11/15/2010

Siapa kekasihmu?


Bismillahirrahmanirrahim..

Duhai hati-hati yang lalai, 
Hati-hati yang memburu-buru ketenangan,
Hati-hati yang tercari-cari cinta manusia,
Aku ingin bertanya, 
Pernahkah kamu rasa rindu akan kekasihmu?
Adakah sama dengan rasa rindu itu pada Tuhanmu??

Ini hanya secoret bait kata-kata daripada sebuah hati yang rindu..

"Tuhan, aku ingin sekali menemuiMu..
Belaian kasih sayangMu cukup menyentuh jiwaku..
Ya Rabb..
Di mata ibuku aku lihat kasih sayang Mu yang tiada batasan,
Di wajah ayahku, aku lihat keteguhan kasih sayangMu,
Pada peribadi kekasih hatiku, aku lihat tabahnya hati dia dalam menempuh jalanMu,
Dalam keriuhan keluargaku, Engkau menenggelamkan dukaku,
Tuhan, aku hidup dengan menadah titisan embun RahmatMu..
Tiada lain yang aku harapkan melainkan engkau Ya Rabbi..
Mengalir air mata ini bukan kerana putus asa dan kecewa,
Tetapi aku terlalu rindu akanMu, Tuhan..
Maha Suci Engkau Yang Maha Memakbulkan!
Aku pinta minta didekatkan hatiku denganMu,
Datangnya ujian ini memberi aku satu kekuatan luar biasa,
Mendengar lafaz degupan jantungku menyebut namaMu Yang Maha Mulia,
Bernafas dengan hela sifat Ar Rahim Mu..
Tuhan, jika mampu aku katakan pada seantero dunia,
CintaMu Maha Agung!
Terlalu hebat untuk ditinggalkan.
Tuhan, jika bayarannya untuk berdamping denganMu,
Aku perlu berhempas pulas berjuang, bertahan, dengan ujian ‘ringan’ ini,
Aku Redha, Ya Rabb!
Kerana sakit ini begitu manis apabila Engkau sentiasa ADA untukku.
Hanya untukku."

-Hanan Nz-

Saat yang paling dekat antara seorang hamba dan tuhannya ialah ketika sujud. Saat penyatuan cinta hakiki dan realiti. 

maka yang mana satu antara nikmat-nikmat tuhan yang hendak kamu dustakan?

Sekali lagi, ku peringatkan, pulangkanlah hatimu pada Yang Hak. Kerana Tuhan itu bersifat cemburu, jangan sekali-kali engkau menjauhiNya dengan melupaiNya. 

Jika nak tahu sejauh mana Allah cintakan kita, ukur sejauh mana kita cintakan Allah..di mana Dia di hatimu??

11/14/2010

Dengarlah pujukan Iman


Dengarlah pujukan iman yang membelai hati..

Hidup ini adalah air mata.
Jangan kau idamkan kebahagiaan abadi,
Kerana dunia bukan tempat tinggal hakiki.

Andai kau rebah, jatuh tersungkur,
Carilah hatimu, galaslah semula bebanmu,
Pulanglah ke pangkal jalan,
Dimana masih ada harapan.

Aku tahu engkau sedih, engkau menangis,
Tatkala ujian ribut melanda,
Engkau mengaduh lemah,
Namun jangan biarkan hatimu turut tenggelam.

Jika ditakdirkan jasad ini harus terkubur,
Engkau semadikan pula hatimu di pusara Ilahi,
Semoga dukamu selama ini..

Terubat jua di taman SyurgaNya..

Hanan Nz.
14.11.2010
8:02 PM

11/12/2010

Bangkitlah wahai para mujahid mujahidah!


Bismillahirrahmanirrahim..
Dengan kekuasaan Allah yang Maha Besar..aku menggerakkan sendi-sendi tubuhku dan berombak-ombak dada menarik nafas..
Dengan kasih sayang Allah dan sifatNya Yang Maha Pemurah, masih mengizinkan aku untuk menghirup nafas di muka bumi ini, kerajaan mutlak Allah s.w.t..

Hairan aku, melihat mereka yang ketawa gembira. terbahak-bahak. bersuka-ria.berleka-leka.

Hai jiwa-jiwa yang lalai daripada mengingati Allah!

Apa yang kau sukakan?

Apa yang kau ketawakan?

Apa yang kau lalaikan?

Tahukah kamu mati itu sangat dekat?

Oh, tahu. Jadi, apa yang kamu gembirakan?

Kamu tidak bersyukur atas nikmat-nikmat tuhan yang nyata. Jika kamu bersyukur, kamu tidak akan ingkar, tidak akan lalai daripada mengingatiNya.

Tahukah kamu tanpa kebesaran Allah, tanpa belas kasihan Allah yang mengurniakan kesihatan pada kamu,
BETAPA SUKARNYA UNTUK BERNAFAS?

Engkau mungkin tidak sedar, kerana hakikatnya tuhan tidak menarik nikmat itu daripada kamu. setiap masa kamu menghirup nafas dengan suka hati sambil lupa akan Allah.

Hai jiwa-jiwa yang menyesali akan dirinya sendiri.

Kamu beruntung. Jika telah engkau temui Allah, genggamlah cintaNya, jangan sekali-kali engkau lepaskan.

Perjuangan kita berbeza.

Aku dan kamu.

Tetapi jalan kita sama.

Tetaplah di Jalan Allah, jangan pernah berputus asa walau apa pun yang berlaku. Allah itu ada.

Engkau dan aku adalah pejuang. Dan pejuang tidak akan berehat selagi mana ia belum dipanggil Allah.
 

Fatimah Zahra Hanan Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino