1/07/2011

“Ukhuwah fillah”. Adakah sekadar mainan kata-kata??


“Saya sayang awak kerana Allah!”

“Kita bersahabat kerana Allah!”

“Ukhuwah fillah!”

Kita selalu mendengar ayat-ayat cinta ini bukan?
Ingin sekali saya bertanya, adakah kita menggunakan ayat-ayat ini sekadar di mulut sahaja atau kita benar-benar hayatinya, memahaminya, merasainya di sudut hati??

Pengalaman saya dalam hidup ini, dalam mana-mana jemaah usrah, persatuan, aktiviti, atau tempat kerja. (malah, saya yakin anda juga pernah mengalami keadaan ini) Berapa ramai di antara kita yang sanggup bersama-sama dengan sahabat-sahabat kita yang berada dalam kesusahan? Sanggup berkongsi derita, sanggup mengorbankan masa, sanggup merasai apa yang sedang sahabat dalam kesusahan itu tempuhi? Bukannya sekadar mengucapkan simpati lantas berlalu pergi!

Tanya kembali diri anda. Atas sebab apakah anda bersahabat? Kenang wajah-wajah sahabat anda. Kerana Allah atau kerana harapkan balasan?

Wajar jika saya katakan ramai di antara kita lakukan apa sahaja dengan mengharapkan balasan.
Kita lihat contoh mudah.

Kita bantu sahabat kita meringankan assignment atau menerangkan apa-apa yang dia kurang jelas. Bila kita pula begitu banyak kerja, kita cuma harapkan dia agar bantu meringankan sedikit beban kita. Paling kurang tolong buatkan kita air ke.. (contohla..) tapi dia langsung tak ada perasaan. Dibiarkannya kita terkontang kanting sendirian. Kita marah. Mula nak mengungkit ‘jasa-jasa’ baik kita padanya sebelum ini.

Di sini ingin saya katakan kedua-dua sahabat ini bukan bersahabat kerana Allah. Tetapi kerana kepentingan diri sendiri. Sahabat pertama langsung tidak mahu membantu kerana dia rasa itu bukan masalah dia. Dia tidak boleh menghayati kesusahan yang sahabat dia alami. Atau pun perkataan yang mudah untuk digunakan adalah kurang peka. Sahabat kedua pula jelas mengharapkan balasan. “Satu hari aku tolong kau, bila-bila kau tolongla aku balik.”

Situasi ini sudah saya lihat kerap kali berlaku dalam jemaah kita termasuklah sekecil-kecil persatuan atau kelab sehinggalah ke bentuk keagamaan yakni usrah dan badan dakwah. Malah tidak dinafikan, sering berlaku dalam persahabatan seharian kita. Kita marah, kita bergaduh, persahabatan yang dibina terus hancur. (padahal dulu semua benda nak kongsi) Raya sakanlah syaitan laknatullah. Kerana itu tujuan utama syaitan dan iblis. Memecah-belahkan.

Di mana roh ukhuwah islamiah kita? Bila salah seorang ahli usrah kita tidak hadir ke program-program, atau tidak menyelesaikan kerja yang ditugaskan sedangkan program akan dilancarkan dalam tempoh yang terdekat. Begitu cepat sekali kita menghukum,mengata, memburukkan. Berapa ramai yang bertanya pada sahabat itu untuk mendapatkan keadaan/sebab yang jelas? Memberi pertolongan sekiranya dia memerlukan? Meringankan beban sekiranya dia terbeban?

Amat jarang sekali kita temui, orang yang bersahabat kerana Allah. Ikhlas persahabatannya.
Orang yang bersahabat kerana Allah, tujuan utamanya ialah Allah. Bagaimana pun sahabat kita telah melukai perasaan kita, kita kembali pula pada Allah. Memang sudah sifat manusia yang tidak sempurna, penuh kekurangan. Apabila timbul rasa sakit hati kita, benci, dendam, marah, ingat kembali pada Allah. Ini ujian persahabatan. Terimalah dia seadanya. Ramai yang berkata, “Asyik kita ja yang buat baik, dia tak ada pulak nak fikir perasaan kita”

Sahabat,
Kita kembalikan perasaan itu kepada Allah. Sebaiknya biarlah tuhan sahajalah yang membalas apa yang perlu kerana Dia Maha Mengetahui. Apalah sangat jasa-jasa kita pada orang lain? Lembutkan hati, maafkanlah…. Ada dua perkara yang harus kita lupakan. Yang pertama; kejahatan manusia pada kita dan kedua; kebaikan kita pada manusia lain.

Marilah ikhlaskan hati kita dalam apa jua perbuatan. Seperti doa Nabi Muhammad, idola dan contoh terbaik kita, “Ya Allah, engkau maafkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengerti.”
Sekiranya kita terluka, dan disakiti, berdoalah; “Ya Allah, maafkanlah sahabat, teman, saudaraku yang kucintai ini, kerana sesungguhnya dia tidak mengerti (barangkali dia terlepas pandang, tidak peka, tak sedar yang dia telah melukai perasaan kita) Berilah petunjuk kepada kami, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. Engkaulah Yang Maha Memahami.”

“Mengapa perlu bersedih akan hakikat kejadian manusia?
Sememangnya mereka itu tidak mengerti dan selalu lupa,
Mahu bila memerlukan sahaja,
Aduhai hati, maafkanlah….”
Sebarkan “ukhuwah fillah” melalui hati tulus kita! ^___^
-aulia huwaina-

0 bisikan:

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino