2/25/2011

pahala hidup 7000 tahun!


"

ok. kita bincang buku.

buku ini tersangatlah menarik. siapa yang suka math boleh baca buku ni then buat kira-kira.

buku ni banyak menekankan tentang kelebihan-kelebihan amalan berdasarkan hadis-hadis yang sohih.

contohnya, kelebihan solat sunat dhuha, solat sunat isyraq, kelebihan zikir-zikir tertentu, Al-quran, zakat dan sedekah, masjid, puasa, silaturrahim dan baaanyak lagi. sehinggakan kita tak terbayang, solat sunat dua rakaat (yang selalu kita tinggal-tingal tu) ada banyak kelebihannya yang tersendiri.

walaubagaimanapun, bukanlah kita amalkan sesuatu amalan itu kerana mahukan ganjaran semata. 

"o, aku buat solat berjemaah ni, aku dah dapat sekian, sekian pahala. tadi, aku tolong orang, aku dapat pahala banyak ni. wah, cukuplah nak masuk syurga macam ni. banyak amalan aku."

IKHLAS! ingatlah, yang paling penting ibadat dilakukan untuk menzahirkan rasa cinta kita, rasa syukur, kasih dan sayang kita pada Allah kerana pilih kita sebagai orang yang menerima hidayah...

siapa yang nak hidup 7000 tahun? atau bandingan amalnya seperti hidup 7000 tahun?
siapa yang nak kaya di akhirat nanti? siapa yang mahu tinggi darjatnya ketika di syurga nanti?
siapa yang mahu mengaku dia benar-benar cintakan Rabb Yang Maha Agung?

Baca buku ni. tak pun, mari tingkatkan amal dengan ikhlas.

InsyaAllah!

-kerana Allah semata.








2/18/2011


andai dengan kesedihan dan air mata ini aku mengenal Allah, aku bersyukur. 
aku bimbang jika seumur hidupku, tidak pernah aku mengingatinya dengan bersungguh-sungguh.

apabila hati redha, jalan yang lapang akan terbuka luas.

apabila kanak-kanak palestin bertanya :
"mengapa kita dilakukan sebegini rupa? di manakah penolong-penolong?"
cukupkah dengan kita mengucapkan "segalanya kuasa Allah. Islam pasti menang." 
tetapi kita tetap tak lakukan apa-apa. tak malukah?

He Knows Best.

kita selalu impikan yang terbaik untuk kita, pernahkah kita cuba menjadi yang terbaik?

kita selalu mahukan yang terbaik dari Tuhan, tetapi adakah kita berusaha berikan yang terbaik untukNya?

2/16/2011

ini soal keyakinan.


Murid : Cikgu...saya tak reti.
Guru : Cuba! cikgu tahu kamu boleh!


teringat siang tadi. bila ada seorang anak murid mengadu tak pandai guna gunting. bukan aulia tak mahu tolong, tapi, aulia yakin, dia mampu buat. walaupun potongannya tak cantik, tapi atas usahanya, dia berjaya bukan?



aduhai..bila menghadapi hidup ini, memang terlalu banyak perkara yang tidak disangka akan berlaku. tetapi, aulia masih tetap percaya dan yakin, hikmah Allah ada di mana-mana. akal diberikan untuk kita berfikir!


bila kita mengadu, tak mampu menghadapi sesuatu dugaan, kita masih lagi diuji. mengapa?
Allah, tak lihatkah aku sedang berusaha? aku sedang cuba sedaya upaya?


"kadang-kadang bila kita mahu jadi lebih kuat, badai yang lebih besar menimpa. sehingga suatu saat, tiba-tiba aku buntu.aku risau aku lemas. alangkah baiknya jika ada tali yang dihulurkan dari teman seperjuangan agar aku bisa bangun."

barangkali inilah yang Allah bisikkan pada kita.

Hamba : Tuhan...aku tak mampu lagi...
Barangkali tuhan membisikkan : Cuba! Kamulah yang paling kuat dan paling layak menerima ujian ini! Dengan izin aku, pasti berjaya!

kita cuba, kita cuba. tetapi, percaya atau tidak, apabila sesuatu dugaan itu ditarik kembali, kita tak perasan pun. kita terus nikmati hidup ini dengan bahagianya. janganlah lupa untuk bersyukur!

agaknya hidup ini seperti virus. apabila virus serang badan kita, badan kita akan melancarkan imunisasi, lawan virus tu. kalau virus tu dikalahkan, datang lagi virus yang lebih hebat, badan kita pun modify imunisasi dan lawan lagi. dan begitulah seterusnya.

virus adalah ujian.
imunisasi adalah kekentalan, keimanan, ketaqwaan, dan segalanya mengenai diri kita.

bagaimana kita melawan virus, mengawal diri, dan memastikan kita terus 'hidup'?


sejauh mana penggantungan dan keyakinan kita pada janji-janjiNya?

2/15/2011

pelangi muncul selepas hujan.


terkenang masa lalu.

apa-apa pun, dah tak mahu bersedih hati lagi.

yang lepas itu, lepas......
keberangkalian, perkara yang sama akan berulang,
tak mustahil itu berlaku.. :)

Allah.
hanya pada Dia aku percaya dan berpegang sepenuhnya.
dulu aku tercari-cari,
kini tujuanku telah terang bersuluh.
aku tak rugi.
aku takkan pernah rugi.
pasti ada yang terBaik!
lebih baik. :D

destinasiku, impianku,
kecintaanku..
pada jalan mana ia harus dicurahkan.

Allah..
mengenaliMu, mencintaiMu,
adalah nikmat yang paling besar!

barangkali dengan perginya manusia,
Engkau hadir pula dengan seribu satu harapan,
apabila hati pula redha,
Engkau pulangkan segala yang telah hilang!
atau menggantikan yang lebih Baik.

Maha Suci Allah.
Tuhan yang sentiasa menjawab panggilanku,
yang Maha Memakbulkan!
yang sentiasa memujuk duka,
yang membuahkan bahagia,
yang menunjukkan tika aku alpa.

"Engkau dekat, penuh kasih sayang.."

Apa sahaja Dia tentukan untukku,
pasti yang TerBaik!

aku tak mahu lagi tertanya-tanya. resah, gelisah. takut dan cemas. 
hati yang berbolak-balik, tidak tetap. bimbang, gundah gulana. 
dari situ masuknya syaitan menghasut! 
dialah yang mengelirukan, menghembus rasa was-was.

biarlah kini aku tetap dengan pendirianku, menjaga agamaMu, berpegang dengan taliMu, 
menjadi yang terbaik untukMu..

pada saat itu, semoga hatiku menerima ketentuanNya dengan hati yang 
tenang, dekat, dan penuh rasa tanggungjawab serta Redha.. 

let's stay in the present,
we don't have any time to lose,
i won't waste my life again,
for every second is valuable to me.

wohoo :p

2/12/2011

Cinta Da'wah menuju Baitul Da'wah


Kerja lebih banyak dari masa yang kita ada dan agenda islam adalah agenda yang tiada noktahnya. Oleh itu dalam menyusuri Jalan dakwah dan kerja-kerja dakwah ini, seorang muslim itu harus tahu bahawa untuk kesinambungan perjuangannya, ia harus menjadikan setiap aspek kehidupannya terancang sebaiknya termasuklah dalam perkara mendirikan rumahtangga.
Seorang muslim yang cintakan islam dan dakwah semestinya harus menuju kepada pembinaan baitul dakwah ini kerana dengan ini cita-cita dan perjuangannya dalam dakwah islam ini ada kesinambungannya.
Adalah menjadi perkara yang penting bagi seorang da'i itu apabila ingin membina baitul dakwah ini ia harus jelas sewaktu sesi taaruf lagi akan kemahuan dan cita-cita pasangan masing-masing dalam mendalami hati terhadap matlamat perjuangan mereka kerana dengan ini akan terbinanya kekufuan yang boleh mengelakkan penyesalan di kemudian hari terhadap cita-cita besar yang ditanamkan dalam diri masing-masing.
Malah kejelasan pendirian dari awal ini juga turut membantu dalam mengerat dan membungakan cinta didalam rumahtangga yang akan dibina biarpun sebelum ini mereka telah memahami islam dan mendapat tarbiyah islam kerana faktor terus terang dan telus didalam taaruf akan memudahkan urusan terkemudian.
Seorang muslim yang cintakan dakwah harus tahu bahawa dakwah adalah kewajipan. Masuliyah ( tanggungjawab) setiap yang bernyawa yang bergelar muslim mukmin. Bukan perkara main main dan pinggiran. Ia nya adalah taklif rabbani. Tuntutan Ketuhanan. Tuntutan Allah yang akan dipersoalkan. Berat, dan kita tiada pilihan.
Bagi para duat yang tersedar, mereka tahu bahawa ini adalah sibghah (Celupan). Sibghah dari sibghah Allah. Kita bertanggungjawab sepenuhnya. Oleh itu dakwah tidak terhenti disusuk tubuh kita sahaja kerana tanggungjawab ini adalah bertali arus yang bermula dari kita hingga ke dalam pembentukan Bait'ul Dakwah.
Dan inilah yang sukar kerana sepasang suami isteri mestilah saling mewarnakan kehidupan mereka dengan sibghah ini. Oleh itu pembinaan dan pemilihan muslim dan muslimah berqualiti harus menjadi prioriti (keutamaan) dalam membina generasi pewaris.
Kita yang cintakan deen ini tidak boleh memandang ringan atau memandang sepi perkara ini kerana tersilap pemilihan akan merugikan dan melambatkan deen ini menuju langit kejayaan. Pemuda pemudi Islam harus mempunyai mind set ini supaya sentiasa bersedia untuk membentuk diri masing masing menjadi rijal dan srikandi yang qowi (kuat) agar nanti antara kita tidak tercari-cari dan teraba-raba dalam kesamaran mencari jodoh masing masing dan mengambil masa yang lama untuk pembentukan ini.
Bersedialah berIntima' (Ikat diri) dengan Jamaah Islam kerana Islam kian hari kian bertambah sukar. Tanpa jamaah kita tidak boleh berbuat sesuatu kerja dakwah dengan sempurna dan teratur. Bersedialah untuk ditarbiyah. Untuk didik aqidah, hati, ibadah dan berkerja secara team work atau beramal jamaai berusahalah untuk tarbiyah dzatiyah (didik diri) tanpa bergantung pada arahan mas'ul atau naqib serta jamaah.
Jamaah hanyalah sebagai pushing power tapi tanpa Dzatiyah dari diri sendiri, memang sukar untuk melonjak prestasi kita sebenarnya kearah berjuang dijalan Allah dan pastinya kita tidak dapat merubah diri dan dimanfaatkan jamaah dan terkadang mutarabbi begini akan menjadi beban dan fitnah kepada jamaah!
Berbalik kepada pembinaan baitul dakwah, kita semua harus memberi perhatian kepadanya kerana terkadang seorang duat pun tidak dapat membezakan antara baitul dakwah dan baitul muslim. Baitul muslim adalah membina keluarga muslim namun baitul dakwah lebih jauh fikhnya. Ia itu untuk membina generasi pewaris. Pewaris Dakwah. Pewaris kerja nabi.
Didalam pembinaan baitul dakwah ini memerlukan chemistry, memerlukan kekufuan serta memerlukan kedua pasangan terlibat dengan jamaah dan dakwah serta tarbiyah kerana dalam pembinaan ini kita memerlukan fikrah yang jelas, cita-cita yang tinggi dan pengorbanan yang berterusan terhadap kerja-kerja dakwah. Tanpa sifat-sifat asas ini sukar untuk mengwujudkan baitul dakwah serta untuk melahirkan generasi pewaris.
Sabda nabi SAW riwayat muslim
"Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik baik perhiasan ialah wanita solehah. Apabila kamu melihatnya, ia akan mengembirakan kamu dan apabila kamu tidak ada, ia menjaga kehormatannya dan harta mu."
Setakat itukah wanita solehah itu? Atau wanita sebeginikah yang ingin melahirkan generasi pewaris? Hadis nabi ini maha benar namun isteri seorang da'i atau pejuang deen ini, bukan setakat itu saja malah ada syarat-syarat lain lagi yang perlu diberi perhatian. Antaranya;
Wanita pilihan mesti mencintai Akhirat!
Kerana wanita amat suka kebendaaan, keselesaan kemanjaan dan kecintaan yang berlebihan sehingga ini akan menyalahi fitrah dalam realiti dakwah dan ini telah berlaku dalam kehidupan Rasullullah sendiri apabila dakwah sampai kekemuncaknya! Isteri-isteri Rasul suatu ketika mengkritik terhadap kehidupan kesusahan mereka disamping Rasullulah sehingga Rasul memberi pilihan kepada mereka sama ada redha didalam susah atau bersedia menerima talaq! Firman Allah:
" Wahai Nabi, katakan kepada Isteri2mu , jika sekiranya kamu mahu kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah, supaya aku berikan kepada kamu pemberiah mut'ah dan aku lepaskan kamu dengan cara sebaik baiknya. Dan jika sekiranya kamu mahukan keredhaan Allah dan Rasulnya serta negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah telah menyediakan pahala yang besar bagi orang orang yang berbuat baik antara kamu" (Al Ahzab 28-29)
Realitinya perempuan memang dikuasai oleh tabiat lemah, inginkan kebesaran dan cintakan kebendaan dan ini akan menghalang perjuangan suaminya melainkan apabila ia dapat membebaskan dirinya dari sifat-sifat tersebut dan menyintai akhirat.
Kerana apa? kerana cintakan akhirat merupakan syarat kepada seorang isteri da'i untuk memikul beban dakwah kerana tanpa cintakan akhirat seorang isteri akan meninggalkan kesan buruk kepada jiwa suaminya terhadap dunia dan akan mencenderungkan suaminya mencintai dunia dengan pengaruh kehidupannya.
Wajibnya pengarahan mencintai akhirat kepada wanita yang dijalan dakwah adalah disebabkan sifat semulajadi mereka yang selalu mahukan keistimewaan dan jika tidak diarahkan akhirat pastinya menggangu usaha dakwah.
Kita lihat bagaimana al Quran memberi kejutan kepada isteri-isteri nabi apabila mereka demand tentang hidup mereka,
"Boleh jadi jika nabi menceraikan kamu, tuhanmu akan mengantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik dari kamu yang menurut perintah, ikhlas, taat, bertaubat, beribadat dan berpuasa janda atau anak dara." (At- Tahrim 5)
"Mengantikan baginya isteri-isteri yang lebih baik dari kamu".
Teguran Allah ini juga telah menyedarkan isteri-isteri nabi dari meminta keistimewaan kepada taat kepada apa yang diberi oleh Nabikerana mereka takut Allah gantikan mereka dengan wanita lain untuk nabi dan mereka tidak mahu ada wanita lain lagi yang lebih baik dari mereka.
Satu yang perlu diberi perhatian bagi seorang akhawat yang cintakan dakwah dan ingin menjadi isteri seorang da'i adalah, jelas niatnya!
Akhawat itu sewajarnya menjadikan perkahwinan dengan seorang da'i yang dicintainya dengan niat memasukan dirinya dengan realiti dakwah bukan memasukkan dirinya didalam kehidupan da'i itu.
Dengan erti kata menjadikan dakwah sebagai matlamat dan bakal suaminya adalah hanya teman dan alat menuju matlamat.
Jika inilah yang kita semua fahami wahai pemuda dan pemudi Islam, insyallah pastinya kita dapat mengwujudkan sebanyak banyaknya baitul dakwah yang menjadi penerusan kepadan perjuangan ini.



2/10/2011

sahabat dunia akhirat


teringatkan seorang sahabat ni.

cukup bermakna.

sahabatku.

2/09/2011

Perjuangan.


Bismillahirrahmanirrahim.

segala yang berlaku adalah menurut keizinan Allah jua.
"Katakanlah Muhammad "Aku tidak kuasa menolak mudarat dan mendatangkan manfaat kepada diriku, kecuali apa yang Allah kehendaki."......" (Yunus: 49)

Hidayah, hanya Allah yang berhak memberinya, dan Dialah juga yang menariknya. Wahai tuhan yang membolak-balikkan hati kami, tetapkanlah kami di jalanMu..
"Dan di antara mereka ada yang melihat engkau. Tetapi apakah engkau dapat memberi petunjuk kepada orang yang buta, walaupun mereka tidak memperhatikan?" (Yunus : 43)


"Sesungguhnya Allah tidak menzalimi manusia sedikit pun, tetapi manusia itulah yang menzalimi dirinya sendiri." (Yunus : 44)


"Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikin itu adalah lebih baik jika kamu mengetahui." (At taubah : 41)

ini kuncinya. mudah2an terselamat daripada tipu daya syaitan.
"...dan mereka selalu memelihara solatnya" (Al an'am : 92)

"Siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang mengadakan dusta terhadap Allah atau yang berkata "telah diwahyukan kepadaku," padahal tidak diwahyukan sesuatu pun kepadanya, dan orang yang berkata, "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah." (alangkah ngerinya) sekiranya  engkau melihat pada waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam kesakitan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, sambil berkata "Keluarkanlah nyawamu." pada hari ini kamu dibalas dengan azab yang sangat menghinakan, kerana kamu mengatakan perkara yang tidak benar dan kamu menyombongkan diri terhadap ayat-ayatNya." (Al an'am : 93)

"Ingatlah pada hari ketika Allah mengumpulkan para rasul lalalu Dia bertanya "Apakah jawapan (kaummu) terhadap (seruan)mu?" Mereka menjawab, "Kami tidak tahu (tentang itu). Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib" (Al Maidah : 109)

"Dan sungguh, di antara mereka nescaya ada segolongan yang memutarbelitkan lidahnya membaca kitab, agar kamu menyangka yang (mereka baca) itu sebahagian dari kitab dan mereka berkata "itu dari Allah". mereka mengatakan hal yang dusta terhadap Allah, padahal mereka mengetahui." (Ali Imran : 78)


hikmahnya, sentiasa berusaha untuk dekat dengan Allah taala.
"Diwajibkan atas kamu berperang, padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (Al Baqarah : 216)

kerana Allah. 
"Maka laksanakanlah solat kerana Tuhanmu, dan berkorbanlah (sebagai ibadah dan mendekatkan diri kepada Allah)" (Al kauthar : 2)

kenapa sembah Allah?


Bismillahirrahmanirrahim.

perbetulkan balik niat.

walau apa pun yang kita lakukan, segalanya kita sandarkan kembali pada Allah.

kerana Allah, kerana Allah, kerana Allah.

untuk apa kau belajar?
1)Allah 
2)Rasul
3)Islam

bukan nak cari harta atau pangkat tujuan utamanya.

untuk apa kau berukhuwah?
kerana Allah. kasih sayang sesama makhluk dalam menyeru jalan menuju Allah.

untuk apa kau menulis di sini?
kerana Allah. memberitahu kepada yang lain.

Niat lillahi taala.

kedengaran mudah. tetapi sering kali kita tersasar dan melakukan syirik khafi.

Astaghfirullahalazim...

"Dan sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan golongan yang ramai di antara kamu; maka tidakkah sepatutnya kamu berfikir dan insaf?" (yasin;62)

kita umat akhir zaman. iblis dan sekutu-sekutunya memang dalam misi dan sedang berusaha habis-habisan menyesatkan kita.

sedangkan yang alim, abid pun mampu tertipu? apatah lagi kita?

riak dengan ibadat sendiri. sombong terhadap orang lain, selalu rasa diri betul, kedekut dalam harta dan kedekut dalam menyampaikan ilmu,  terlalu yakin yang ia selamat dari hisab dan segalanya, tertipu dengan 'karamah' yang kononnya dari Allah. betapa banyak lagi kita tertipu?

Allah....

berat benar ujian untuk menjaga iman zaman ini. 
Allah, kasihanilah kami yang jahil, lemah dan hina ini. 
Ya Rabb, peliharalah dan lindungilah kami. Engkaulah sebaik-baik pelindung dan pemelihara.

Satu soalan:

adakah engkau menyembah Allah kerana 
ikutan?
nafsu?
syurga?
dan berbagai-bagai hajat lain.

atau

benar-benar kerana CINTAkan Allah?
cinta yang tulus IKHLAS?

setiap apa yang ditulis, dikata, dibuat, pasti akan ditanya kelak. pasti aku akan dihisab.
tulisan aku ini juga pasti akan ditanya. Allah, redhailah amalan-amalan kami..
saksikanlah, aku mahu berada di kalangan yang benar. :(
 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino