3/03/2011

Mati itu sangat dekat..


Huu~ takut takut…
Pagi tadi hampir-hampir aulia dilanggar motor. T___T
Kenapalah xperasan…allah..allah..
Alhamdulillah, masih diberi kudrat oleh tuhan untuk menaip disini.
Agaknya bila hati gundah gulana, fikiran pun diawang-awangan, kerja semua tak menjadi.
Ya Rabb..masa berlalu..
Apa lagi yang harus aku pinta? Apa yang harus katakan?
Aku merayu simpati dan belas kasihanMu..
Kenapala manusia cukup susah nak berubah perangai?
Sukarkah untuk melembutkan hati, meringankan tulang, merasa belas terhadap orang lain?
Dan, benarlah sahabat sejati itu amat sukar dicari.
Tidak ramai yang mampu tersenyum pabila melihat kita bahagia,
malah amat sedikit yang nak merasa penderitaan pabila kita menderita kesusahan. :’(
Ada, tapi tak ramai.
Ukhuwah fillah! Semua boleh laungkan benda yang sama, tapi cukuplah mereka berkata “oh, yeke…” kemudian berlalu pergi.
Aku pun tidak mengharap apa-apa! Cukuplah Allah bagiku. Dia segala-galanya.
Sampai suatu masa, masing-masing akan tetap mendahulukan kepentingan masing-masing. Allah.. :’(
Pada siapa lagi mahu aku mengadu?
Mereka adalah makhluk. Mereka juga mempunyai kelemahan. Sama seperti aku. Aduhai, maafkanlah..!
Hanya Engkau lah yang Maha Mendengar, Maha Melihat, Maha Mengetahui, Maha Memahami.
Terkuncinya lidah, terpendamnya rasa hati, mengalirnya air mata, pahitnya hempedu,
Bolehkah diluahkan??
Ya Rabb, kuatkanlah hati kami terhadap orang-orang yang menzalimi kami! Kami serahkan pada Engkau sahajalah Ya Rabb. Engkau Maha Adil, Maha Penyayang antara Yang Penyayang dan Engkau juga amat keras siksaanNya..

0 bisikan:

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino