1/28/2011

Umar


Ada satu cerita ni, 

sweeet sangat eh? :D

hehe. 

ada seorang laki ni, nak mengadu pada Saidina Umar, tentang perangai isterinya yang tidak disukai.

dipendekkan cerita,  (nak cepat)

bila dia datang rumah Amirul Mukminin tu, dia dengar Umar kena marah dengan isterinya. Umar diam ja. Lelaki tu pun, cepat2 nak balik. yalah, ingat nak mintak nasihat, rupanya Umar pun sama dengan dia, kena marah dengan isteri. alahaii.

tapi Umar sempat tahan dia.

dipendekkan cerita, (sekali lagi)

lelaki tu cerita la pada Umar. nak tahu Umar kata apa?

"Bersabarlah. nanti kalau kita mati, kita akan aman daripada leteran dia. tapi, kalau dia mati dulu, kita akan rasa sepi daripada leteran dan marah dia."

ok, ini versi aulia. kalau yang full version punya, cari sendirilah ya. ^__^

itu sahaja. 



ayat-ayat cinta.


"Jika cinta sudah dimiliki, sudah semestinya dia sanggup diuji.
 Semakin berat ujian yang diterima 
maka semakin tinggi tahap kecintaannya kepada Allah." 




:D




ok. itu sahaja.

Binalah Baitul Muslim Yang DiredhaiNya.


Kehidupan adalah pelayaran menuju ke destinasi yang abadi. Jika dahulu kamu belayar sendirian, kini kamu berdua dalam pelayaran untuk mengharungi badai gelombang yang merbahaya dan ganas ini. Ramai yang tersungkur lantaran terpukau dengan cahaya sang suria dan keindahan wajah bulan serta kerdipan sang bintang.

Mereka leka, sedang yang menunggu mereka adalah kehidupan yang amat panjang dan tidak diketahui untung nasib mereka. Janganlah kamu hidup seperti mereka, menjadikan hawa nafsu sebagai raja lalu hati menjadi gelap sehingga tertutup ia dari pancaran Nur Allah yang terang dan nyata. Apakah pentingnya hidup ini bagimu jika kehidupan dipenuhi dengan impian yang palsu, amalan-amalan yang batil, hidup dengan ketawa keriangan, dan airmata dititis kerana dunia. 

Fahamilah..
Tiada keindahan hidup ini jika amanah Allah tidak didahulukan. Amanah Allah adalah Agamanya. Hidup bukannya untuk mengutamakan nafsu perut dan kepuasan yang membutakan, tetapi hidup adalah ujian kesetiaan diri dengan Tuhan, hidup adalah untuk mendahulukan ajaran-Nya bukan ajaran nafsumu dan syaitan. 

Sahabatku yang dikasihi..
Kini engkau melangkah ke dunia baru, dunia kepimpinan, dunia yang diujikan kepadamu seorang yang bernama wanita. Dia mempunyai sifat dan citarasa yang berlainan denganmu, halus perasaannya dengan satu harapan dan impian. Bimbinglah tangannya ke syurga jannah. Temukan ia dengan Tuhannya, temukan ia dengan Nabinya, temukan ia dengan hamba-hamba yang bertakwa. Peliharalah ia baik-baik kerana ia adalah hadiah dari Tuhanmu, jangan terlalu keras dan jangan terlalu lembut. 

Bertegaslah kamu dalam urusan akhirat dan berlemah lembutlah kamu dalam urusan dunianya. Isterimu adalah bakal menjadi ibu kepada anak-anakmu, sempurna engkau mendidiknya, nescaya sempurnalah anak-anakmu, sumbang engkau mendidiknya, sumbanglah anak-anakmu. 

Tidak ada yang menemukan perkahwinan kamu ini melainkan dakwah yang menemukannya. Persiapkanlah dirimu dan isterimu dengan ilmu dan amal agar setiap langkah perjalanan tersusun indah dan perkasa. Orang lelaki beriman adalah impian setiap wanita yang baik, ia adalah lambang kekuatan dan kegigihan, ia adalah lambang pelindung dan penghibur. 

Bentuklah ia mengikut acuan yang kamu inginkan dengan kasih sayang dan ingatlah, menyalahkan kesalahan isteri apabila kamu bersalah adalah melambangkan kelemahan peribadimu. Jadikanlah dirimu tiang yang kukuh untuk isterimu berpaut ketika ujian dan masalah menimpa rumahtanggamu. Jangan engkau tonjolkan kesusahanmu kerana isterimu tidak mampu bergembira jika engkau bersedih. Isterimu adalah teman yang terbaik dan yang paling dipercayai. 

Saudari yang dikasihi..
Kini engkau melangkah ke alam dewasa. Dewasakanlah pemikiran dan jiwamu. Suami adalah hadiah dari Tuhanmu, syurga adalah dibawah keredhaannya. Bermujahadahlah terhadap nafsumu untuk melayaninya dengan baik dengan senjata kasih sayang. Di akhir zaman ini amat sedikit wanita yang solehah sehingga Nabi bersabda umatnya yang paling ramai ke neraka adalah di kalangan wanita. 

Nekadlah dirimu, tundukkan khayalanmu, keredhaan Tuhan yang dicari dengan berwasilah keredhaan suamimu. Janganlah kamu layannya seperti kawanmu atau saudaramu atau keluargamu, ia adalah lebih dari mereka. Hidupmu kini bukannya untuk menyukakan hati keluarga dan saudaramu tetapi adalah untuk suamimu, ia amat berat tetapi itulah jalan ke syurga. 

Hati yang mantap imannya akan merasai manis dengan ujian dan merasa sengsara dengan nafsu. Wanita yang solehah adalah wanita yang suaminya merasai puashati terhadap layanannya. Janganlah kamu angkuh dengan layananmu kerana belum tentu suami menyukainya. 

Hidupmu kini memasuki pelajaran yang baru iaitu pelajaran mengenali suami, apa yang ia suka dan apa yang ia benci, mengenali wataknya dan mengenali kehidupannya. 

Ia adalah bakal ayah kepada anak-anakmu. Kamu mestilah juga bertindak menjadi penasihat ketika dia lupa, tegurlah dia baik-baik dan jangan sesekali merendahkannya atau membandingkannya dengan lelaki yang lain. Kerana Asiah terus berlemah lembut dengan kekejaman Firaun, maka ia menjadi wanita tauladan. 

Jadikanlah keluarga kalian sebagai keluarga dakwah dimana bila manusia melihat rumahtangga kalian, mereka bagaikan melihat cahaya Islam yang memancar indah. 

diambil daripada aisyah humairah.

1/23/2011

bila cinta kita diuji. apa reaksi kita?




Dulu, Aulia selalu tertanya-tanya betul ke...

"syurga itu memang dikelilingi dengan perkara-perkara yang manusia tak senangi dan sememangnya menagih seribu satu pengorbanan. jalannya juga penuh ranjau dan duri. 
hanya sedikit yang berjaya memperolehi syurga."

perjalanan yang sepi ini pasti meriah dengan suka duka teman jika ada yang mahu menemani
cinta kita sedang diuji bukan?

betul ke?

benda apa yang manusia tak suka sangat?
pengorbanan yang macam mana? teruk sangat ke?
sakit sangat ke?
kenapa sikit sahaja yang berjaya?
memang susah ke??

Ya, memang susah.

Ujian datang mengikut kadar kemampuan seseorang hamba, berdasarkan tingkatan imannya. semakin tinggi dugaannya, semakin besar ganjarannya.
ibarat banyak kerja yang kita buat, banyakla upah yang kita dapat. kan kan?

tapi, Ya Allah....
ujian, musibah, dugaan, dan seangkatan dengannya...
Hanya tuhan Yang Maha Mengetahui.
Hanya Dia Yang Maha Memahami.
memang aku tertipu jika hanya mencari ketenangan di dunia

Seorang ulama' pernah berkata, jangan mengadu pada yang tidak mengasihi kita.

Dan, yang paling mengasihi kita hanyalah Allah. Pada siapalah lagi yang paling layak mendengar tangisan hati kita, yang benar-benar memahami betapa peritnya hidup di dunia yang fana ini.

Susah hidup di dunia ini?

Baguslah! jikalau masih ada rasa susah dan derita kerna hidup di dunia. kita berjuang di dunia, untuk mencari bekal di akhirat. bukan untuk hidup bersenang lenang di dunia. 


orang juga cakap, dekatlah dengan Allah, hati jadi tenang.

tapi, sebelum nak dekat dengan Allah, banyak usaha yang kita perlu lakukan. bukannya semudah petik jari je.

hukumnya mudah sahaja. contohnya, kita nak jumpa raja, nak berbual dengan raja. kita perlu buat urusan itu ini, ikut kehendak Raja, macam-macamlah. boleh ke senang-senang kita lepak2 dengan raja kat kedai kopi?eheh..

nak rapat dengan Allah memang memerlukan satu keiltizaman yang kuat.



jihad.

mudah benar sebut perkataan tu. realitinya, semua orang sedang berjihad dan berapa ramai dah yang kecundang tanpa disedari?

alahai, dunia...
engkau memang tidak layak untuk ditangisi kami.

tapi, saya tetap menangis. kelakar. :p

ahaha :D
soooo true

bagi saya, orang yang hebat ialah orang  yang masih mampu  tersenyum dan ketawa walau dugaan melanda.
tetap tenang.

Rasulullah s.a.w. kuat jiwanya. ^__^

1/21/2011

hadiah.




haa..siapa pernah dapat hadiah?

angkat tangan, angkat tangan!

mesti pernah kan?

 :D

ok. tapi kali ini saya tak mahu sentuh tentang si penerima hadiah.
saya nak sentuh tentang SI PEMBERI HADIAH. 

pernah tak anda alami suatu keadaan di mana anda memberi sebuah hadiah pada seseorang.

anda memberinya dengan penuh kasih sayang.

anda memberinya dengan penuh harapan yang dia akan gembira dan senang hati akan pemberian tersebut.

anda tidak mengharapkan sebarang balasan.

cukuplah dia bahagia, dan,

sekurang-kurangnya dia mengenang anda.

ohhh..so sweeeet. hehe. <3

tapi, lain yang jadi. pemberian anda dikritik. anda langsung tidak dihargai. segala usaha anda diperlecehkan dan dilekehkan. dia BENCI dengan pemberian anda. dia tak mahu pun dekat dengan anda.

apa yang anda rasa?

ok. cuba kenang kembali.


bagaimanakah sifat kita apabila menerima pemberian daripada Allah?


adakah cukup kita bersyukur?
adakah cukup kita rasa berterima kasih padaNya?
adakah makin dekat kita denganNya?

atau

kita caci pemberian Allah?
kita tak sabar dengan apa yang menimpa?
kita sombong untuk menadah tangan untuk merendah diri memohon lagi?
kita begitu cepat berputus asa?
kita jauh, jauh daripada Allah.

Renungkan kembali.....


Adakah cukup kita bersyukur 
atas segala pemberianNya selama ini?

1/16/2011

Haii..mengidam.


pernah tak anda alami suatu keadaan anda pergi merayau-rayau di shopping complex cuci mata (sebab tak ada duit nak beli apa-apa, keje ikut orang saja) dan anda terlihat sesuatu yang terus membuatkan anda jatuh cinta dan begitu teringin untuk memilikinya?


saya pernah.


saya begitu berkenan dengan sebuah beg yang sangat cool. memang best. saya suka, tapi saya tak ada sebab kenapa saya sukakannya. eh?

ni ha!


saya tipu! hehe. tak nak tunjuk kat sini. nanti orang lain berkenan. jeles!




tetapi memandangkan saya  ni tiada duit, (student lagilaaa) saya pun kumpul duit perlahan-perlahan. Memang benar-benar menagih pengorbanan, memendam rasa. ish, nak beg cepat-cepat tak mampu lagi. :'(


tapi, tak apa,saya kumpul duit dan lakukan apa yang terdaya dengan mata yang berbuntang-buntang bersinar penuh harapan. chewah.


sampailah masanya. huhu~ seronok. boleh beli, yay!


dan anda terlihat seorang wanita yang lebih elegan, kaya, sempurna, elegan, (saya ulang lagi) ambil beg tu, dan dia cukup berkenan dengan beg tu! auwww~! 


apa yang patut anda harapkan pada waktu itu? mengharap yang dia letakkannya kembali? sebab dah tak ada dah pattern beg yang serupa macam tu. For me, it's exclusive, youuu..haha.


kemudian, saya sedar. segala apa yang  kita suka di dunia ini, tak semestinya kita harus miliki. Kadang kala, ada sesuatu yang kita perlu korbankan demi barang yang kita suka. eh, yeke? hehe, contohnya,saya sayang laptop saya. Bila rosak, saya kena korbankan duit. huu~~


jadi, begitulah..


kalau saya beli beg tu, beg tu akan diganyang oleh saya (haha). bubuh macam-macam dalam tu, berat, dan mungkin akan terkoyak. saya lasak, malas jaga barang. kalau barang tu tak tahan lasak, kejap sahaja mungkin barang tu rosak. herm..


mungkin lebih baik jika perempuan kaya tu yang beli beg tu, kan? 
sekurang-kurangnya beg tu akan terjaga elok.


kenapa beg?


beg ialah sesuatu yang sangat dipercayai manusia yang bernama wanita untuk meletakkan semua barang-barang penting dalam tu. mereka akan bawa ke mana sahaja. dan bagi saya, bila saya dalam kesusahan, saya akan tengok dalam beg. ada fon tak? ada pen tak? beg sangat penting dalam hidup wanita.hmm..macam tulah...lebih kurang...


"o, yang terbaik kau tolak, habis kau nak ambil yang buruk-buruk saja?"
"saya tak rasa saya layak untuk mendapatkan yang terbaik"
"pernah kau cuba untuk jadi yang terbaik? habis tu kau nak ambil la yang buruk-buruk,, macam tu baru layak, sepadan dengan kau?"
"mungkin."
"kenapa suka sangat beg tu? boleh cari yang lain kan?"
"tak ada sebab. cuma, beg tu lain daripada yang lain. there's something.." 
"kalau nak sangat, ambilla.."


boleh ambil, 
tapi...
saya akan rasa sakit hati jika lihat beg tu terkoyak bila saya guna nanti. saya akan sumbat macam-macam. beg tu mungkin akan kotor sebab saya selalu bawa dia. saya akan sedih melampau-lampau kalau beg tu hilang.. 


"KENAPA?"
"sebab saya sayang sangat beg tu. saya akan rasa bersalah jika beg tu rosak di tangan saya. 
macam mana kalau saya dak dapat jaga beg tu? sedangkan pada awalnya saya begitu beria-ia nak beg tu, janji pada ramai orang yang saya takkan berkenan dah dengan beg lain, saya akan setia dengan beg tu." (cewah)


Jadi, beg...
kalau anda sanggup bersusah-susah bersama saya, tahan lasak bila bersama saya...
why not?


heheh. beg tak boleh cakap kan? 
tapi manusia boleh!


>>seharusnya apa sahaja yang berasal daripada dunia ini tak wajar kita terlalu idamkan dan tangisi bila kehilangan. memang benar, dunia tak layak membuatkan hati kita sedih. tapi, dunia jugalah yang membantu, yang menjadi bekal perjalanan akhirat kita. kita cakap dunia tak penting. tipu! dunia memang penting. akhirat jugaaaa penting. okey.


ini kisah benar. serius.


p/s: nak sangat beg tu. sangat, sangat!

1/13/2011

tak usah pilih aku.


"Sudah ini jalan hidupku, jalan yang ku pilih. jalan yang penuh ranjau dan duri. 
jalan yang menagih seribu satu pengorbanan...sekadar membina impian memang mudah. 
Realitinya, engkau akan ditinggalkan. Hanya yang setia menemani" 

~Aulia~

Siapa yang sudi menemani aku?

:D

HAHAH..!!



jika impikan kebahagiaan semata bersamaku,
pergi sahaja dari hidupku.

jika idamkan kesenangan semata bersamaku,
pergi dari hidupku.

jika mimpikan kemewahan semata bersamaku,
pergi jauh-jauh dari hidupku.

engkau takkan capai semua itu jika bersamaku.

kerana..

lingkaran hidupku kelam, susah, payah, 

acapkali engkau akan temui dirimu jatuh terluka, 
menangis,
berasa lemah,
terjerat dalam ketidakyakinan.

mahu?

pergi jauh daripada hidup aku jika 
mahu senang di dunia fana ini.


Without the love of man, a person can live. But without the love of God, man must be miserable. Similarly, God promises a very definite validity. For that, people do not need to mourn when the world no human being can be loved to own. Love to God, is a genuine love and never cracked.




Buat mereka yang telah meninggalkan aku dalam perjuanganku.
Juga jutaan penghargaan bagi mereka yang sanggup menderita bersama-samaku selama ini....
Bukan aku yang memiliki hati-hati kalian. Allah pemilik yang Maha Berhak.
Aku serahkan kalian pada Allah. Cukup hanya Allah.










Pasrah.


Alhamdulillah..

biarlah..bukan sekali jadi begini..
kali ini, aku pasrah sahaja.
aku serahkan hati-hati tersebut hanya pada Allah taala.

biarlah..

*Pasti ada yang lebih baik.
*Pasti ada ketentuan yang lebih baik
*Pasti yang hancur itu akan berganti

aku redha..

telah ku pilih jalan ini dan....
tinggalkan semalam.

sungguh manusia itu sering mengecewakan.
apa yang menyatukan kita?

Hanya Allah.
Cukup hanya Allah.

manusia,
datang dan pergi.

datanglah.
pergilah.
kembalilah juga.
aku tidak kisah.

1/12/2011

Feminine!




eeewww..

blog aulia dah tukar kaler pinky pinky la pulak dahhh..

bukanlah aulia memusuhi warna pink, cuma...feminin tu macam tak sesuai sangat dengan aulia. haha.

hmm...gatal2 tangan lah pula malam ni. T__T

1/07/2011

Memahami Musibah Daripada Persepsi Positif


Hidup kita di muka bumi ini sering dilanda ujian, dugaan dan musibah. Selalu kita dengar nasihat daripada teman-teman dan sesiapa jua yang menggalakkan kita bersabar, seperti ungkapan ini :

“ Bersabarlah, ini ujian daripada Allah, ada hikmah di sebaliknya... "

Bagaimanakah biasanya penerimaan kita tatkala mendengar ungkapan ini?

Apakah reaksi kita sendiri apabila kita ditimpa musibah dan ujian?

Rata-rata masyarakat sekarang, samada yang memberikan nasihat atau yang menerima nasihat, tidak memahami konsep ungkapan tersebut daripada perspektif yang positif. Malah ada yang memandang negatif atau pun meluat apabila dinasihati supaya bersabar dengan musibah yang melanda. Secara tak langsung, kita sebenarnya menyalahkan takdir ataupun lebih tepat lagi telah bersangka buruk dengan Allah.

Hikmah apa?

Apa hikmahnya?

Nak bersabar macamana lagi?

Aku dah tak ada kesabaran lagi dalam diri aku ini!! Kenapa aku ditakdirkan untuk melalui perkara ini? Aku tak sanggup untuk menderita lagi dan seterusnya.

Firman Allah dalam Hadis Qudsi :

Barang siapa yang bersangka buruk pada-Ku, nescaya Aku akan mengikuti sangkaan-sangkaan buruk hamba-Ku itu.

Mengapakah Allah amat melarang kita daripada bersangka buruk (negative thinking) pada-Nya dalam apa keadaan sekalipun? Walaupun sedang ditimpa musibah?

APAKAH ITU MUSIBAH

Musibah berasal daripada kata ashaaba, yushiibu, mushiibatan yang bererti segala yang menimpa pada sesuatu perkara berupa baik kesenangan mahu pun kesusahan.

Namun, umumnya difahami musibah selalu diidentitikan sebagai kesusahan. Padahal, kesenangan yang dirasakan pada hakikatnya musibah juga. Dengan musibah, Allah hendak menguji sesiapa yang baik amalnya.

''Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.'' (QS Al-Baqarah:155)



Kami membuatkan segala yang di bumi untuk perhiasan baginya, dan supaya Kami menguji siapa antara mereka yang paling baik dalam amalan. (Al-Kahfi: 7) 


Ada tiga golongan manusia dalam menghadapi musibah : 


a. Pertama adalah golongan yang menganggap bahawa musibah adalah sebagai hukuman dan azab kepadanya. Sehingga, dia selalu merasa sempit dada dan selalu mengeluh. 


b. Kedua, golongan yang menilai bahawa musibah adalah penghapus dosa dan dia tidak pernah menyerahkan apa-apa hal yang menimpanya kecuali kepada Allah. 


c. Ketiga, golongan yang meyakini bahawa musibah adalah ladang peningkatan iman dan takwa. Golongan yang seperti ini selalu tenang serta percaya bahawa musibah itu, Allah menghendaki pada kebaikan bagi dirinya. 


Dalam Hukum Tarikan, kita telah mempelajari bahawa fikiran negatif akan menarik tenaga berfrekuensi negatif kepada kita, dengan bentuk cetusan minda yang kita pancarkan tadi. Firman Allah dalam Hadis Qudsi tadi telah membuktikan hukum ini. Tetapi bagaimanakah untuk tetap bersangka baik walaupun kita sedang mengalami satu situasi yang kita rasakan amat sulit untuk kita bersabar dan bersangka baik? 


Disini, amat penting untuk kita memahami dari persepsi positif tentang sesuatu musibah yang melanda. Kita ambil contoh : 


Senario pertama 


Seorang lelaki yang mengalami sakit pada dadanya. Dia kemudiannya datang berjumpa doktor untuk meminta rawatan dan pertolongan. Setelah diperiksa, maka dia disahkan mengalami kerosakan pada jantung dan perlu dibedah. Ketika dibedah, doktor akan melakukan perkara-perkara yang kita nampak seperti kejam contohnya, membelah dada pesakit, darah yang memercik keluar, dan segalanya yang amat mengerikan. 


Tetapi mengapa kita membenarkan perkara ini berlaku tanpa ada rasa marah pada doktor itu? Mengapa kita boleh bersabar menunggu hingga pembedahan selesai, sehingga luka-luka tersebut sembuh, dan akhirnya jantung pesakit itu berjaya diubati, malah pesakit itu berterima kasih pada doktor tersebut? 


Ini adalah kerana kita faham, bahawa doktor tersebut bukan berlaku kejam atau sengaja hendak menyeksa pesakit tersebut. Sebaliknya doktor itu bertujuan untuk merawat dan menolong pesakit itu, tetapi terpaksa melalui proses pembedahan yang menyakitkan. 


Senario kedua 


Kereta anda telah cukup tempoh untuk digantikan timing belt. Anda ke bengkel kereta untuk menggantikan timing belt yang baru. Mekanik akan membuka dan membawa turun enjin kereta anda dan ketika ini kereta anda yang amat anda sayangi kelihatan tak ubah seperti himpunan besi buruk yang berselerak, ketika mekanik sedang melakukan proses memasang timing belt itu. Tetapi anda tidak merasa marah atau runsing kerana anda tahu, selepas segalanya selesai, kereta anda akan kembali seperti keadaan asal. Anda juga sanggup menunggu kereta anda disiapkan dengan sabar. Semua ini adalah kerana anda memahami apa yang berlaku. 


Cuba kita renungkan sejenak, dalam kehidupan kita , kebanyakan perkara atau benda yang ingin kita menambahbaik (upgrade) atau ingin dibaiki, pasti akan melalui proses yang membabitkan keadaan tidak selesa/berselerak/bersepah atau buruk, ketika proses upgrade tadi dijalankan. Tidak kira apa jua senarionya, seperti membetulkan sistem paip di dalam rumah, membaik pulih jam tangan, rumah, komputer dan sebagainya. Tetapi apa yang kita tahu, sebaik sahaja proses membaik pulih ini selesai, segalanya akan menjadi lebih baik dan lebih produktif. Seperti komputer yang telah diupgradekan, ditukar RAM dan lain-lain, ianya akan berfungsi lebih laju dan efisien. 


Maka begitu jugalah dengan sesuatu musibah yang melanda diri kita. Bukankan kita semua selalu mendengar dan bersetuju dengan ungkapan ini : 


" Yang baik itu dari Allah, yang khilaf itu dari kelemahan manusia sendiri... " 


Benar! 


Allah hanya memberikan yang terbaik sahaja pada semua hamba-hamba-Nya. Maka cubalah kita ubah pandangan kita terhadap apa jua musibah yang melanda diri kita kepada 'proses pembaikan/perawatan' dari Allah supaya diri manusia itu bersedia untuk menerima kebaikan yang ingin diberikan Allah pada manusia itu, kerana, mungkin sekiranya tanpa melalui suatu proses pembaikan/perawatan hamba tersebut tidak dapat/tidak bersedia untuk menerima pemberian yang ingin diberikan kepadanya. 


Maka kerana itulah, kita selalu mendengar ungkapan : 


Apabila Allah ingin memberikan kebaikan pada hamba-hambanya, Dia akan mulakan dengan musibah. 


Maka sekarang kita lebih nampak dan faham apakah sebenarnya musibah itu, dan faham apakah yang dimaksudkan dengan 'ada hikmah disebaliknya'. 


Sebenarnya, apabila dilanda musibah, kita perlu memahami/ beranggapan bahawa apa yang kita doakan telah dimakbulkan Allah maka kerana itulah, proses pembaikan/rawatan ini melanda kita, kerana sesuatu yang kita doakan/hajatkan selama ini telah dimakbulkan. Bukan sahaja dalam kes penyakit, musibah boleh juga dalam bentuk kegawatan ekonomi, masalah rumahtangga, masalah anak-anak, kerjaya dan sebagainya. Selidikilah dan renung-renungkanlah, apakah yang kita pernah doakan dan apakah sebenarnya sedang kita lalui dalam apa jua masalah hidup yang melanda kita. 


Seperti diterangkan pula dalam hadis sahabat Abu Hurairah bahwa Nabi S.A.W bersabda : 


“ Tiada apapun yang menimpa seorang Mukmin berupa bencana dan menderita kesusahan, kecuali semua itu menjadi sebab untuk menghilangkan dosa-dosanya. ” 


(HR Bukhari dan Muslim). 


Sahabat Ibnu Mas’ud juga meriwayatkan dari hadis lain, ia menyebut : 


“ Bahawasanya tiada seorang muslim pun yang tertimpa kerosakan dan penyakit, atau bencana yang lebih ringan lagi, kecuali Allah Ta’ala akan menggugurkan dosa dosanya, bagaikan gugurnya daun dari dahan pohon. ” 


Ummul Mukminin Sayidatina Aisyah ra. meriwayatkan pula sabda junjungan Rasulullah S.A.W : 


“ Barangsiapa diuji dengan beberapa kesulitan, dan ia dapat mengatasi kesulitan itu dengan ketabahan dan menerimanya dengan ikhlas, tertulis baginya di sisi Allah dengan darjat yang mulia dan dihapus dosa dosanya. ” 


Seorang muslim yang soleh tidak boleh mengira dan berprasangka bahwa Allah tidak memperhatikan lagi dirinya. Ini adalah su'uldzon dan pandangan yang negatif dan dangkal. Seorang muslim memandang Allah tidak semata mata daripada segi pemberian Allah yang jelas dan dirasakan daripada sisi material semata-mata, akan tetapi ia harus melihat pemberian Allah dari sisi yang lain yang tidak dapat dilihat dan dinyatakan dengan mata kepala. 


Seorang hamba hendaklah dapat merasakan pemberian Allah sebagai anugerah, maka ia pun harus dapat merasakan ujian dari Allah itu juga suatu anugerah kasih sayang daripada Allah SWT. Hikmahnya seorang hamba dalam keadaan kesusahan, atau sedang tertimpa bencana, ia akan bertambah dekat kepada Allah Swt. Dengan dekatnya si hamba kepada-Nya, maka akan berlimpahlah kasih sayang kepada si hamba. Itulah anugerah yang tidak ada taranya. Orang yang keimanannya tebal, akan menerima setiap bencana, selain sebagai ujian atas keimanan, termasuk Allah menunjukkan kasih sayang dan rahmat-Nya kepada si hamba, sebagai bukti Allah adalah Rabbun (pengasuh, pendidik) bagi alam semesta dan seluruh makhluk-Nya. 


Nabi Muhammad Saw dalam hal ini bersabda, 


“ Allah Ta’ala menguji seorang hamba dengan bencana. Apabila si hamba sabar menerima, maka ia termasuk pilihan. Apabila ia reda menerima, maka ia termasuk orang istimewa.” 


Antara tindakan yang boleh kita lakukan setiap kali merasakan kita dilanda musibah. 


1. Kita diajarkan untuk mengucapkan kalimah : Innalillahiwainnailaihirrojiuun (dari Allah ia datang, kepada Allah ia kembali) 


Ucapkanlah, dan berdoalah semoga musibah itu sebentar sahaja dan berdoa memohon kekuatan dalam menghadapinya. Ini diajarkan sendiri oleh Allah kepada kita. Mengapa kita tidak mahu mengamalkannya? Sama seperti amalan membaca Bismillah sebelum makan. 


2. Rasulullah S.A.W bersabda : 


" Berselawatlah padaku di permulaan musibah itu adalah sangat baik sekira kamu mengetahui. " 


Rasulullah menyarankan supaya berselawat padanya ketika saat permulaan mengalami apa jua musibah/masalah. Berselawat keatas Nabi adalah bermaksud mendoakan kesejahteraan Nabi seperti : Allahumma solli ala saidina muhammadinnabiyyil umiyyi 


Mengapakah mendoakan kesejahteraan Nabi, sedangkan kita yang dilanda masalah? Ramai yang tidak menyedari akan khasiat daripada mendoakan Nabi S.A.W. 


Sabda Nabi S.A.W : 


" Sesiapa yang berselawat kepadaku (mendoakan kesejahteraanku) sekali (1 kali), maka Allah akan memberikan kesejahteraaan kepada sesiapa yang berselawat tadi sebanyak sepuluh (10) kali. " 


Lihatlah betapa besarnya fadhilat berselawat ini. Nabi S.A.W adalah kekasih Allah, diturunkan ke bumi ini sebagai Rahmatallilalamin (rahmat buat sekalian alam). Maka mendoakan untuk orang sangat dikasihi Allah, Allah akan membalas sepuluh kali ganda pada orang berdoa tadi. Maka selalulah kita berselawat dengan ikhlas, tidak kira di waktu senang atau pun susah. Tidak perlu tunggu hingga menerima musibah untuk berselawat. 


3. Bersangka baik dengan Allah (Husnuldzon/Positive Thinking) kepada Allah. 


Kenalilah Allah yang kita sembah itu dengan persepsi yang betul dan benar dengan mempelajari dan menghayati sifat-sifat-Nya yang telah diajarkan kepada manusia. Juga dari 99 nama Allah, kita dapat belajar sifat Allah. 


Sekiranya kita melihat seorang gadis yang cantik rupawan, acapkali kita terpanggil untuk melihat gadis itu sekali lagi, kerana apa? Kita terpegun dengan kejelitaan wajah gadis itu. Maka cuba kita fahami bahawa Yang Menciptakan gadis tersebut tentulah lebih indah, lebih cantik, sepertimana yang diriwayat bahawa di dalam syurga kelak, apabila Allah membuka hijab-Nya kepada manusia, para ahli syurga akan terpegun dan ternganga melihat kecantikan dan keindahan Allah hingga tidak berkata apa-apa selama 40 tahun. 


Ini baru sifat-Nya yang Maha Indah dan Maha Sempurna. Bagaimana dengan sifat-sifat-Nya yang lain seperti Maha Pengasih, Maha Penyayang? 


Allah memberitahu kita, Dia amat menyayangi hamba-hamba-Nya melebihi seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya. Bolehkah kita fahami betapa besarnya kasih sayang yang sebegini rupa? Maka wajarkah kita mengatakan Allah itu tidak adil? Pilih kasih? Kejam dan sebagainya yang hanya merupakan sangkaan buruk yang tidak benar? 


Ubahlah persepsi kita pada Allah mulai sekarang, semoga Allah memberikan hidayah dan rahmat-Nya pada kita semua, semoga kita semua sentiasa dilindungi-Nya daripada persepsi yang salah dan memudaratkan diri kita sendiri. 




Ini BUKAN, tulisan Aulia. saya copy paste saja. 

sekian, terima kasih..

“Ukhuwah fillah”. Adakah sekadar mainan kata-kata??


“Saya sayang awak kerana Allah!”

“Kita bersahabat kerana Allah!”

“Ukhuwah fillah!”

Kita selalu mendengar ayat-ayat cinta ini bukan?
Ingin sekali saya bertanya, adakah kita menggunakan ayat-ayat ini sekadar di mulut sahaja atau kita benar-benar hayatinya, memahaminya, merasainya di sudut hati??

Pengalaman saya dalam hidup ini, dalam mana-mana jemaah usrah, persatuan, aktiviti, atau tempat kerja. (malah, saya yakin anda juga pernah mengalami keadaan ini) Berapa ramai di antara kita yang sanggup bersama-sama dengan sahabat-sahabat kita yang berada dalam kesusahan? Sanggup berkongsi derita, sanggup mengorbankan masa, sanggup merasai apa yang sedang sahabat dalam kesusahan itu tempuhi? Bukannya sekadar mengucapkan simpati lantas berlalu pergi!

Tanya kembali diri anda. Atas sebab apakah anda bersahabat? Kenang wajah-wajah sahabat anda. Kerana Allah atau kerana harapkan balasan?

Wajar jika saya katakan ramai di antara kita lakukan apa sahaja dengan mengharapkan balasan.
Kita lihat contoh mudah.

Kita bantu sahabat kita meringankan assignment atau menerangkan apa-apa yang dia kurang jelas. Bila kita pula begitu banyak kerja, kita cuma harapkan dia agar bantu meringankan sedikit beban kita. Paling kurang tolong buatkan kita air ke.. (contohla..) tapi dia langsung tak ada perasaan. Dibiarkannya kita terkontang kanting sendirian. Kita marah. Mula nak mengungkit ‘jasa-jasa’ baik kita padanya sebelum ini.

Di sini ingin saya katakan kedua-dua sahabat ini bukan bersahabat kerana Allah. Tetapi kerana kepentingan diri sendiri. Sahabat pertama langsung tidak mahu membantu kerana dia rasa itu bukan masalah dia. Dia tidak boleh menghayati kesusahan yang sahabat dia alami. Atau pun perkataan yang mudah untuk digunakan adalah kurang peka. Sahabat kedua pula jelas mengharapkan balasan. “Satu hari aku tolong kau, bila-bila kau tolongla aku balik.”

Situasi ini sudah saya lihat kerap kali berlaku dalam jemaah kita termasuklah sekecil-kecil persatuan atau kelab sehinggalah ke bentuk keagamaan yakni usrah dan badan dakwah. Malah tidak dinafikan, sering berlaku dalam persahabatan seharian kita. Kita marah, kita bergaduh, persahabatan yang dibina terus hancur. (padahal dulu semua benda nak kongsi) Raya sakanlah syaitan laknatullah. Kerana itu tujuan utama syaitan dan iblis. Memecah-belahkan.

Di mana roh ukhuwah islamiah kita? Bila salah seorang ahli usrah kita tidak hadir ke program-program, atau tidak menyelesaikan kerja yang ditugaskan sedangkan program akan dilancarkan dalam tempoh yang terdekat. Begitu cepat sekali kita menghukum,mengata, memburukkan. Berapa ramai yang bertanya pada sahabat itu untuk mendapatkan keadaan/sebab yang jelas? Memberi pertolongan sekiranya dia memerlukan? Meringankan beban sekiranya dia terbeban?

Amat jarang sekali kita temui, orang yang bersahabat kerana Allah. Ikhlas persahabatannya.
Orang yang bersahabat kerana Allah, tujuan utamanya ialah Allah. Bagaimana pun sahabat kita telah melukai perasaan kita, kita kembali pula pada Allah. Memang sudah sifat manusia yang tidak sempurna, penuh kekurangan. Apabila timbul rasa sakit hati kita, benci, dendam, marah, ingat kembali pada Allah. Ini ujian persahabatan. Terimalah dia seadanya. Ramai yang berkata, “Asyik kita ja yang buat baik, dia tak ada pulak nak fikir perasaan kita”

Sahabat,
Kita kembalikan perasaan itu kepada Allah. Sebaiknya biarlah tuhan sahajalah yang membalas apa yang perlu kerana Dia Maha Mengetahui. Apalah sangat jasa-jasa kita pada orang lain? Lembutkan hati, maafkanlah…. Ada dua perkara yang harus kita lupakan. Yang pertama; kejahatan manusia pada kita dan kedua; kebaikan kita pada manusia lain.

Marilah ikhlaskan hati kita dalam apa jua perbuatan. Seperti doa Nabi Muhammad, idola dan contoh terbaik kita, “Ya Allah, engkau maafkanlah kaumku ini, sesungguhnya mereka tidak mengerti.”
Sekiranya kita terluka, dan disakiti, berdoalah; “Ya Allah, maafkanlah sahabat, teman, saudaraku yang kucintai ini, kerana sesungguhnya dia tidak mengerti (barangkali dia terlepas pandang, tidak peka, tak sedar yang dia telah melukai perasaan kita) Berilah petunjuk kepada kami, wahai Tuhan Yang Maha Pengasih. Engkaulah Yang Maha Memahami.”

“Mengapa perlu bersedih akan hakikat kejadian manusia?
Sememangnya mereka itu tidak mengerti dan selalu lupa,
Mahu bila memerlukan sahaja,
Aduhai hati, maafkanlah….”
Sebarkan “ukhuwah fillah” melalui hati tulus kita! ^___^
-aulia huwaina-

1/06/2011

------


sedih.

1/04/2011

Fikir Zikir





Hati yang selalu mengingati tuhan, Lidah yang basah senantiasa berzikir...
Fikiran yang sentiasa berpasak pada keagungan tuhan,
Indahnya.....

"  Jika kita hendak mengukur cinta Allah pada kita, ukurlah betapa dalam cinta kita pada Allah."

Segala-galanya terletak pada diri kita sendiri. Di mana Dia dihatiku??

Allahu rabbi...
Seringkali kita berzikir, terfikir pula, benar-benar khusyukkah kita? benar-benar ingatkah kita pada Dia Yang Maha Agung? Benar-benar sungguhkah kita memanggil Dia Raja segala Raja atau sekadar ucapan basi??

Astaghfirullahalazim...

Lantas, bagaimanakah hendak berzikir dengan khusyuk dan tenang? sehingga kita benar-benar dapat menghayati alunan zikir kita?

1.Ikhlas- pastikan hati kita benar-benar ikhlas dalam beribadat walaupun ianya semudah zikir. Janganlah kita terikut-ikut rentak orang yang berzikir laju, bernada tinggi dan keras sebaliknya lembutkanlah alunan zikir kita, biar ia menyentuh hati, menggetarkan gegendang telinga dan didengari minda.yakni, kita tahu apa yang kita sebut dan zikir itu hanyalah untuk Allah bukan untuk pujian manusia.

2.Kenali dan hayati sifat-sifat Allah. - zikir bererti kita memanggil-manggil Allah. Siapakah yang kita panggil itu? Kenalilah Allah, Dialah Yang Khalik, Yang Maha Agung, Yang Kudus... Apabila berzikir, hayati nama-nama tersebut, biar kehebatanNya dapat dirasai dan menggetarkan hati kita.

3.Pilih waktu yang tenang - carilah waktu yang kita dapat bersendirian dengan Tuhan, tidak diasak dengan urusan dunia, dan amukan fikiran yang bercelaru, seperti bangun di tengah malam. Mudah-mudahan hati kita tenang dengan berzikir.

4.Mengingati dosa -dosa lalu - memohon ampun pada Allah dengan bersungguh-sungguh apabila mengenang dosa-dosa kita yang lalu. Kenang juga akan hakikat kita sebagai hamba yang hanya mengemis dan mengharap kasih tuhan. Kenang juga akan segala nikmat yang Allah telah curahkan pada kita.

5.Menangis -hati yang keras kerana dosa pasti akan susah mengalirkan air mata. jika tak mampu menangis, berpura-puralah menangis dalam zikir kita. mudah-mudahan Allah sudi memandang dan menyahut panggilan kita.

6.Ketahui fadhilat (kelebihan) zikir- setiap kalimah ada kelebihannya tersendiri. Dengan mengetahui kelebihan mengamalkan ayat-ayat tertentu, dapat menambahkan keyakinan dan meneguhkan lagi amalan kita.Contohnya, memulakan setiap pekerjaan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim itu dapat mengundang keberkatan dalam pekerjaan tersebut. Mudah-mudahan dipermudahkan urusan.

7.Yakin - yakin, bahawa Allah sedang melihat, dan mendengar kita. Jika kita berzikir sambil lewa, Allah juga akan melayan panggilan kita sambil lewa.

Astaghfirullahalazim...peringatan untuk diri ini juga yang sering leka dalam mengingati Allah... (T__T)

Maafkan hati ini bila tak sempurna mencintaiMu..

1/02/2011

Penenang Jiwa


Apabila masalah hati melanda,
Terlalu banyak yang menimpa,
Satu harapan yang masih tinggal,
Buka Al-Quran untuk mendapatkan petunjuk!

dan...Ini yang Aulia jumpa.

Surah Ar Rum ayat 25 - 37

Ayat 25 :- kita begitu takut akan hala tuju kita yang seterusnya, "apa yang akan jadi?" "apa yang patut aku buat?" sedangkan Allah tu Maha Kuasa. tiada yang Mustahil bagi Allah! kenapa takut hidup di dunia?

Ayat 26:- segala apa yang ada semuanya adalah milik Allah! termasuk hati-hati manusia. andai kau menyeru ke arah kebaikan, tetapi tidak dipedulikan, siapakah pemilik hati itu? Allah! mahu seseorang berubah, Allah jualah yang berhak ke atas hati itu. bukan kita, bukan kita.

Ayat 27 :- Allah Maha Perkasa, Maha Bijaksana, tiada tandinganNya. tidak prlu takut akan makhluk. Bukan makhluk yang mengawal hidup kita. Tetapi Allah.

Ayat 28 :- Tidak layak taraf makhluk itu diletakkan setaraf dengan Allah swt.

Ayat 29 :- Pentingnya ilmu pengetahuan dalam menentukan sesuatu. bukan sekadar mengikut-ngikut keinginan kita. hukum sudah termaktub, syariat Allah perlu dipatuhi. mengapa nafikan hak Allah? semoga kita diberi petunjuk!

Jadi apa yang perlu dilakukan untuk
menenangkan jiwa yang takut ini?

Ayat 30 :- hadapkanlah wajah dgn lurus thadap Islam/ ikut seperti fitrah yang telah sedia Allah ciptakan untuk kita/ iaitu naluri beragama, kembalikan segalanya pada Allah. ikut kehendak Dia, InsyaAllah selamat. selagi kita tak mengundang kemurkaanNya, apa yang berlaku hanyalah ujian tanda sayang Allah.

Ayat 31 :- bertaubat! kedengarannya mudah, tetapi slalulah brtaubat akan kesalahan-kesalahan kita. bukan kadang2, bertaqwalah pd Allah yakni mnjauhi laranganNya dan mntaati perintahNya, laksanakanlah solat, jangan berlaku syirik! bila dah susah2, jangan pulak mintak tolong pada bomoh, contohnya.

Ayat 32 :- janganlah berpecah belah dan berbangga dgn jemaah yg kita sertai. jangan gaduh2 dan bermusuh-musuhan hanya perkara yang furu'. masing2 ada ijtihad masing2 kan? kita boleh brpecah hanya perkara berkaitan aqidah. contoh, kalau jemaah tu memang nyata syirik pada Allah, xbolehla kita ikut dia sekali. selain daripada itu, janganlah sewenang-wenangnya bermusuhan sesama manusia!

Mengapa memperbesarkan masalah?
lumrah manusia, dah dapat, lupa.
bila susah, terus putus asa.
jangan begitu!

Ayat 33 :- bila bahaya, tak mengapa mmohon pada Allah. jangan lupa Dia pula bila senang. jadilah hamba yang berbudi. Allah tak mintak balasan yang setimpal pun, cuma, panjatkanlah kesyukuran banyak2 pd Yang Maha Kuasa.

Ayat 34 :- bahaya istidraj-apabila tuhan berkata, "biarkan dia!" dek kerana kesombongan kita.

Ayat 35 :- Mengapa mesti mempersekutukan Allah? Mengapa sombong? Padahal semuanya kita pinjam daripada Dia.

Ayat 36 :-  Pandanglah akan nikmat ujian,, sekurang2nya dapat ujian, kita kembali pd Allah. kalau kita brterusan dlm kesenangan (istidraj) lepas tu mati, binasalah kita! xsmpat kmbali pd tuhan.

Ayat 37 :- Dalam mncari redha Allah, tunaikanlah hak kaum kerabat kita, orang2 miskin dan juga musafir. hidup yang mulia adalah hidup untuk memberi!

"Aku memohon ampun kpd Allah. Cukuplah Dia sebagai pelindung dan pemeliharaku. 
Yang menghilangkan kelaparan dan mengamankan jiwa daripada ketakutan"


Another hope.


Maaf semua!


Post-post yang lepas ni, banyak pulak pasal kahwin ya? hehe, entah kenapa, melimpah ruah sangat idea pasal bab kahwin. padahal tajuk buku yang Aulia baca sekarang Pengenalan Dakwah Ikhwan Muslimin, karangan Sai'd Hawwa.


Barangkali Aulia terkenang buku Cinta Di Rumah Hassan Al Banna karangan Muhammad Lili Nur Aulia. Menceritakan tentang pengasas Ikhwan Muslimin-alam rumah tangganya. wow, wow.   (Bukan Aulia yang karang okey.hehe ^__^) buku tu sangatlah menyentuh hati sekaligus menjulang rasa hormat pada kaum lelaki. heheh. :p




tapi baru-baru ni, ada TERview gambar-gambar kawan2 yg dating2, yg dah ber'couple'.............





nak cakap apa ya? bukanlah jeles. tapi kecewa.


alahai...penantian tu memanglah menderitakan. (ambil daripada sahabat aulia, Muqhlisah. tengs! kata2mu sangat benar!) tetapi, adakah itu sahaja matlamat hidup kita?


jadi, kepada hati-hati yang..... (isi sendiri)


-semoga cepat dipertemukan jodoh.
-semoga diberi yang terbaik.
-semoga diberi kelapangan dan dipermudahkan urusan.
-semoga memperoleh hidayah.
-semoga dirimu sentiasa terpelihara.
-semoga jangan lupa tanggungjawab selepas kahwin.
-semoga sentiasa berusaha menjadi yang terbaik.

hm..tak betah melihat kalian bergelumang dalam maksiat. alangkah bagusnya, jika cintamu untuk dakwah islamiah. tidak leka, tidak terbuai-buai dengan angan-angan. (T___T)


hm, maafkan diri ini jika lidah terkunci. Aku juga tak sempurna, tapi tak ingin lihat kamu terluka nanti!

skestsa hidup


hey, aulia.

dah 2011 dah niee.. dan ini masuk hari kedua.

eleh, apalah kisah sangat 2011 kan, tahun baru hijrah lagi dah masuk lama dah. sekarang dah 27 Muharram. (apa??cepatnya masa berlaluuu)



oh, post kali ni langsung tak berilmiah. ini luahan perasaan. blog dulu pun kena buang sebab banyak sangat luahan perasaan. oh tidaakkk.com.  sekarang ni mula balik habit dulu. alahaiii...auliaaa..

it's 2011. (again)


dulu masa kecik2 nak sangat jadi orang besar.orang besar ada duit sendiri, orang besar boleh gi jalan-jalan sendiri, orang besar boleh kahwin. oppsss.

skarang apa ada? apa-apa pun tak ada. (jangan ikut saya. kita harus bersyukur dengan apa yang ada, bila dah hilang baru nak menyesal!!) sorri... T__T

susah jugak jadi orang dewasa. aulia dah tuaaaa..... warhhh..rasa nak panjat gunung, menjerit puas2 kat situ then bertapa. boleh tak? (xpnah buat pun) hm.

hidup dalam angan-angan memang mudah, untuk mereleasasikannya (betul ke eja ni?cam pelikk) amatlah SUKAR!

dan sekarang, i'm almost not sure with everything! hey, kawan2! bagila semangat.. uhh..
dengan impianku, cita-citaku, harapanku, dan, bla bla bla..

saya tak putus asa. cuma...saya mengalami gangguan hati dan perasaan yang kritikal baru2 ni. oh tidaaak.com

*kene marah dgn boss -perkara biasa
*ada orang remove sy dpd 'friends' dia - biasalah tu, bila kita tak penting
*idolaku, (cewah, kononnya) dah macam hilang trust padakuu- biasalah tu, apa nak buat. berlaku kejadian xdiingini
*harapan demi harapan yang satu demi satu hancurrrr- biasalah tu, bukan semua kita dapat laksanakan
*oh, tidak. terlalu harap akan membinasakan okk. -biasalah tu, bila anda ada calon, dan calon anda tu menjadi calon orang lain. tragiss.
*dan, apa-apa sahajalah. dah lupa.

biasa yang sangatlah tak cool!

kalau ada ikon kartun yg boleh pilih, i would choose yg mata terbelalak, bdan lebam2, berjalan pakai tongkat, dan menggelar-geletar  merangkak. eh, tadi bukan pakai tongkat ke?

sy memg tgh stresssss. dan kalau jumpa dokter, i'm afraid they will make a conclusion yg sy ni kene panic attack. laa..wujud ke pnyakit macam tu? kelakar. (dan saya kena gunakan beg kertas dan bernafas di dalamnya.) haha, ketawa.

ok, saya positif sekarang. ^__^

walau apa pun yang berlaku, terus kuat ok! Allah itu sentiasa ADA. dan Allah lebih suka dekat dengan orang yang mahu dekat denganNya, yang sentiasa mengingatiNya, yang bersabar, yang bertaqwa...mereka itulah orang-orang yang berjaya. kaya jiwa. bruntunglah!

sahabat sekalian, prjuangan kita berbeza, tetapi jalan kita sama. Bersabarlah.

Salam mujahadah. ^__^

perasan tak? huruf e saya selalu hilang. pura-puralah tak nampak, okey. :p
 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino