3/03/2011

ketegasan dalam diam


Disebabkan beberapa kejadian yang berlaku dalam hidup aulia baru-baru ini ..
Ada beberapa perkara yang tetap aulia akan tegaskan :-

1. aku takkan ucapkan selamat tinggal. perpisahan tiada makna bagi aku. aku paling tak suka majlis perpisahan... :'( and i hate to say goodbye. suatu hari nanti, kita pasti bertemu!

2. menangis itu untuk mengubat luka. bukan bermakna aku berputus asa. tetapi aku mencari kekuatan. dan, aku hanya mampu berteduh di bawah naungan Rabbi.

3. aku tetap pertahankan cinta ini. aku tetap cintakanmu. aku akan tetap dengan perasaan ini. walau apa pun. berkata-kata mengenai kesetiaan, aku hanya kenal yang satu.

4. setiap manusia tu punya keistimewaan. adakah hanya rupa yang memainkan peranan? pentingkah? ya, penting. tetapi itu bukan faktor utama. lihat hati, lihat peribadi. aku cintakan mereka seadanya.

5. pemilik hati aku dan mereka; hanyalah Rabbku. segalanya milik Dia. pada Dia sahajalah... maafkan aku! andai aku tidak dapat mengubah sesuatu keadaan atas lemahnya diri ini. Aku mohon maaf.

6. Tidak akan memahami erti hati yang sepenuh-penuhnya tawakkal, kuatnya pergantungan kepada Allah Yang Maha Satu sekiranya mereka tidak melalui ujian. Allah...Tingginya tarbiyah yang Engkau berikan..(T___T)

7. Diam aku mahu mengingatiMu. Menangis aku mengadu padaMu. Menyesalnya aku apabila menghayati setiap bait-bait kata-kata cintaMu..sungguh, aku terlalu banyak melupakanMu.

8. setiap hari aku akan lakukan yang terbaik..Duhai tuhan, izinkanlah...

9. sakitku? sudah tidak bererti lagi.

10. aku rindukanmu. setiap hari. terlalu ramai yang mencintaimu. pasti aku tak setanding dengan mereka.

lingkaran duri yang menjerat hati ini, selalu melukai aku apabila aku menarik nafas harapan. mengapa?
aku cuba teguhkan keyakinanku, bukankah jalan derita itu jalan orang-orang yang soleh?

"Tuhan, sesungguhnya aku ditimpa penyakit. dan Engkaulah yang Maha penyayang di antara penyayang" ~Nabi Ayub.

Dunia ini bukan hakiki. Kita hanya menumpang. Mengapa mahu berlebih sedangkan kita ialah penumpang?

kerana namaku ialah 'yang penyayang'. ungkapan cinta takkan mati daripada hidupku.

dan, dari CINTA itulah adanya PENGORBANAN.

seperti Fatimah Az- Zahra', Khadijah, Rahimah, Asiyah, Maryam, Rabiah, Masyitah, Khawlah, Aisyah, dan, ramai lagi...mereka mabuk cinta padaMu Ya Rabb!

0 bisikan:

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino