agung, kita tak dapat melihatnya dengan mata
Namun Tuhan marah atau suka dapat dirasa
Redha dan murkaNya dapat dikesan
PerhatianNya pada kita boleh juga dibaca
Kemaafan juga dapat dirasa
Jika sembahyang ada lazatnya menunjukkan Tuhan ada perhatian pada kita
Jika tidak terasa lazatnya sembahyang, menunjukkan kita ada dosa
Memohon ampunlah kepada Tuhan
Bila kita memohon ampun, Jiwa kita terasa lembut
Air mata taubat berguguran, Moga Tuhan terima taubat kita
Apabila jiwa kita gelisah, tanda Tuhan murka pasti ada dosa
Memohon ampunlah kepada Tuhan, Tuhan pasti mengampunkan kita
Jika mudah bermujahadah, tanda ada rahmat Allah, bersyukurlah kita kepadaNya
Kalau kita berusaha mendekatkan diri dengan Tuhan kemudian diujinya kita
Itu tandanya Allah meredhai kita untuk bersihkan dosa dan tinggikan darjat
Kalau kita kaya mudah saja kita mengagihkan kepada manusia, Tanda Allah Taala memberi dengan redha
Jika setelah kaya makin berat untuk menderma dan memberi kerananya, Tanda kekayaan dan kesenangan itu diberi secara murka
(petikan dr album MAWADDAH)
Wallahua'lam

6/23/2011

kurniaMu..


rasa terlalu gembira sampai rasa selalu nak menangis...
hairan sungguh dunia ini...

alhamdulillah..segalanya telah dipermudah..

tersangat bahagia. rasa sudah terlalu cukup apa yang dilimpahkan Allah..

T__T

walau puas aku mengucapkan syukur, takkan terbalas segala pemberianMu, Hai Tuhanku...

Terima kasih. Atas segalanya......

:')

tersangat bahagia.

6/21/2011

cerita hati.


kalau baca blog aulia, memanjang sedih kan..?
agaknya orang pun terpikir, masalah betul la budak ni! haha~


blog ini hanyalah untuk coretan duka. 
bukan untuk menagih simpati,
tetapi dalam duka ada kekuatan.
kerana duka mampu menghidupkan hati.



bagaikan satu hentakan yang meragut angan-angan indah kita di dunia,
kita tersedar,
bahawa kita ini adalah milikNya sepenuhnya..



bagaimana mungkin kita membina impian yang begitu tinggi tetapi kita lupa tujuan kita membina?
kita asyik!
asyik menunaikan cita-cita dan keinginan kita.
kita mahu kehendak kita ditunaikan.
tetapi kita terlupa kita telah menyakitkan orang lain tanpa sedar.


nak jadi kaya tetapi tidak mahu bersedekah,
mahu jadi bijak pandai tetapi kedekut hendak berkongsi,
mahu menasihati, tetapi tidak menyayangi,
mahu dicintai tetapi tidak mencintai,



buruk benar hati kita.
cakap semata yang indah tetapi jelik sekali.
kita lupa akan riak, 
kita lupa akan rasa bangga yang selalu hinggap di hati kita.


janganlah memusuhi duka.
duka itu mengingatkan kita, akan hinanya kita..


susah kan nak merawat hati yang parah terluka?
tak mengapa. sandarkanlah segalanya pada TuhanMu.
jika manusia tak pandai hendak menghargai, tak tahu membalas,
itu adalah Ujian.
menunjukkan bahawa manusia itu tidak penting. 
mereka selalu pergi dan meninggalkan. 
Allah lebih penting.
Allah sedia membentangkan pelukanNya apabila engkau berlari kearahNya.


Ya Allah, Please heal me.
Will You?

6/20/2011

Pemilihan.



lagi topik mengenai  istikharah. 

setiap hari manusia membuat pilihan. terlalu banyak pilihan yang telah, dan bakal dilakukan. selain memohon petunjuk sahaja, kita perlu menggunakan akal dan fatwa hati yang telah Allah kurniakan pada kita. 

bak kata seorang ustazah dalam soal jodoh, Allah sebenarnya mungkin telah memberi 10 jodoh pada kita dalam hidup kita, dan mungkin 2 atau 4 jodoh serentak dalam hidup kita. jangan terus rasa bercelaru. ingat, allah telah beri kita akal dan hati. fikirlah, rancanglah dan tentukanlah yang terbaik. jalan yang berbeza akan menentukan jalan hidup kita yang berbeza pula. terpulanglah pada kita..

jika dalam soal pemilihan pasangan, (atau ketika hendak meminang, dipinang, dan memilih) 

carilah yang sefikrah. yang sekufu. yang sepadan. yang sama ideologinya, yang sama minatnya bagi mengelakkan ketidaksefahaman dan ketidaksepakatan.

yang mampu melindungi hati kita daripada maksiat, yakni agamanya dapat sama menjaga agama dan iman kita..

yang mampu sama-sama menyokong, bagi lelaki mampu memberi nafkah, dan bagi wanita, mampu menguruskan rumah tangga..Ingat, dalam melayari alam rumah tangga bukan hanya sepihak yang harus berkorban dan memahami, tetapi ianya perlulah berasal daripada dua pihak. sama-sama mampu memahami, sama-sama mampu menjaga,, sama-sama mampu berkorban, sama-sama mampu beralah, saling mempercayai..

apabila mahu memilihnya, terasa hati yakin, tenang dan bahagia sewaktu proses pemilihan. tiada dolak dalih. tiada rasa serba salah atau tidak bersedia.

bila melihat dia, terdetik di hati akan suatu keyakinan "dialah orangnya"

walaupun kita mendugakan rintangan bersamanya, tetapi kerana karakternya yang dapat dikenal pasti (samada sudah kenal atau dari cerita orang) kita yakin, tetap akan kuat apabila bersama-sama dengannya.

NAMUN BEGITU...

kalau sudah melakukan pilihan, dan sudah pun melaksanakannya, janganlah sesekali menyesal akan apa yang berlaku. jangan mengenang-ngenangkan perkara yang akan berlaku jika anda mampu memutar kembali masa dan membuat pilihan lain. yakinlah, ianya adalah antara ketentuan Qada' dan Qadar. tak semua berlaku mengikut apa yang kita idamkan. Hanya Allah yang mengetahui.

wallahualam..
ini hanya pendapat cetek aulia. barangkali tersalah, tak perlu berpegang padanya.

istikharah.


dalam melayari taufan kehidupan ini, kita memang harus akui, kita sebenarnya adalah makhluk Allah yang sangat lemah!

acapkali kita jatuh dan tersungkur, tetapi Allah memberi keistimewaan pada manusia, apabila kita melakukan kesalahan, kita masih mampu bertaubat kepadaNYa.

manusia juga diciptakan dengan sifat sering berkeluh kesah. selalu risau-risau akan perkara yang bakal berlaku dalam hidupnya. itu menunjukkan bahawa walau Allah memberi kita akal, akal kita masih tak mampu menjangkau perkara-perkara ghaib yang hanya Allah sahaja yang mengetahuiNya. kita tak mampu menjanjikan syurga sudah berada dalam genggaman. kita tak mampu katakan bila kita melakukan sesuatu keputusan kita bahagia sentiasa tiada rintangan? hanya kepada Allah lah kita sandarkan kelemahan kita dan mohon petunjuk.

baru-baru ini, aulia banyak berbincang dengan beberapa orang akan istikharah. walaupun begitu, aulia masih tidak layak untuk berbicara akan soal ini, tetapi apabila kita bersama nasihat-menasihati, berkongsi, kita sama-sama merungkai persoalan misteri dalam hidup ini.


kalau kita ada beberapa pilihan, dan kita keliru akan pilihan tu, macam mana nak pilih?

solatlah istikharah. pastikan hati tenang dan khusyuk. jangan condong kepada mana-mana pilihan sebelum pilih. tawakkal dan percayalah pada Allah dengan sepenuh-penuhnya. yaqin, dan bersungguh-sungguhlah dalam meminta. bersangka baik pada Allah. Allah tetap akan tunjukkan jalan walaupun cepat atau lambat.




lepas tu, petunjuk apa yang Allah boleh bagi? bagaimana nak tahu itu adalah petunjuk?

ada banyak petunjuk yang boleh Allah beri. ada yang diberi melalui mimpi. diberi keyakinan hati, rasa condong terhadap salah satu pilihan, terasa yakin dan kuat untuk memilih, tiada rasa gundah dan was-was, rasa tenang dan bahagia apabila hendak memilih, atau terdetik untuk memilih sesuatu.

antaranya lagi, dipermudahkan urusan. dengan tiba-tiba sahaja peluang dan jalan menuju ke arah sesuatu itu jelas. tanpa usaha yang jerih payah, segalanya berlaku mengikut 'flow'. tanya lagi pada hati, apakah anda runsing akan perkembangan itu? jika tidak, ucapkanlah setinggi-tinggi syukur. Mudah-mudahan Allah telah memilih dan melaksanakannya untuk anda sendiri. Biiznillah..bertawakkallah sentiasa!

TETAPI..

janganlah melakukan sesuatu pilihan kerana terlalu fikirkan orang lain. jangan biar rasa hati dipengaruhi dengan keadaan yang akan berlaku pada insan lain akibat pilihan kita. itu wajar juga dipertimbangkan, tetapi, ia bukanlah yang utama. ingat, Allah yang paling berhak menjaga hamba-hambaNya. ambillah masa, jangan lakukan sesuatu kerana terpaksa. jika perlu, lakukanlah berturut-turut sehingga hati rasa tenang dan tetap akan sesuatu..

Contoh (apabila telah melakukan solat)
1. nak sambung pembelajaran: tetapi hati rasa berat, terfikir duit yang tiada untuk menanggung pembelajaran

2. kerja dahulu/ usahakan kerja sambil belajar: hati lebih condong ke sini. di samping kerja mencari duit, boleh sambil timba pengalaman dan bantu keluarga. hati rasa lebih yakin untuk melakukan ini walaupun nampak susah.

Contoh lagi,
1. kerja di tempat A.

2. kerja di tempat B.

walaupun setelah memohon petunjuk, masih tidak kelihatan yang jelas di hati. kedua-duanya nampak tidak tetap dan masih keliru. maknanya kedua-duanya mungkin bukanlah pilihan yang terbaik. mungkin belum tiba masanya atau mungkin akan ada pilihan lain yang menanti. sabarlah..

pasti ada banyak lagi cara-cara / nasihat / pendapat yang boleh sahabat-sahabat kongsikan. wallahualam.

‎"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",

"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",


Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu"



Selebihnya, banyak-banyaklah beristighfar, barangkali dosa yang bertompok dalam hati kita telah membutakan kita daripada melihat petunjuk yang benar..



Ujian. Kita mampu atasi.


Ya, aku sedang diuji.
Kita sedang diuji.
Biasanya kita akan diuji dengan sesuatu yang kita selalu sebut tak mampu nak tanggung.

Hakikatnya, kita mampu.
Itulah yang Allah mahu latih kita..
Daripada dulu aku selalu takut akan kehilangan.
Terlalu fobia mungkin.
selepas satu, satu. Satu lagi, dan seterusnya..
sudah beberapa kali aku tempuh.
rasanya untuk sekali ini, masih boleh, kan…?

Untuk yang bakal, menemaniku..
pilihlah aku bukan kerana terpaksa,
pilihlah aku bukan kerana simpati,
pillihlah aku jika aku mampu menyokongmu,
pilihlah aku jika aku mampu taat padamu,

Tetapi jika tidak..
Jangan sesekali pilih aku!

Kerana kelak kita berdua akan merana.
aku akan berduka jika engkau berduka.
aku tidak akan gembira jika engkau berahsia.
aku akan menyesal jika tak mampu membahagiakan.

Tiada guna dekat tetapi hati berjauhan.

Pilihlah…..apa sahaja yang terbaik untuk dirimu.
Aku tetap menyokong. Walau apa sahaja sekalipun.

andai engkau yang terbaik untukku dunia dan akhirat, percayalah. akan ada jua ketetapan dari tuhan. semoga diberi keyakinan dan kekuatan untuk melangkah. Dia Maha Mengetahui. Bergantung haraplah padaNya.



6/17/2011

kalau..


kalau katalah, saya lepaskan apa yang saya percaya, apa yang saya pertahankan selama ini..

agak-agak apa yang berlaku..?


ok. tau, tak ada siapa yang nak jawab.
 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino