5/31/2011

Ketenangan itu kekuatan.


















huhuh.. dah tak nak cakap banyak di alam maya.

5/26/2011

Wanita...


Entry kali ini, adalah untuk menitipkan sejuta penghargaan buat para wanita, ibu-ibu, para isteri, anak-anak perempuan, kakak kita, adik kita, dan sekalian srikandi muslimah. Walaupun tidak mencukupi, tetapi ketahuilah! Aulia SENTIASA mendoakan kalian sentiasa terpelihara, bahagia, dalam dakapan erat kasih sayang Tuhan. :’(

“Ingatlah, perkahwinan itu bukan perkara indah semata. Kadang kala kita tidak diuji dengan seantero dunia, tidak diuji dengan sulitnya dakwah, tetapi seorang isteri itu diuji dengan seorang insan sahaja, yang bernama suami”  -Khawlah-

Dan, serangkap kata-kata seorang da’iyah yang cukup terpahat di jiwa.

“akak sendiri tak tahu apakah method sebenarnya kita nak kenal pasangan kita, lelaki yang bagaimanakah yang mampu menjadi suami yang baik untuk kita, wanita yang bagaimanakah mampu menjadi isteri yang baik untuk kita. Kadang kala, cara jalan kita dah betul, dijodohkan segalanya. Tetapi akhirnya bercerai. Itu semua ketentuan dan ujian daripada Allah. Silap kita, jika kita jangkakan perkahwinan ini yang nak membahagiakan kita. Sebaliknya kita yang perlu berkorban! Tetapi ingatlah akak nak pesan, ujian boleh datang dalam pelbagai cara. Ikhlaslah! Kita kahwin, untuk Allah. Untuk agama kita. Dan, hanya pada Allah sahajalah kita pohon yang terbaik untuk kita” –akak ili-

Dan, kata-kata seorang sahabat.

“sebelum kita kahwin, kita kena betul dengan Allah”  
Sungguh, tiada jaminan untuk sebuah perkahwinan bahagia walau siapa pun calonnya. Hakikatnya, perkahwinan adalah medan untuk memberi, mencurah, berkorban, BUKAN SEMATA-MATA MEMUASKAN KEINGINAN HARAPAN IMPIAN KITA!

Untuk para isteri yang begitu banyak mencuka rasa, begitu sabar menelan kepahitan, lidah yang menanggung cerita derita, mata yang kekeringan air mata…

“akak sejak menjak sakit (gangguan) ni, akak rasa sangat kecewa dengan diri sendiri. Akak xdapat nak jalankan tanggungjawab yang sempurna sebagai seorang isteri.. dulu akak kerja, sekarang suami akak tanggung sendiri. Kadang-kadang, suami akak yang jaga anak-anak. Penyabarnya dia..itu pun akak marah-marah dia. Yalah, kita sakit, kadang-kadang, kita marah pun tak ada sebab. Akak sedih..pernah akak jatuh di rumah, tak boleh bergerak. Nak telefon suami, dia tengah kerja. Akak tak berani kacau dia..jadi, akak sorang-soranglah sakit di rumah…”  -akak-

Dan, seorang saudari yang begitu aulia kasihi.. akak, semoga Allah sentiasa mengurniakan kekuatan kepadamu..diuji dengan ujian perkahwinan yang begitu berat, berjauhan dengan suami, keguguran berkali-kali..

Wahai permata hatiku sekalian, Allah Maha Tahu apa yang kalian lalui..andai kata tiada ‘teman’ yang selayaknya dapat membahagiakan kalian di dunia ini, semoga Allah mengurniakan kalian ‘teman’ yang berjuta kali ganda lebih baik di akhirat kelak. Biar para suamimu di dunia cemburu. Andai di dunia, mereka tidak kenal erti menghargai wanita..Hanya Allah yang dapat memberikan yang terbaik.

Untuk aulia melukiskan betapa ibu-ibu kita, para isteri berkorban..memang tidak dapat. Terlalu banyak..Hanya Allah lah yang dapat membalasnya.. memang bodohlah lelaki kalau tak tahu nak hargai wanita..

Apabila wanita mengalirkan air mata disakiti, dilukai..kita, kita memang patut malu! Mereka bukanlah perwira yang namanya tercatit dalam lembaran sejarah. Terkenal sebagai hero di mata dunia. Tetapi, ibu kita, isteri kita, sentiasa menyelamatkan maruah kita, menjaga kita, menangkis daripada sebarang ancaman dan kecaman yang mampu menyakitkan orang-orang yang dia kasihi. Apa yang dia mahu?
Dia hanya mahu dihargai. Disayangi. Dilayani sebagai wanita sehendaknya. Bukan, hamba yang seakan tiada naluri.

Wanita, dengan kesakitan mereka akan lebih mencintai,
seperti melahirkan anak, sakit. Tapi dengan rasa sakit itulah mereka begitu menyayangi anak-anak.
tetapi lelaki, dengan kesenangan baru mereka akan lebih mencintai.
bermakna, mereka bila dilayan, dicukupkan keperluan, baru mereka akan membalas.
Wanita, apabila mereka mahukan sesuatu,
mereka akan lebih banyak memberi.
sedangkan lelaki, diberi sehingga puas,
baru terasa nak memberi.

Kadang kala, kesal dengan sikap para lelaki, gagal nak memahami nasihat-nasihat dalam Al-Quran dan pesanan-pesanan Rasulullah..

“Para isteri itu bagaikan ladang bagi kamu..” yang bermakna ladang itu adalah sesuatu yang amat berharga, yang mana bila kita jaga, tumpu, curahkan tenaga bercucuk tanam, ia dapat memberi kesenangan, keuntungan dan kebahagiaan kita. Apa yang terjadi bila kita tak jaga ladang tu? Biarkan ia ketandusan..? tanah tetap memberi manfaat. Tetapi ingat, ia menelan segala sampah yang dibuang tanpa bising. T___T

“berlemah lembutlah terhadap isteri kamu..” Rasulullah saw cukup marah bila seorang lelaki pukul perempuan, walaupun mengangkat suara yang tinggi terhadap isteri. Ibu kita, kalau seharian dia bekerja, dan petangnya kita ucapkan kata penghargaan untuk dia sewaktu dia berehat, percayalah, dia akan bangkit kembali untuk berkhidmat. Tetapi cukuplah kita meninggikan suara, serta merta setiap sendinya berasa sakit dan badannya lelah dan lemah. Itu baru anak cakap, kalau suami…?

Selalu soalan yang ditanya mengapa akhowat bila kahwin ramai yang futur daripada bidang dakwah? mengapa?

Kerana berkorban. Korban untuk suami, mudah-mudahan dengan dia yang menjaga segala keperluan suami, sang suami dapat menyerlah lagi, lebih sempurna gerak kerjanya. Kerana anak-anak. Jika tidak dididik dengan acuannya, siapa lagi yang dapat dia sandarkan harapan?
Kalau dulu kecintaannya tercurah pada dakwah. Bergiat aktif ke sana-sini. Bila kahwin. Dipendamkan segalanya. Kenangannya disimpan rapi dalam memori. Barangkali, dia cuba membahagiakan dirinya bila sang suami balik bercerita tntang episod dakwah yang dia curahkan dan jerih payahnya berkorban. Tetapi, sang isteri hanya tersenyum tumpang bahagia, disemarakkan lagi semangat juang suaminya sedangkan impiannya dikuburkan jauh di sudut hatinya. Demi mereka yang tercinta.

Kita selalu bercerita pada ibu kita, angan-angan kita, impian kita, tetapi jarang kita tanya apa impian mereka? Kalau ditanya pun, mereka jawab, (jawapan nak cover) nak tengok kita berjaya. Betul, itu memang harapan mereka. Sekurang-kurangnya terasa berbaloi segala pengorbanan mereka. Tapi ingat, mereka juga manusia sebelum melahirkan kita. Mereka juga masih manusia semasa membesarkan kita. Pasti terselit harapan dan impian mereka. Jauh di sudut hati mereka.

Ibu, kalau anaknya perlukan buah pinggang, dia sanggup bagi. Nak mata pun dia sanggup bagi. Tidak hairanlah kalau ada sebuah kisah di Palestin seorang ibu mengandung mati ditembak sebab nak lindungi anak-anak kecilnya yang lain. Dia sanggup menjadi hamparan peluru demi anak-anaknya!

Lihatlah para wanita dalam hidup kamu, wahai lelaki. Adakah kalian menganggap mereka sebagai hiasan yang  perlu dijaga, digilap kebaikannya atau sebagai lilin yang meleleh-meleleh mengorbankan dirinya?

Oh. Maaflah. Aulia bukan nak kecam lelaki di sini. Tetapi, kita, lelaki mahupun perempuan, hargailah orang-orang di sekeliling kita. Dan, orang yang paling bijak dalam menghargai ialah Rasulullah saw.

Tingkatkan syukur, Ikhlaskan hati. Demi Allah.

5/24/2011

InsyaAllah.


bila hati gundah gulana.....


urut-urut dada dan berbisiklah,

segalanya akan baik-baik belaka.

InsyaAllah. selawat banyak-banyak. (oh. rindu nabi)

kita kerap terlalu risau akan..

- bagaimana kita hendak tempuh sesuatu keadaan itu?
- apakah natijahnya? kita benar-benar takut kecewa!

tetapi kita jarang fokus akan masa sekarang.
dan kita, selepas segalanya berlalu,
kita lupa terus akan betapa gundahnya kita sebelum itu.

segalanya akan berlalu...ini hanyalah suatu episod dalam hidup.
jika tak lakukan yang terbaik, ia akan berlalu........

selagi ada kudrat, usaha masih perlu dicurahkan.

kemudian, bertawakallah kepadaNya, dengan sepenuh-penuh hati.

Allah. Allah. Allah.

"La takhof. Innaka antal a'la"

Bacalah Al-Quran. Carilah Dia. Dia sedia memujuk hatimu.

urut dada. fuhuh. everything will be fine. okk.

5/20/2011

Ingat.


Jangan terlalu gembira.
Ingat Allah, Ingat Allah.
Jangan terlalu suka.
Ingat Allah, Ingat Allah.

Jangan terlalu berduka.
Ingat Allah, Ingat Allah.
Jangan terlalu sedih.
Ingat Allah, Ingat Allah.

Hidup ini hanya singkat. 
Terlalu singkat untuk kita siakan dengan perkara sia-sia.






Jangan lupa. Jangan alpa.
Prioriti kita. Misi utama kita. Tujuan utama kita.

Jangan tersingkir. Jangan tersisih terlalu jauh.
Takut tak terjumpa jalan kembali.

Jangan butakan diri terhadap nikmat-nikmat yang telah banyak tercurah.
Jangan terlalu mendambakan yang tiada, mengangan-angankan yang disangka bahagia.
Takut engkau menzalimi diri sendiri.

Ingat Allah.
Dia sumber segala-galanya.






Jangan takut. Teruskan berjalan.

Perjalanan masih jauh...









Ingatlah akan keindahan Allah. Walau dalam kegelapan, Dia tetap akan mengurniakan cahaya. Carilah ia. Carilah harapan dan semangat itu walau engkau terpaksa meraba.

Ya Hannan, Ya Mannan.
Ya Mujib,  Ajib doa'ana..

5/19/2011

Tarbiyah Ruhiyah


Nota Tarbiyah : Tarbiyah Ruhiyah
Oleh : BroHamzah


Sepanjang berada di dalam proses tarbiyah ini, suatu perkara yang tidak pernah diabaikan dan dipandang remeh oleh murabbi-murabbi saya ialah Tarbiyah Ruhiyah.

Apa itu Tarbiyah Ruhiyah?

Mudah sahaja, didikan ruh. Proses untuk memantapkan ruh kita. Proses untuk sentiasa me”maintain”kan hubungan jiwa kita dengan Allah SWT.

Semasa di MATRI dahulu, abang-abang senior saya selalu mengingatkan agar sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT. Ringkasannya ialah HDA.

HDA – Hubungan Dengan Allah. Ia adalah hubungan yang sangat penting. Hubungan intim, dekat dan sangat mesra antara makhluk dan Sang Khaliq.

“ Ke mana saja kita pergi, sama ada di dalam kelas, di padang bola, di kantin, di dewan makan, di Bandar, di rumah. Kita harus ada HDA.” Pesan seorang abang senior. Pesanan ini sentiasa diulang dan diperingatkan.

Saya selalu diingatkan bahawa Allah SWT adalah segala-galanya dalam hidup ini. Tarbiyah ini ditanam dengan serius sehingga ia mesti menjadi malakah (darah daging) saya. Saya masih ingat suatu kata-kata salah seorang murabbi saya juga semasa di universiti dulu, Ustaz Noorazman Shamsudin. Bicaranya sangat menyentuh hati saya :

“ Jika kita tinggalkan Allah SWT dalam kehidupan, kita akan hilang segala-galanya.”

Merasai kewujudan Allah SWT di mana sahaja berada. Penanaman nilai-nilai inilah yang menjadi asas pembinaan keimanan, keyakinan dan kepergantungan kepada Allah SWT.

Dr Muhammad Qutb, menerangkan bahwa untuk merasai tarbiyah ini kita harus tingkatkan kepekaan jiwa dengan kewujudan Allah SWT. Bagaimana? Antaranya ialah sentiasa merasai kebersamaan Allah SWT, kagum dengan Allah SWT dan sentiasa hangat untuk mencintai Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud :

“ Sungguhn beruntung orang yang menyucikannya (jiwa), dan sungguh rugi orang yang mengotorinya.”

( Asy-Syams (91) : 9-10)


Langkah-langkah praktikal untuk melaksanakan Tarbiyah Ruhiyah

(1) Merasai perlunya Allah SWT di dalam kehidupan – Bertitik tolak daripada inilah kita akan berusaha mencari Allah SWT sebagai tempat pengharapan, curahan kecintaan dan pergantungan sepenuh jiwa.

(2) Menghubungkan segala-galannya dengan Allah SWT – Segala perasaan di dalam jiwa dihubungkaitkan dengan Allah. – Sayang, seronok, gembira, sedih, kecewa, dendam, berani, cinta, putus asa, marah dan sebagainya. Semua ini adalah untuk merasai hampir, dekat dan rindu kepada Allah SWT

(3) Mendidik hati untuk sentiasa terikat dengan Allah SWT. Segala peristiwa yang dihadapi dalam hidup diikat dengan asas keimanan, dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Jika dianugerahi kesenangan, lafaz syukur kepada Allah SWT dizahirkan semaksima mungkin. Namun, jika diuji dengan kesusahan maka didiklah hati untuk redha dan menerima dengan kepasrahan yang membulat kepada Allah SWT.

(4) Membuang rawasib-rawasib ( karat-karat) di dalam hati yang menghalang untuk dekat dengan Allah SWT. Rawasib seperti dendam, marah, kelemahan, keaiban, kotoran dosa-dosa, segala kesan maksiat, perasaan cinta dunia dan takjub dengan diri sendiri perlu disingkir daripada hati.

Tarbiyah Imaniyah asas kepada tarbiyah ruhiyah

Inilah proses didikan yang akan menguatkan jiwa, ruh dan perasaan kita. Tarbiyah sebeginilah yang menjadi tapak asas kepada pembentukan keperibadian seorang mukmin muslim. Tarbiyah yang akan memberikan kepada kita gambaran jelas tentang hakikat dunia dan hakikat akhirat.

Saya teringat kata-kata seorang murabbi saya iaitu Dr Azizan Ahmad, katanya : “ Kita mesti tarbiyah hati kita sehingga nampak dunia, dan nampak akhirat.” Maksudnya nampak tujuan kehadiran ke dunia dan faham dengan jelas matlamat menuju akhirat.

Kesan sebegini akan dapat dirasai melalui proses didikan bersumberkan sumber yang benar, sahih dan muktabar. – Al-Quran dan Al- Hadis.

Ruhaniyah yang kuat, bersih, jernih, ampuh, mantap, kukuh dan utuh adalah ruh yang akan membawa kepada diri si pemiliknya untuk berhubungan terus dengan rabb-Nya.

Ruh sebegini, akan merasai kemanisan dan kelazatan dalam beriman dengan Allah SWT. Kecintaan, pengharapan, perasaan takut, kepasrahan, kepergantungan, fokus kehidupan dan segala-galanya akan bertumpu hanya sanya kepada Allah SWT.

Dan inilah keyakinan yang harus kita laksanakan dalam hidup ini. Proses pembentukan keimanan yang benar ini harus berjalan secara amali. Didikan yang akan menghidup, menyuburkan dan menyegarkan hati bagi sesiapa yang peka dengan diri dan akhiratnya.


Pengaruh Tarbiyah Ruhiyah

Tarbiyah ruhiyah akan melahirkan peribadi yang cekal, keimanan yang mantap, keyakinan yang utuh kepada Allah SWT dan kepergantungan yang membulat tanpa sebarang keraguan atas segala ketentuan-Nya.

Tarbiyah ruhiyah inilah yang melahirkan generasi didikan awal yang sangat luar biasa pengorbanan mereka, dan ada yang sanggup mempertaruhkan nyawa kerana mempertahankan keimanan yang tersemat kukuh di sanubari.

Tarbiyah inilah yang melahirkan para duat yang tabah dalam mengharungi rintangan serta ujian yang sentiasa bertaburan di atas jalan kebenaran dan kebaikan. Tarbiyah ini membuatkan mereka bagaikan dirasuk dengan keimanan sehingga sanggup melakukan apa sahaja, sehingga tindakan yang diluar batasan akal manusia untuk berjuang di atas jalan Allah SWT.

Tarbiyah ruhiyah yang kuat telah melahirkan peribadi kepimpinan seperti Sultan Muhammad Al-Fateh yang diiktiraf sebagai sebaik-baik pemimpin, yang berjaya memimpin tenteranya yang diangkat sebagai sebaik-baik tentera dan juga beliau telah memerintah rakyat yang dinyatakan sebaik sebaik-baik rakyat. Lihatlah dalam sejarah, bagaimana hubungan mereka dipelihara sepanjang masa ketika dalam proses penawanan Kota Konstantinople.

Tarbiyah inilah yang melahirkan peribadi-peribadi seperti Hassan Al-Banna, Syed Qutb, Abdul Kadir Audah, Sheikh Ahmad Yaseen, dan ramai lagi tokoh-tokoh gerakan kebangkitan Islam di abad ini. Kekuatan ruhaniyah, menyebabkan setiap butiran kata-kata mereka meresap mendalam ke dalam jiwa para pejuang Islam dan membangkitkan syuur (semangat) mereka untuk sentiasa tetap dalam memperjuangan al-Haq.

Tarbiyah ini akan melahirkan jiwa-jiwa yang ikhlas, jujur dan sanggup berkorban kerana Allah SWT. Tiada mengharapkan ganjaran dunia dan setiap kukuh tetap dalam kesabaran. Jiwa yang dipenuhi dengan kecekalan, keyakinan, ketabahan dan keimanan kepada-Nya akan membawa kepada pertolongan dan bantuan Allah SWT. Inilah rahsia zaman berzaman, kejayaan umat Islam.

Usaha – itu harus diteruskan

Marilah sama-sama, kita lakukan penyerahan jiwa sepenuh untuk dididik dengan didikan Islam. Dan rendahkanlah serta bukalah hati untuk disentuh dengan sentuhan keimanan kepada Allah SWT.

Usah kita biarkan hati ini kaku, keras, dan tidak bermaya.

Kita berazam, dan bertekad untuk bebaskan diri daripada belenggu nafsu yang menipu
Bebaskan diri daripada cara hidup yang lalai dan jauh daripada Allah SWT.

Ayuh lakukan sesuatu agar ia terus segar, hidup dan mampu respon dengan kebaikan dan ajakan kepada kebenaran.

Dan – ia boleh dimulakan dengan Tarbiyah Ruhiyah ini. InsyaAllah.

5/18/2011

siapa tuhan? siapa hamba?


Mari kita renung sejenak.

Susah ke nak faham, hakikat ubudiah (kehambaan) yang ada pada kita?

Siapa kita? Apa tujuan kita diciptakan? 
Siapa tuhan? Mengapa wujud begitu banyak hukum hakam yang harus kita patuhi..?

Di mana kebebasan?


Mari kita lihat…….

Sebelum Allah ciptakan kita, Allah telah terlebih dahulu menciptakan para malaikat yang sifatnya tidak pernah menentang Allah, sentiasa taat kepada Allah..dan..semua sedia maklum.

Juga iblis, yang diciptakan daripada api. Dahulu, iblis merupakan makhluk Allah yang rajin beribadat, taat, dan mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Allah.

Kemudian, jin. Yang mana, telah menduduki bumi ini lebih awal daripada Adam diciptakan dan diturunkan ke bumi. Malangnya, jin ini suatu makhluk yang suka melakukan kerosakan, kebinasaan, menumpahkan darah, malah ada yang membunuh nabi mereka, serta murka dengan perintah-perintah Allah. Sehingga sekumpulan malaikat turun ke bumi memerangi mereka dan mengusir mereka ke pulau-pulau.

Sehinggalah juga Allah mencipta moyang kita, Adam. Namun, sudah fitrah sejak awal penciptaan Adam, manusia itu sendiri bersifat terburu-buru, tidak puas, dan sangat mudah terpengaruh dengan nafsu.

Allah tidak pernah mahu menzalimi hamba-hambaNya. Tetapi kitalah yang selalu menzalimi diri kita sendiri. Malah, seboleh-sebolehnya Allah mahu kita berada dalam keadaan senang, bahagia, tenang, dan dekat denganNya. Raja mana yang mahu kita sentiasa dekat, dan pelawa untuk kita bercinta denganNya? Hanya Allah yang memberi pelawaan tersebut.

Allah berpesan, nikmatilah seisi syurga itu, tetapi jangan dekati satu pohon. Hanya satu pohon. Tetapi Adam dan Hawa gagal. Yang dilarang, itu yang diburu.

Justeru, bermulah episod manusia hidup di bumi dalam kalangan jin yang tidak kelihatan. Berhempas pulas menundukkan hawa nafsunya saban hari. Berusaha memerangi syaitan dan sekutu-sekutunya. Namun, percayalah. Allah amat menghargai setiap usaha kita itu.

Perhatilah nasihat-nasihat Allah di dalam Al – Quran :

-          Syaitan dan iblis itu adalah musuh yang nyata; yang sentiasa menyeret kita turut serta ke neraka bersamanya.

-          Manusia dikurniakan nafsu yang selalu menjuruskan kita ke arah kecelakaan.

-          Adanya Qarin (pendamping) pada setiap manusia; malaikat dan syaitan. Pilihlah siapa penasihat kita.

-          Manusia perlu sentiasa bermujahadah dalam merebut kembali nikmat Allah, yakni Syurga.

Pa  Pada pandangan Allah, kehidupan di bumi itu singkat. Dia mengasihi kita, tidak memberikan kita umur yang begitu panjang, (seperti jin) kerana manusia ini sikapnya tidak sabar. Sentiasa tertanya-tanya janji Allah. Untuk kita tidak tercari-cari siapa tuhan kita, bagaimana hendak menyembahNya, Allah utuskan pula nabi dan rasul sebagai satu rahmat, cahaya, yang menerangi kegelapan kejahilan kita tentang Allah, dan syariatNya. Tetapi…kita ingkar.

Begitu juga pada pandangan Allah, alam barzakh itu juga singkat, (dan kemudian... ) kemudian..Padang Masyar. 
Kemudian Hari Hisab. Nah, terimalah; syurga atau neraka.

Hukumnya mudah.
Taati aku, engkau masuklah ke syurgaKu, buat selama-lamanya. Siapa yang bersungguh-sungguh lagi mencintai Aku, Aku tinggikan darjatnya.
Ingkari aku, carilah tuhan selain Aku yang boleh melindungimu daripada siksaan api neraka.
Dah dapat cari…?




Bukankah hak seorang raja itu mahu ditaati, diturut perintahNya?
Bukankah keinginan seorang hamba itu mahu dikasihi, diberi perhatian?

Siapa tuhan….?  Siapa hamba….?


5/17/2011

pesanan jiwa. ^__^


apabila terputusnya cinta makhluk daripada kita, ketahuilah Allah telah menjemput kita untuk lebih mendekatiNya. Subhanallah! Bersyukurlah, dan berkatalah dengan penuh semangat, AKU TELAH TERPILIH!


ibnu atoillah berkata "sesiapa yang merasakan kasih sayang Allah terputus semasa Allah menguji dia, itu petanda dia belum kenal Allah"


janganlah sesekali merasa bahawa kita memiliki dan dimiliki walaupun telah berkahwin, kerana hakikatnya kita hanyalah peminjam. suatu masa nanti, kita harus memulangkannya kembali..


dan, janganlah terlalu suka ketika menerima sesuatu, kerana suatu masa nanti kita harus melepaskannya, janganlah juga terlalu sedih ketika melepaskan sesuatu, kerana kita telah memulangkan barang yang dipinjam kpd Sang Khaliq.


aku serahkanmu kepada Tuhanku, berhentilah kerisauanku. kerana Tuhanku itu, Maha Memelihara dan tidak pernah gagal dan lalai dalam menjaga hamba-hambaNya.


putus cinta sesama manusia kekadang mengajar kita untuk mencintai Allah dengan lebih fokus dan serius. :) alhamdulillah..aku lepaskan dan serahkan segalanya kepada tuhanku..


apakah kunci kekuatan diri?? terimalah apa sahaja dengan Redha!!

5/15/2011

Cari hati. Jaga hati.


Ilmu tasawuf itu dipelajari bukan dengan akal. tetapi dengan hati. 

belajar mengenali hati sendiri, belajar mengenai tuhan, cipta hubungan kita antara seorang hamba dengan tuhan.

walau apa pun, 

"kuatkan sabar, kuatkan syukur"

bila terasa sangat susah dalam melayari bahtera di dunia ini, ingatkanlah diri dengan syurga.

"bila rasa susah, ingatkan diri dengan syurga"

bayaran untuk mendekatkan diri dengan Allah memang mahal. tetapi Allah tidak meminta dalam bentuk harta. Dia mahu lihat istiqamah kita, komitmen kita, sejauh mana pengorbanan kita, ketelusan hati kita, dan kesungguhan kita mengenaliNya.

Allah tidak memandang siapa, tetapi, jika kita benar-benar ingin mencari jalan menuju Tuhan, Allah pasti akan tunjukkan jua. Yakinlah! untuk menemuinya, perlukan hati yang suci. sebelum itu, hati ini perlu ditempa terlebih dahulu, dibasuh, dicuci, dibilas! barulah hati itu berkilauan bergemerlapan..

perjalanan ini tidak mudah...

tetapi janganlah sesekali berputus asa!

mereka, yang benar-benar memahami hakikat kehambaan, tidak meminta apa-apa, melainkan hanya meminta supaya Allah menerima mereka sebagai hamba!!

Ya Allah..sedangkan kita yang kerdil ini, belum tentu diterima sebagai hamba, sentiasa bersikap mendesak, meminta, memaksa..bila diberi, tidak pula diucap terima kasih yakni bersyukur, sebaliknya mengkritik lagi.

kita yang GAGAL melihat keindahan kurniaan Allah. sedangkan Allah itu Maha Kaya dengan HIKMAH.

segala sesuatu yang terjadi adalah YANG TERBAIK dariNya.

 


5/14/2011

hurrun nafsi.


hari demi hari berlalu...

terasa aku semakin kehilangan..

walau sedalam mana aku menanam tekad,

walau sekuat mana aku pasakkan tunjang harapan,

perkara ini sememangnya di luar batasan dan keupayaan aku.

tak pasti apa yang mahu aku coretkan,

keluhankah, kekecewaankah, kemarahankah, kebenciankah atau semata kekosongan?

aku gagal mencari hatiku...

yang berdenyut basah dan hidup,

barangkali aku..

masih tidak mencapai darjat yang Dia mahukan..

hakikatnya, di mana aku? aku kehilangan.

acapkali aku peringatkan..

sabarlah wahai diri..

barangkali apa yang mahu diterima daripada Rabbmu sesuatu yang masih tak dapat engkau tanggungi..

bersabarlah dalam menerima!

mengapa setiap hari engkau mengeluh?

Ya Allah, hurrun nafsi.

merdekakanlah jiwaku. bebaskanlah diriku. sucikanlah aku.

perjalanan dalam menyucikan hati ini masih terlalu jauh.
cukup-cukuplah engkau membandingkan diri engkau dengan yang lain.
barangkali jalan yang hendak dituju masih kekelabuan,
dek masih ada sekuman hati yang tidak redha..
(Allah....!!)

perjalanan mencapai ketenangan itu terlalu asing,
barangkali belum cukup kekuatanmu dan keikhlasanmu,
menyerahkan dirimu pada Ilahi..

perjalanan itu juga...
memisahkan roh dan jasad...
barangkali masih wujud kecintaanku terhadap dunia,
aku masih gagal membawa sepenuhnya diri ini menghadapMu...

Allah.
sucikanlah deenku.
sucikanlah hatiku.
sucikanlah diriku.
selagi itu, aku takkan mampu bertemuMu..

hurrun nafsi, hurrun nafsi.

5/09/2011

aku tahu. :)


aku tahu, kamu wujud..aku tahu.

aku menanti.

menanti pengakhiran yang kamu pilih untukku nanti.

aku pula,

mengharapkan penyatuan dua jiwa satu cinta.

Payungi aku..


sehingga saat itu, aku akan terima dengan tenang, redha dan....

 yakin. insyaAllah.

"Jika ingin melihat pelangi yang indah kita harus bersabar menanti redanya hujan ."

aku mahu....


aku mahu berubah...
aku mahu buktikan...
aku mahu menjadi lebih kuat...

aku tak mahu terluka dan dilukai lagi..
aku tak mahu lemah-lemah lagi..
aku tak mahu dirundung kecewa lagi..

aku mahu tegar seperti dulu..
aku mahu ketawa bahagia..
aku mahu memancar seperti dulu..

aku tak mahu berdendam..
aku tak mahu sesiapa terluka..
aku tak mahu juga melukakan..

aku mahu..melupakan..
aku mahu melepaskan..
aku mahu mengubati..

aku tak mahu duka
aku tak mahu sakit
aku tak mahu kecewa...

dan, aku tak mahu seperti dulu..

aku mahu berubah.... :)

Ya! mesti kuat..dan terus, Kuat...!!

5/05/2011

bahagia bahagia!


seronoknya bila sihat ya?

nikmat yang amat-amat jarang kita syukuri.

bernafas dengan baik, 
akal dan pemikiran yang seimbang,
kulit yang boleh menyentuh dan memegang sesuatu,
darah yang mengalir deras,
kaki dan tangan yang boleh digerak-gerakkan dengan sepuasnya,

maha suci Allah! siapalah yang mampu berikan semua nikmat ini melainkan hanya Allah.
dan siapalah jua yang berkuasa menarik semua nikmat ini melainkan Allah jua.

aku akan terus berjuang....
Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

ohh. saya amat sayang keluarga saya, sahabat-sahabat saya, semua muslimin muslimat dan....teman saya! hehe.

5/03/2011

yaqin.


pernah tak anda alami suatu keadaan di mana anda berasa sangat takut, resah, gelisah.

kalau anda seorang perancang lazimnya, untuk hari itu anda tak mampu langsung untuk merangka atau membayangkan sesuatu apa yang akan berlaku esok hari.

segala puji bagi Allah, tuhan yang telah mencampakkan ketenangan dalam hati ini, yang menguatkan hati untuk mengetahui sebarang kebenaran, yang mengurniakan tubuh badan yang pada asalnya sihat, tuhan yang mengurniakan makhluk yang sudi memahami apa yang diri ini telah lalui selama ini, tuhan yang telah banyak mmlihara, membimbing, yang mengurniakan akal untuk menyingkap sebarang hikmah ilahi sedikit demi sedikit..

aulia yang begitu bungkam dalam kesedihan baru-baru ini (cewah, kononnya), tapi, alhamdulillah, allah tumbuhkan keyakinan dan berikan kekuatan.

doa aku telah didengari. aku tahu ada yang mendengar! Allah..
aku ingin menjadi seperti burung yang terbang bebas. aku tahu, aku perlu berjuang untuk bebas.
kebebasan aku.

~Hayat~


segala puji-pujian hanya untuk Allah, Tuhan Yang Maha Esa, Dia, tempat bergantung, tempat mengadu, tempat memohon pertolongan..

dah lama tak jenguk blog sendiri. tak tahu nak tulis apa.

kebelakangan ini, aulia banyak berfikir, banyak mengkaji, banyak menanya, cuba mempratikkan sedaya yang mampu apa yang telah dipelajari..hm. cakap soal masa, aulia rasa sangat-sangat ralat. huhuh..sedih.

tapi cuba kita fikir? apa nilaian kita pada hidup sebenarnya?

ramai yang menilai kejayaan hidup dengan betapa bagusnya kerjaya kita, banyaknya harta kita, bahagianya kita, dengan itu, bermakna kita telah berjaya di dunia.

tetapi amat kurang sekali yang menilai pencapaian hidupnya dari segi bekalan untuk ke akhirat. bila kita mengaji, solat, dan melakukan ibadah dan kebajikan lain (yang mana kadang kala agak mencuri masa kita daripada study, kerja, urusan dunia) adakah kita rugi?? kita mungkin tak dapat makan di restoran hebat2 sebab duit pun xcukup, tapi, adakah kita tak dapat apa-apa?

akhirat. sentiasalah berkunjung selalu ke kota akhirat. berfikirlah, sebelum melakukan apa-apa tindakan, apakah ia menyumbang kepada bekalan akhirat kita. kerana, setiap amal baik yang dilakukan itu adalah ibadah. kerja yang dilakukan dengan beramanah juga merupakan ibadah, insyaAllah dikurniakan pahala. seiring dengan itu, tambahlah dengan amalan-amalan lain.

ilmu. medan ilmu memang sangat luas. di mana-mana pun ada ilmu. walau pada seorang pengemis, kita mampu belajar sesuatu daripadanya! alangkah bagusnya perbualan kita sehari-hari berkisar tentang ilmu, atau sekurang-kurangnya mampu menjadikan diri kita lebih baik sebelum ini smada dari segi kerohanian atau keilmuan.

apa yang aulia nak cakap di sini ialah..huhu (point yang amat berterabur) ialah..

hidup; selagi mana kita masih bernyawa, jadikanlah setiap inci kehidupan kita itu adalah ibadah. bila bersembang dengan orang, niatkanlah untuk merapatkan silaturahim, jauhkanlah mengumpat. bila bekerja, lakukanlah kerja kerana Allah dan amanah. bukan kerana nak pass exam semata, atau nak pujian dll. janganlah sempitkan skop ibadah kita dengan "solat, puasa zikir je baru dapat pahala". berasabar dengan dugaan juga merupakan pahala.

wallahualam.
 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino