12/31/2010

Di ambang 2011


"Jangan pernah ucapkan selamat tinggal, tetapi katakanlah semoga berjumpa lagi."

Aulia sedih.

Masih teringat kenangan di ambang 2010 lepas. Setahun berlalu, bagaikan sebulan. Banyak yang menimpa..
Hairan. Kita minta dikuatkan iman, jiwa, diberi kekuatan, diberi ketabahan, ttapi ujian datang terus silih berganti.
Itulah Kebijaksanaan Allah Yang Maha Kaya.

Tetapi Aulia pelajari banyak benda :-

1. Allah sentiasa  Ada walaubagaimanapun keadaan kita.
2. Manusia datang dan pergi. Mereka meninggalkan kenangan yang pahit untuk dikenang, yang manis juga untuk dikongsi. Pahit kerana mereka telah tiada di sisi. Manis kerana kita pernah memiliki saat-saat itu.
3. Hati dan perasaan yang diuji. Petunjuk yang ku minta, keyakinan hati pula yang diberi. Itu sudah mencukupi untuk aku bertahan dalam menanti.
4. Tarbiyah dari Tuhan itu memang sangat berat, tetapi begitu berkesan dan terpahat di jiwa.
5. Hati yang sentiasa memburu tarbiyah dan mencari redha tuhannya, pasti akan terbuka jalan untuk menghampirkan diri dengan tuhan.

dan, banyak lagi.

Bersyukurlah ke hadrat ilahi atas usia yang masih dibekalkan. Kita tak tahu bila maut menjemput kita.
Mungkin malam ini?

Salam perjuangan sahabat sekalian. Moga Allah mengumpulkan hati-hati kita bersama-sama di jannah kelak.
Aku cintakan dakwah ini kerana cintaku pada kalian.
Wallahualam.

Pemilik cintaku




31/12/2010

Untukmu kekasih..

Duhai kekasihku, suamiku,
Ingin sekali ku katakan di sini,
Apabila terlafaznya ijab kabul antara kita,
Maka terlafaz juga janji-janji antara kita,
Yang mana..

Bermula saat itu,
Akan ku cintaimu sepenuh hatiku,
Akan ku setia menemanimu,
Sama-sama kita berkongsi suka duka,
Tawa dan tangis..

Bermula saat itu juga,
Engkau akan lihat begitu banyak ketidaksempurnaan aku,
Maafkan aku,
Tidak mampu menjadi yang terbaik sentiasa,
Sudah pasti ada waktunya kita bermasam muka, bertelingkah pendapat,
Masing-masing mengangkat senjata..hehe. ^__^’’

Tetapi, ketahuilah..
Begitulah rencah biasa dalam alam perkahwinan,
Jangan biarkan sengketa berlarutan,
Lunakkanlah maaf di bibir kita,
Dan aku, tetap mencintaimu..

Saat itu juga,
Mekar di hatiku,
Ingin menjadi peneman setiamu,
Meringankan beban perjuanganmu,
Menyenangkanmu tika dukamu melanda,
Mentaatimu semampuku,
Oh, Ingin sekali aku menjadi permaisuri di hatimu...

Apa yang aku harapkan,
Engkau bisa menerimaku seadanya,
Kelebihan dan jua kekuranganku,
Sambutlah tanganku,
Pimpinlah aku,
Kita bersama-sama mencari yang hakiki..

aiwah! syoknye tgok org kahwin. tumpang debar! :p


Hehe..jiwang jiwang! kenapalah tiba-tiba keluar lagu maher zain ni..aish..

12/30/2010

Post gambar di fb boleh timbul riak?



Bismillahirrahmanirrahim..

Rata-rata kini boleh kita lihat, ramai yang meletakkan gambar di laman-laman web sosial terutamanya wanita. Tetapi, sejujurnya saya tidak menggalakkan para wanita muslimah meletakkan gambar-gambar mereka di laman web sosial ini tidak kiralah samada dia berpurdah, tutup aurat, sopan, atau sebagainya.

Mengapa?

1.Bisikan syaitan. Saya yakin, taktik-taktik yang digunakan syaitan laknatullah pada kita sama sahaja. Mula-mula perempuan letak gambar kononnya tujuan asal nak bagi orang kenal la, nak share aktiviti la, nak tunjuk cara edit gambar la, macam-macam. Lama-lama gambar tu dah ada pelbagai gaya posing yang tersendiri. Walaupun berpurdah, gambar yang diambil begitu dekat dan jelas. Hairan, kalau di luar kita tak betah membiarkan diri kita dilihat sewenang-wenangnya, tetapi boleh pula kita biar orang lihat kita di foto-foto?

2.Gambar yang menipu. Dengan cara mengedit-edit gambar menggunakan pelbagai software, orang yang tidak lawa pun boleh menjadi lawa. Jadi segalanya tampak indah dan cantik. Sedangkan perempuan pun memuji-muji kecantikan kaum sejenisnya, apatah lagi lelaki?

3.Timbul rasa riak. Wah, dah la cantik, berbakul-bakul pujian diterima. Tak usah tipu, sedikit sebanyak hati rasa bangga dengan pujian yang diterima. Nah, niat asal nak letak gambar konon nak share aktiviti ke apa dah jadi lain. Hati rosak bila riak dengan kecantikan diri sendiri. Bagi yang berpurdah,atau bertudung labuh, bila dipuji, kita rasa seronok dan rasa bagus dengan diri kita. Aduh, habis amalan kita. Di mana keikhlasan??

4.Pujian yang menipu. Kita menipu, ya. Tipu untuk mendapat balasan yang serupa. Kita puji gambar orang tu, kemudian pujian kita pula nanti akan dibalas semula. "Comelnya awak!" "Awak pun comel juga" kalau islamik sikit yang banin (budak-budak lelaki) tambah, "Subhanallah..cantiknya ciptaan Allah" Di mana maruah kita?

5.Menarik perhatian lelaki. Ketahuilah wahai para muslimah yang dikasihi, wajahmu yang terpapar di skrin komputer mereka, amat menganggu mereka. Sedangkan yang perempuan pun boleh terbayang wajah-wajah sahabat, apatah lagi lelaki? Aduhai, bersalahlah kita kerana melalaikan hati mereka.. apa kita nak jawab dengan tuhan nanti?

"siapa suruh tengok?"

"kenapa letak di tempat umum?"

6.Menimbulkan fitnah. Fitnah yang macam mana? Mungkin kita ini terlibat dalam usrah, jemaah tertentu dan sebagainya. Kita nasihatkan orang menundukkan pandangan, menutup aurat dengan sempurna, tetapi kita sendiri berposing2 dalam gambar. Jadi, perkataan kita tak selari dengan perbuatan. Disamping menjatuhkan kredibiliti kita sebagai agen dakwah (yang mana menjadi contoh kepada orang lain) ia membuka jalan yang menampakkan kelemahan kita.





7.Foto dicuri. Ha, dah letak tempat umum, memang mudah sahajalah orang nak ambil gambar kita. Kalau dia nak sebarkan gambar tu dan dakwa gambar itu kononnya gambar dia pun boleh. Senang sahaja gambar dipersalah guna.

8.Tambah dosa. Ada juga yang di luar bertudung, tetapi di fb turut pamerkan gambar-gambar yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Contohnya, tidak memakai tudung, pakai baju lengan pendek dll. Malah, ada juga yang bertutup litup seluruh tubuh tetapi cuai pada aurat lain seperti kaki.

Dan mungkin, banyak lagi perkara yang tidak menyenangkan bila foto-foto muslimah diletakkan di tempat umum sebegini rupa. Mohon maaf saya hulurkan, tetapi ini adalah antara perkara yang sudah terlalu lama menghantui diri saya dan, saya menulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Perit rasanya bila terlihat ada sahabat-sahabat yang diumpat. Tetapi kalau kita sendiri yang buka jalan dan peluang untuk diumpat, salah siapa?

Salam ukhuwah dan salam sayang. ^__^

Aulia Huwaina.

kahwin jom!


Sebelum itu, fikirkanlah..

Ramai yang merancang sebuah perkahwinan yang bahagia.
Tetapi ramai juga yang alpa merancang sebuah rumah tangga yang bahagia.
Aiwah! bunga ros tuu..

Bukan perkahwinan indah yang aku mahu. Tetapi rumah tangga yang bahagia yang aku idamkan. ^__^

so sweeeet <3 hehe. aulia xlah selawa ni.
Sudahkah cukup persediaannya? Jangan berangan sahaja. Hidup bukanlah mengenai diri kita semata.
Hidup untuk memberi, mengasihi, melindungi, meringankan, dan segalanya adalah mengenai tanggungjawab.


tak usah gelisah duhai hati, setialah dengan Doa.
pasti akan disatukan jua nanti. yakinlah dan panjatkanlah syukur sentiasa bila sudah tiba ketentuannya. ^__^

nananana.....! sedikit perkongsian. nah, baca. http://www.scribd.com/doc/45797333/Fiqh-of-Marriage

Salam mujahadah. ^__^

Bertemu janji dengan Allah.



Setiap hati-hati kita terikat janji dengan Allah swt. malangnya, kita selalu lupa akan janji kita. amanah yang tergalas, pertemuan kita denganNya. bagaimanakah keadaan kita saat itu? pernah terfikir?


Hidup sememangnya tidak selalu indah. itu semua kita sedia maklum.tetapi persediaan menghadapi hidup, tidak semua yang laksanakan. ramai yang tersungkur dan tersimpang jauh daripada tujuan utama kehidupan kita. dan sekali lagi, kita lupa janji-janji kita.


maka, mudah-mudahan dengan ujian yang hadir ini bisa menjadi tarbiyah luar biasa daripada tuhan dalam mendidik hatiku yang serba lemah. semoga hati ini menjadi saksi akan ketulusan jiwa dalam mengharungi mehnah. 
 dan disebut sebagai orang-orang yang berjaya di Dunia dan Akhirat...

lantas diberi peluang menikmati janji-janjiMu,


maka, pimpinlah aku, Hai Tuhan! kuatkan langkahku. Jiwa dan nyawaku adalah amanahku. Berat tanggungjawabku. Bantulah aku yang serba lemah ini, Ya Rabb.


aku masih menanti dalam harapan. sehingga saat itu. dan satukanlah juga hati-hati orang-orang beriman di sana. bersama mengecapi yang hakiki. Amin, Ya Rabb.

Dengarlah seruan kami, dan janganlah Engkau kecewakan kami. Tiada lagi tempat pergantungan harapan yang hak melainkan Engkau. Allah.

12/26/2010

kunci pintu!


‎15 PINTU SYAITAN YG ADA DALAM DIRI KITA...

Pintu Marah
Cinta Dunia
Enggan m'hadiri majlis ilmu
Panjang angan2
Rakus
Bakhil
Suka pujian
Riak
Ujub
Takut & Gelisah
Buruk Sangka
M'mandang Rendah orglain
Suka pada Dosa
Merasa aman dr pembalasan "ALLAH"
Putus Asa dr rahmat "ALLAH"

12/25/2010

ISLAM kah kita??


Aulia sangat kecewa. Agak kecewa.

Bukan hendak mengata, tetapi sering tertanya-tanya mengapa orang yang berpelajaran agama, agak kurang dari segi adabnya, akhlaknya. Bukan semua, tetapi adalah segelintir.

Tak semua orang sempurna, betul. tapi aduhai, ketahuilah! Mereka yang membawa watak islam (bertudung, mengaji agama, dll) kita memang tak dapat lari daripada dinilai orang. itu lumrah. Kita menjadi perhatian. Walaupun perkara-perkara yang kecil. Tetapi siapa mangsanya? adakah kita sahaja yang menjadi bahan cacian orang? Tidak!

Islam juga turut dicaci.

"Ceh. pakai tudung, tapi pegang2 tangan dengan lelaki"
"Ish3, bab quran ngan hadis berhabuk, tapi selalu tak tepati janji"
"ala, tunjuk alim je tu..dia pun entah solat entah tidak. cakap je lebih"
"Mengaji agama tinggi-tinggi pun tak guna. tengoklah tu, tak tutup aurat jugak"
"berjubah, berserban, tapi mencarut!"

Lihat, siapa yang dipersalahkan? Islam yang dipersalahkan. Islam begini, Islam begitu, sedangkan penganutnyalah yang salah. KITA lah yang salah. Kita leka dalam mencerminkan peribadi islam yang sebenar. Apa nak jawab dengan Allah nanti?

Ini jugalah salah satu sebab mengapa orang bukan islam, malah orang yang sudah sedia islam tetapi jahil takut untuk mempratikkan islam dengan sebenar-benarnya.

takut dihukum.
takut dikritik.
TAKUT..
TAKUT...

tetapi lupa untuk takut pada Allah s.w.t.

"Adakah kita telah menjadi seorang muslim dengan erti yang sebenar-benarnya?"

12/21/2010

Berusaha Berjaya Dunia Akhirat


 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino