1/01/2011

Mengapa pilih aku?



dan….mengapa aku pilih kamu?



Adakah kerana paras rupa utamanya?

Ketahuilah, rupa paras yang cantik atau kacak itu sememangnya tidak berkekalan. Tidak perlu menunggu usia tua, ujian boleh datang dalam pelbagai bentuk, mungkin dengan kemalangan, mungkin dengan sesuatu musibah, paras rupa kita berubah. Nauzubillah! Jikalau sebab itu yang menjadi punca aku memilih kamu, alangkah rapuhnya cintaku!



Adakah kerana kekayaanmu semata?

Ketahuilah, sememangnya tiada jaminan untuk itu. Mungkin hari ini kita sama-sama kaya. Lusa siapa tahu? Harta boleh datang sekelip mata dan boleh hilang sepantas itu jua. Siapa yang tidak mengharapkan kekayaan dan kesenangan? Apa yang penting ialah usaha, semangat, keyakinan, kepercayaan untuk terus maju sentiasa ada dalam diri. Jikalau aku hanya mendambakan kekayaan dan kesenangan sahaja untuk bersamamu, alangkah rapuhnya cintaku!



Adakah kerana keturunanmu sahaja?

Ketahuilah juga, keimanan bukan mutiara yang boleh diwarisi dengan begitu mudah. Apa yang penting bagaimana kita beriltizam dan berpegang teguh dengan keimanan dan perjuangan kita. Aku bersyukur jika engkau dilahirkan dalam keluarga islam warisan. Tetapi alangkah bersyukurnya lagi aku, jika engkau sentiasa mencari peluang untuk mentarbiyah diri. Orang yang biasa ditarbiyah, adalah orang yang kuat jiwanya! Jikalau aku pilih kamu hanya kerana engkau seorang bangsawan, dan hartawan, alangkah rapuhnya cintaku!



Adakah kerana agamamu?

Agama yang bagaimanakah kita bicarakan ini? Adakah bermakna pengetahuan agamamu begitu mendalam? Atau penghayatan kamu yang begitu tinggi terhadap islam? Atau pengiltizamanmu pada ajaran islam? Kesempurnaan yang bagaimanakah?



Teman sehidupku,



Aku pilih kamu memang kerana agama kerana:-



Daripada agama, tumbuhnya kesatuan cinta kita antara Sang Khalik dan utusanNya, serta perjuangan gerak kerja islam kita.

Daripada agama, mekarnya cintaku untuk mencintaimu yang telah menjadi pemilik hatiku.

Daripada agama, kita berganding bahu sama-sama menahan perit dan payahnya hidup di dunia fana ini.

Daripada agama, kita bersatu hati melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan kita dalam mengimpikan satu istirehat yang hakiki.

Daripada agama juga, Dengan Izin Allah, walau badai melanda, Allah akan selamatkan juga bahtera kita kerana berkah daripada keikhlasan dan kesabaran kita dalam berjuang.







Wallahualam. Mudah-mudahan dengan pembinaan Baitul Muslim, Islam akan lebih teguh dan mantap lagi. Semoga semua diberikan yang terbaik.

Salam perjuangan,

Aulia Huwaina. ^__^

2 bisikan:

Anonymous said...

insyaAllah enti..mitak izin share

Aulia Huwaina on January 3, 2011 at 12:43 PM said...

silakan.. mudah-mudahan bermanfaat. aulia hanya berkongsi saja... ^__^

Post a Comment

 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino